CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: Syd

Gangguan Seksual / panduan pencegahan

[Copy link]
 Author| Post time 15-12-2009 02:40 PM | Show all posts
276 Kes Gangguan Seksual Di Tempat Kerja Dilaporkan Sejak 1999

KUALA LUMPUR: Sebanyak 276 kes gangguan seksual di tempat kerja dilaporkan kepada Kementerian Sumber Manusia sejak Kod Amalan Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di tempat kerja dilancarkan pada 17 Ogos 1999.

"Daripada jumlah itu, 271 bilangan kes gangguan seksual diselesaikan manakala baki lima kes masih dalam siasatan," kata Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan semasa menjawab soalan Senator Loga Chitra pada persidangan Dewan Negara di sini.

Mengulas lanjut Maznah berkata, terdapat lima jenis gangguan seksual iaitu berbentuk lisan, isyarat, visual, psikologi dan fizikal.

Menjawab soalan tambahan Loga yang meminta penjelasan mengenai tindakan undang-undang sedia ada untuk melindungi gangguan seksual, Maznah berkata, terdapat undang-undang sedia ada yang boleh digunakan untuk menyelesaikan masalah terbabit.

"Mereka yang disabit kesalahan melakukan perkara seperti mengeluarkan perkataan dan isyarat seperti yang dimaksudkan boleh dikenakan hukuman di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan, yang boleh membawa hukuman penjara hingga tempoh lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali," katanya. - BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-7-2010 02:37 PM | Show all posts
Sexual harassment to be legislated
By LEE YUK PENG

KUALA LUMPUR: In a landmark move, sexual harassment has been included into legislation when it was included in the Employment (amendment) Bill.

Deputy Human Resources Minister Datuk Maznah Mazlan tabled the bill for first reading at Dewan Rakyat on Thursday.

The bill states that employers who fail to act on sexual harassment complaints would be liable to a maximum fine of RM10,000.

It has also defined that such complaints can be made by an employee against another employee, an employee against any employer, an employer against another employer or an employer against an employee.

If the sexual harassment act is proven, disciplinary action including dismissal without notice, demotion of the employee, or any other necessary lesser punishment can be imposed.

It also states that a maximum two-week suspension without pay can be imposed.

Currently, the sexual harassment code is only a guideline at the workplace with various action groups fighting, over the years, for and against the move to have it turned into law.

More to come - The Star
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 10:54 AM | Show all posts
Sexual harassment in sports

Bernama

Monday, July 12th, 2010 21:57:00

KUALA LUMPUR: Victims of sexual harassment in sports, whether they are man or woman, must report such cases said National Athletes Welfare Foundation's (Yakeb) executive chairman Datuk Paduka Dr Mumtaz Begum Abdul Jaafar.

"Right now, sexual harassment in sports is not seen as a specific crime and many regard such cases as not serious. Many who face such situations are also not reporting such crimes," said Mumtaz when opening a Seminar on Sexual Harassment in Sports, organised by the National Sports Institute (ISN) at Dewan Perdana ISN, Bukit Jalil, here today.

According to Mumtaz, such cases were very disturbing, especially if they involved someone who had been given the responsibility to develop sports in the country.

"Sexual harassment does not only involve a man and woman but also rampant among the same gender. It can lead to emotional disorders that can result in poor performances," she said.

Among the 180 participants in the two-day seminar were athletes, coaches, students, national sports associations, staff of ISN, National Sports Council and Higher Learning Institutions.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 10:55 AM | Show all posts
tingat kes coach nama rama, mangsa nama rabiah dan 'barang bukti' - so called?, Minyak Kuda (or minyak angin sthing like that)
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:16 PM | Show all posts
kalau x silap coach India kan Syd...negeri Perak...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 02:18 PM | Show all posts
Reply 45# medangmru

C. Ramanathan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-7-2010 02:21 PM | Show all posts
Reply 45# medangmru

jurulatih Pulau Pinang
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 02:29 PM | Show all posts
Ooooooooo...apa jadik kes tu Syd???

