CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: dexa

MAWI - DAN RAMADHAN -

[Copy link]
 Author| Post time 6-10-2006 08:26 AM | Show all posts
- keratan dari BH -


Diddy, Zila gembira kongsi pentas dengan Mawi
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


BIBIR Zila dan Diddy tidak putus menyatakan rasa kagum dengan pencapaian senior mereka, Asmawi Ani atau Mawi. Biarpun setahun sudah berlalu, pelbagai dugaan melanda namun populariti Mawi belum pudar digugat cabaran.

*nangis lagi cik biezie bila baca ni --

Ramadan yang datang seakan membuka pintu kerjasama di antara mereka bertiga. Bernaung di bawah pengurusan Maestro Records, Ramadan ini menyatukan tiga bintang AF dalam acara istimewa - Berbuka Puasa & Tarawih Bersama Mawi.

Bakal berlangsung di Royal Grand Ballroom, Palace Of The Golden Horses, Diddy atau nama penuhnya, Shamsul Hirdy Muhid dan Zila atau nama sebenarnya, Nor Azilah Seeron diundang sebagai penyeri.

揝iapa yang tidak berbangga dapat berkongsi pentas dengan Mawi? Zila akui cukup mengagumi aura yang ada pada diri juara AF3 itu. Cara dia menyampaikan sesebuah lagu serta berinteraksi dengan peminat membuatkan Zila kagum,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-10-2006 09:25 AM | Show all posts
kekeke.. siap nangis guling2 lagi cik biezie tu dexa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2006 09:14 AM | Show all posts
MawiFC ajak azan
Oleh ABIE ABDULLAH

Perkenalkan pertandingan azan kepada lebih ramai orang

KEHADIRAN Ramadan terus diisi dengan pelbagai aktiviti yang menjurus kepada keagamaan. Kelab peminat Asmawi Ani, Kelab Sahabat Mawi Malaysia (MawiFC) juga tidak mahu ketinggalan dalam usaha ini, walaupun pada dasarnya mereka berkumpul di bawah payung hiburan.

Menurut Presiden MawiFC, Rozita Shahadan, pertandingan ini dianjurkan sempena majlis berbuka puasa dan tarawih bersama Mawi yang akan diadakan di Hotel Palace Of The Golden Horses, Seri Kembangan, 15 Oktober ini.

Dalam pada itu, majlis berbuka bersama Mawi yang turut dianjurkan oleh Maestro Talent & Management dan Mawi World Sdn Bhd itu dijangka dihadiri seramai 600 orang. Penyanyi lelaki paling popular itu bakal mempersembahkan zanji.

Selain Mawi, turut sama memeriahkan majlis ialah Diddy AF4, Zila AF4 dan kumpulan nasyid dari Felda Taib Andak, Kulai, Wariqissalam.

Jualan meja masih dibuka untuk mereka yang berminat. Harga bermula daripada RM3,000 hingga RM5,000 untuk korporat, manakala individu dijual pada RM1,500 hingga RM2,000.

Sebahagian daripada wang kutipan jualan meja majlis berbuka puasa itu akan didermakan kepada rumah anak yatim dan warga tua.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2006 09:34 AM | Show all posts
penah jumpa sekalilah kat F1 tapi tak dan  nak bergambar walaupon dah memang duduk kat sebelah mawi, jurugambarnya pulak di tolak ketepi sampai hilang hahahahaha hempeh tul. berebut2 org nak ambik gambar dia.  hensomlah mawi ni kalau tengok dari dekat berbeza kalau tengok dekat tv.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2006 02:17 PM | Show all posts
Mawi bersahur tanpa Pak Atan
Oleh Zubir Mohd Yunus; Mohd Razif Mohd Rosdi




LAYANAN mesra dari tukang masak terkenal, Chef Ismail.

BUAT pertama kalinya juara Akademi Fantasia 3 (AF3) dan Bintang Paling Popular 2005, Asmawi Ani atau Mawi menyambut kedatangan Ramadan tanpa ayah kesayangannya, Allahyarham Ani Ahmad, 66, (Pak Atan) yang meninggal dunia akibat komplikasi jantung dan buah pinggang, pada 1 Julai lalu.

Ketika ditanya perasaannya menyambut Ramadan tahun ini, Mawi pada mulanya terdiam seperti tidak mampu menjawab soalan itu. Namun, daripada riak wajahnya, dia gagahkan juga untuk berkata-kata.

"Pertama kali saya menyambut Ramadan tanpanya (arwah bapa), memang saya terasa kehilangannya. Dalam kesibukan saya memenuhi undangan berbuka puasa dan Marhaban Astro, tapi apabila tiba saat hendak berbuka puasa, saya pasti terkenangkan arwah.

"Dulu, kami duduk semeja, ramai-ramai menantikan azan Maghrib, tapi sekarang tiada lagi. Bukan setakat itu saja, petang-petang sebelum Maghrib, saya bersama arwah akan naik motosikal bersama untuk membeli juadah berbuka puasa di pasar Ramadan.

"Tapi, sekarang semuanya hanya tinggal kenangan. Saya reda dengan pemergiannya. Pada kesempatan Ramadan inilah, saya memperbanyakkan doa kepadanya dan sedekahkan Al-Fatihah agar rohnya sentiasa mendapat tempat yang mulia di sisi Tuhan, insya-Allah," kata Mawi yang sentiasa kelihatan jernih air mukanya.

