CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3954|Reply: 3

Tercekik

[Copy link]
Post time 12-2-2007 11:51 AM | Show all posts |Read mode
Diagnosis: Heimlich maneuver mampu selamatkan mangsa tercekik Oleh Nurul Nadia Mohd Kamaruzaman

Tekan perut di antara pusat dan hulu hati menggunakan tangan sehingga mangsa memuntahkan objek yang tersangkut pada tekak

TERCEKIK adalah satu kemalangan serius yang patut dielakkan kerana kesannya boleh mengakibatkan kematian dan trauma. Kejadian tercekik biasanya berlaku apabila makanan, permainan atau objek tersangkut pada kerongkong manusia yang boleh menyebabkan seseorang itu sukar bernafas.

Kejadian tercekik boleh berlaku kepada orang dewasa dan kanak-kanak. Menurut beberapa kajian, kanak-kanak dan bayi sekitar umur enam bulan hingga setahun adalah paling berisiko tercekik.

Oleh itu, ibu bapa digalakkan mempelajari cara menyelamatkan anak yang tercekik.

Pengurus Bahagian Kecemasan Institut Jantung Negara (IJN), Dr Rayney Azmi Ali, berkata ada dua kategori tercekik, iaitu separa tercekik dan tercekik sepenuhnya.

揝epara tercekik tidak membahayakan kerana mangsa masih boleh bernafas dan bercakap kerana masih ada saluran udara pada kerongkong. Tindakan yang perlu diambil bagi mengeluarkan objek yang tersangkut adalah dengan memaksa diri batuk sehingga objek itu keluar.

揃agaimanapun, bagi individu yang tercekik sepenuhnya ini bermakna makanan atau sesuatu objek menghalang saluran pernafasan. Ini menyebabkan mangsa menjadi sukar untuk bernafas, malah tidak mampu untuk bercakap dan batuk.

揗angsa akan serta merta memegang leher dan jika dibiarkan lama, kulit mangsa akan bertukar kepada warna biru,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-2-2007 11:52 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 04:44 PM | Show all posts
Adakah senang nak belajar cara2 mengeluarkan bahan yang membuatkan seseorang itu tercekik? Mac dapati even if seseorang itu ada sijil  CPR pun, tak semestinya dia boleh solve the problem.

Especially dalam keadaan kelam kabut, mostly orang yg medically trained dan selalu buat benda2 ni secara practical aje yang akan berjaya melakukannya.

[ Last edited by  macademia at 12-2-2007 04:46 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 05:09 PM | Show all posts
mac..yg penting time nak practice tuh kene tenang....one day my son tercekik cococrunch...mende tuh kan mcm bentuk bulan skit.bdk kecik nih nak msk mulut byk..sekali nangis takleh kuar suara..dah ler takder org..so i teringat teknik mcm syd tjk tuh..i try..fuh sib baik ok...but kalo kes bdk ari tuh maybe onde2 besar n mende tuh melekit lak tuh..full cpr?hehe..at the time being i surrender dulu...
training boleh but once berlaku dpn mata..u have to prepare for it...but better ada dr tiada kan...waa...kene mintak opis kasik training 1st aid nih...rsnyer ramai tatau wat to do if something happen.anything can happen..kot org tetiba jth terpengsan coz of heart attack...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.070288 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list