dia cam gitu je ke??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-7-2010 02:57 PM | Show all posts
amek masa 12 tahun nak selesai
kena penjara 4 tahun
tapi tak silap lepas pastu
loyar dia karpal singh


ARKIB : 12/07/2008
Cabul atlet:Ramanathan jalani penjara 4 tahun

PUTRAJAYA 11 Julai – Bekas jurulatih olahraga kebangsaan, C. Ramanathan, 72, hari ini mula menjalani hukuman penjara empat tahun yang dikenakan terhadapnya selepas Mahkamah Rayuan mengetepikan keputusan yang melepaskannya daripada tuduhan mencabul kehormatan dua atlet remaja wanita berusia 15 dan 16 tahun.

Panel tiga hakim diketuai Datuk Zainun Ali memutuskan mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskan Ramanathan daripada kedua-dua tuduhan itu pada 24 Februari 2005 selepas membenarkan rayuan pendakwa raya terhadap keputusan itu.

Zainun bersidang bersama Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan Hakim Datuk Sulong Matjeraie. Rayuan pula dikemukakan oleh Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya Eddie Yeo dan Jamhirah Ali.

Dengan keputusan itu, Mahkamah Rayuan sebulat suara mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkan Ramanathan atas tuduhan mencabul 12 tahun lalu.

Bagi setiap tuduhan, jurulatih itu diperintah menjalani hukum penjara empat tahun secara serentak.

Ramanathan kelihatan gelisah ketika mahkamah membacakan keputusan itu. Selepas mahkamah bersidang, dia membuat beberapa panggilan telefon sebelum dibawa ke Penjara Kajang.

Dia didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 1996 atas tuduhan mencabul kehormatan kedua-dua mangsa, ketika itu berusia 15 dan 16 tahun.

Ketika pertama kali dihadapkan ke mahkamah pada 4 Oktober 1994, dia didakwa melakukan perbuatan tersebut antara pukul 9 dan 10 malam 23 dan 27 Oktober 1992 di Bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia (MABA), Jalan Hang Tuah di ibu negara.

Sehingga hari ini, Ramanathan tidak pernah dipenjarakan setelah Mahkamah Sesyen membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan dengan jaminan RM10,000.

Tiga tahun lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan rayuan Ramanathan dan mengetepikan sabitan dan hukumannya atas dua alasan iaitu kelewatan Hakim Mahkamah Sesyen mengeluarkan alasan penghakiman serta perilaku saksi-saksi ketika memberi keterangan.

Sementara itu, peguam Karpal Singh yang mewakili Ramanathan memberitahu, pihaknya akan memfailkan permohonan di Mahkamah Persekutuan bagi menyemak keputusan Mahkamah Rayuan tersebut Isnin ini.

“Kami juga akan memfailkan notis perakuan segera pada Isnin ini supaya permohonan ikat jamin terhadap Ramanathan didengar secepat mungkin,” ujarnya.

Hakim Zainun ketika membacakan penghakiman tersebut berkata, kelewatan Hakim Mahkamah Sesyen mengeluarkan alasan penghakimannya selepas lima tahun keputusan disampaikan bukan satu penafian keadilan terhadap Ramanathan.

Menurut beliau, kelewatan itu tidak menyebabkan prejudis kepada Ramanathan kerana Hakim Mahkamah Sesyen menyampaikan keputusannya pada 8 November 1996 manakala penghakiman bertulis dikeluarkan pada 26 Oktober 2001.

“Keadilan terhadap perayu tidak dinafikan kerana Hakim Mahkamah Sesyen menyampaikan keputusannya kurang daripada tempoh sebulan selepas Ramanathan dipanggil membela diri,'' ujarnya.

Hakim Zainun turut menyatakan mahkamah membenarkan rayuan pendakwa raya selepas meneliti keseluruhan prosiding perbicaraan dan rayuan di peringkat Mahkamah Tinggi.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-7-2010 02:58 PM | Show all posts
Reply 49# Syd


Ramanathan bebas sementara tunggu rayuan


C. RAMANATHAN


PUTRAJAYA17 April - Bekas jurulatih olahraga kebangsaan C. Ramanathan, 73, yangsebelum ini dipenjara empat tahun kerana dua kesalahan mencabulkehormatan dua atlet remaja, dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan hari ini.