Mawi ditemui ketika bersahur bersama rakan media baru-baru ini, sekali gus mengumumkan majlis berbuka puasa dan tarawih bersama Mawi pada 15 Oktober ini di Royal Grand Ballroom, Palace of the Golden Horses, Selangor.

Majlis istimewa itu turut menampilkan bintang AF4, Nur Azila Seeron atau Zila dan Diddy, selain Wariqissalam iaitu kumpulan nasyid yang pernah disertai Mawi di Felda Taib Andak, Kulai, Johor, suatu ketika dulu.

Peminat berpeluang berbuka, bertarawih dan berzanji bersama Mawi serta bergambar secara eksklusif pada majlis anjuran Hotlink, Maestro Talent, Mawi World Sdn Bhd dan Kelab Sahabat Mawi Malaysia (Mawi FC) itu. Majlis turut dimeriahkan dengan pertandingan azan.

Sementara itu, majlis bersahur pada tengah malam itu diadakan di restoran kesukaan Mawi sendiri iaitu Restoran Rebung Bangsar milik Chef Ismail dan Dr Sheikh Mudzafar. Kata Chef Ismail, Mawi menggemari Ayam Masak Kicap.

Kepada mereka yang berminat menyertai majlis berbuka puasa dan tarawih bersama Mawi pada 15 Oktober ini bolehlah menghubungi June atau Azhar di talian 017-2987 964 atau 016 3344 022.

Harga semeja (10 orang) ialah antara RM1,000 hingga RM5,000. Sebahagian dari hasil jualan meja akan didermakan kepada badan kebajikan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2006 03:00 PM | Show all posts
smlm mawi ade kat SACC Mall, shah alam... sempena marhaban di astro...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-10-2006 05:47 PM | Show all posts

Reply #66 KudaKuLari's post

kalau ada gambar  boleh paste

yang tu sama dengan  hari yang dia
dapat perabot tu ke?
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 09:40 AM | Show all posts
Mawi belum rancang buat rumah terbuka
Oleh Nurulhisham Abdul Latiff


KELUNAKAN suara Asmawi Ani atau Mawi tatkala mengalunkan irama lagu merdu sudah sering kali didengar peminat. Tetapi, tidak ramai yang mungkin berpeluang menikmati kemerduan suara jejaka dari selatan tanah air itu tatkala dia melaungkan azan.

Pengalaman istimewa itulah yang dilalui 40 anak yatim daripada Pertubuhan kebajikan Anak-Anak Yatim Muslim Klang (Peyakin) bersama pihak media serta tetamu jemputan lain apabila mereka menghadiri majlis berbuka puasa anjuran Menara Kuala Lumpur di Muzium Telekom, baru-baru ini.

Malah, bukan saja mereka dapat mendengar kemerduan alunan azan penyanyi lelaki popular itu, sebaliknya Mawi turut melayan anak-anak yatim berkenaan ketika mengambil makanan, di samping menghiburkan mereka dengan dendangan beberapa lagu sebelum tetamu bersurai.

Sebelum itu, Mawi dan anak yatim serta tetamu berjemaah bersama mengerjakan solat Maghrib, diikuti Isyak dan Tarawih. Segala kenangan berharga bersama bintang AF itu pasti tersemat kukuh di sanubari semua yang hadir pada majlis terbabit.

Kemesraan Mawi melayan kanak-kanak berkenaan juga dengan sendiri menafikan tanggapan, penyanyi lelaki ini susah untuk didekati. Sepanjang acara, anak muda berusia 25 tahun ini beramah-mesra, berbual-bual dan bersalam-salaman dengan peminat cilik serta tetamu yang datang.

Melihat pada gayanya melayan tetamu, wartawan tergerak hati untuk bertanya pada artis naungan Maestro ini apakah dia akan mengadakan rumah terbuka pada Hari Raya nanti?

揝etakat ini, saya belum membuat sebarang perancangan mengenai rumah terbuka. Jika saya mengadakan rumah terbuka pula, pastinya saya akan menganjurkannya di rumah kami di Kulai,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2006 10:38 AM | Show all posts
Originally posted by kekekek at 10-10-2006 09:40 AM


Kemesraan Mawi melayan kanak-kanak berkenaan juga dengan sendiri menafikan tanggapan, penyanyi lelaki ini susah untuk didekati. Sepanjang acara, anak muda berusia 25 tahun ini beramah-mesra, berbual-bual dan bersalam-salaman dengan peminat cilik serta tetamu yang datang ...


mcm tuju kt sstgh wtwn ni..:nerd:

[ Last edited by  atie77 at 10-10-2006 10:40 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 12:28 PM | Show all posts
ini dinamakan sindiran secara halus nih...
yelah.. wartawan nak tegur wartawan kan?...
kena guna cara berhemah...
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2006 02:48 PM | Show all posts
dah dapat banyak jemputan di bulan ramadhan janganlah lupa pada insan2 yang susah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-10-2006 04:39 PM | Show all posts
態uka puasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2006 01:32 PM | Show all posts
mawi serasi ngan marsha lah
dexie u cam marsha ka

she is so yummy!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-10-2006 01:37 PM | Show all posts
Originally posted by guynextdoor at 14-10-2006 01:32 PM
mawi serasi ngan marsha lah
dexie u cam marsha ka

she is so yummy!


then i defo  not   ;)   
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 08:07 PM GMT+8 , Processed in 0.077086 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list