Originally posted by MulutBecok at 25-2-2007 10:46 PM
pentingkan diri sendiri maaa
i guess
kiasu bukan pentingkan diri sendiri akak oii.. ni de skit info about kiasu
Kiasu adalah perkataan Hokkien (Cina) bermaksud takut kalah. Kiasuboleh diaplikasikan dalam berbagai keadaan aspek hidup. Takut kalahdalam sebarang persaingan atau pertandingan atau peperangan. Dalamkonteks ini, sudah tentu persaingan dan pertandingan yang sihat dalamperkara kebaikan. Dalam konteks Melayu, kiasu dengan bangsa lain danmahu hidup gagah, dipandang hebat di bumi sendiri.
Sebenarnya, budaya hidup orang Melayu telah lama tersemat dengansikap kiasu sejak mereka menerima Islam 600 tahun lalu. Terbukti, orangMelayu pernah berjaya mentadbir dan menguruskan negara sendiri iaitukerajaan Melayu Islam Melaka sehingga terkenal seantero dunia, termasukmenjadi tarikan kerajaan negara China.
Tamadun Melayu pernah mengalami pasang surut. Melayu pernah hidupmewah dan pernah hidup susah. Pernah tinggal di bandar dan tidak kurangdi kampung-kampung, pernah berniaga dan pernah mengusahakan hasil tani.
Pengalaman yang dilalui telah menjadikan mereka mempunyai semangatkental. Kita jangan lupa, siapa yang mengusir penjajah keluar kalaubukan orang Melayu. Inilah sikap kiasu. Takut kalah di bumi sendiri.Takut dijajah di bumi sendiri.
Inilah perkara yang cuba dibawa oleh Ungku Aziz. Tamadun MelayuIslam menjadi hebat juga disebabkan oleh ilmu. Kekuatan ilmu ini yangtelah mencorakkan sikap Melayu untuk berdaya saing. Kekuatan ilmu telahmenjadi orang Melayu mahu berfikir lebih jauh ke hadapan. Mereka tidakmengambil jalan singkat, tetapi sentiasa berjuang demi agama, bangsadan tanah air. Penjajah demi penjajah datang, akhirnya berjaya merekahalau.
Cuma hari ini, mereka mulai lupa jerit pahit tok nenek moyangmereka. Mereka menjadi manusia yang malas berfikir, tetapi mahu hidupmewah. Akhirnya mencari jalan pintas.
Semangat kepahlawanan telah hilang. Semangat bendahara danhulubalang telah lunyai. Mereka hanya berbangga menjadi 憈uan |