Paneltiga hakim diketuai oleh Datuk Gopal Sri Ram (kini Hakim MahkamahPersekutuan) membebaskannya setelah berpuas hati bahawa Mahkamah Rayuanmempunyai bidang kuasa menyemak dan mengetepikan keputusan MahkamahRayuan lain.

Ia merupakan penghakiman penting kerana buatpertama kalinya, Mahkamah Rayuan kini boleh menyemak keputusan danpenghakiman Mahkamah Rayuan lain. Sebelum ini, hanya MahkamahPersekutuan boleh berbuat demikian.

Dengan keputusan itu, HakimSri Ram mengetepikan keputusan Mahkamah Rayuan terdahulu yangmemenjarakan warga emas itu setelah membenarkan rayuan Ramanathan agarpenghakiman bertarikh 11 Julai 2008 itu, disemak.

Keputusan sebulat suara itu turut dibuat oleh Hakim Datuk Hasan Lah dan Datuk Jeffrey Tan.

PeguamKarpal Singh yang mewakili Ramanathan ketika ditanya kesan penghakimanhari ini menyatakan, keputusan itu penting kerana ia akan membukalaluan bagi membolehkan lebih banyak keputusan Mahkamah Rayuanterdahulu disemak.

Hakim Sri Ram dalam penghakimannyamengarahkan Mahkamah Tinggi menyediakan alasan penghakiman bagimembolehkan rayuan terhadap merit kes itu didengar di hadapan panellain pada satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

''Mahkamahdengan itu mengetepikan perintah terdahulu dan membebaskan Ramanathansementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman didengar,'' ujarHakim Sri Ram.

Pada 11 Julai tahun lalu, Datuk Zainun Ali yangbersidang bersama Hakim-Hakim Datuk Wira Abu Samah Nordin dan DatukSulong Matjeraie mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen yang mensabitkanRamanathan atas tuduhan tersebut, 12 tahun lalu.

Panel itumembenarkan rayuan pendakwa raya yang tidak berpuas hati dengankeputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang membebaskannya daripadakedua-dua tuduhan pada 24 Februari 2005.

Bagi setiap tuduhan, dia dikenakan hukuman penjara empat tahun dan diperintahkan menjalani tempoh pemenjaraan serentak.

Bekasjurulatih tersebut didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen pada 1996atas tuduhan mencabul kehormatan kedua-dua mangsa yang ketika ituberusia 15 dan 16 tahun.

Dia didakwa pada 4 Oktober 1994 keranamelakukan perbuatan tersebut di antara pukul 9 dan 10 malam, 23 dan 27Oktober 1992 di Bangunan Persatuan Bola Keranjang Amatur Malaysia(MABA), Jalan Hang Tuah di ibu negara.

Pada Isnin lalu, Karpalmemohon sabitan dan hukuman terhadapnya diketepikan dan Mahkamah Rayuanmendengar merit rayuan terlebih dahulu kerana ia belum pernahdikemukakan.

Karpal berhujah, ketika di Mahkamah Rayuan sebelumini, pihaknya tidak berpeluang berhujah mengenai merit kes tetapi hanyamengemukakan alasan mengenai kelewatan penyediaan penghakiman dan bebanpembuktian kes.

Sementara itu, Ramanathan ketika ditemuipemberita di luar mahkamah menyatakan, kehidupan sembilan bulan dalampenjara mengajarnya banyak perkara terutama bagi membantunya menjalanikegiatan harian secara spiritual selain memberinya ruang menulis bukumengenai pengalamannya sebagai jurulatih.

''Tiada apa yangmenarik hidup terkurung, tetapi pengurusan penjara melayan saya denganbaik dan membantu saya menyesuaikan diri dengan persekitaran berbeza,''ujarnya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-11-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.045616 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list