CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: zuraini

MAWI JUAL KOPIAH DAN MINERAL WATER ( merged with bono )

[Copy link]
Post time 22-9-2006 03:15 PM | Show all posts
Mawi jadi usahawan muda
22-09-2006 12:22:16 PM
Wahida Asrani  

Setelah begitu banyak kejayaan diraih oleh juara Akademi Fantasia musim ketiga ini, Mawi kini mengorak setapak lagi menjadi usahawan muda.

Dengan usaha giat Mawi World, Mawi kini sudah berjaya mengeluarkan barangan eksklusifnya sendiri bersempena bulan Ramadhan ini.

Barangan tersebut adalah kopiah, air mineral, t-shirt, kad raya dan sampul duit raya. Di antara barangan tersebut, apa yang menarik perhatian adalah Kopiah Mawi yang kini semakin hangat diperkatakan.


Mawi cuba memakai 'Kopiah Mawi' yang diimport dari Morocco

"Sebenarnya, sejak tahun lepas lagi saya sudah endorse kopiah ini. Memang tidak banyak iklan dibuat, sebab ketika itu kita hanya nak test market.

"Kami akan perbaharui kontrak ini sedikit masa lagi. Tetapi, saya bersama Mawi World akan bertemu dengan pengurus syarikat tersebut, Ustaz Dollah terlebih dahulu kerana kalau boleh, kami ingin jadikan ia sebagai salah satu produk di bawah jenama Mawi World," ujar Mawi ketika ditemui di majlis kesyukuran di Restoran Rebung, Bangsar sempena kejayaannya di Anugerah Era baru-baru ini

Menurut Mawi, kopiah berharga RM15 itu diimport dari Morocco.

Dan apa yang menarik mengenai kopiah tersebut ialah ia amat ringkas dan sesuai dipakai oleh setiap peringkat umur.

Mengenai barangan lain pula, Mawi berkata ada diantaranya sudah mula diedarkan dan kini telah pun berada di pasaran, seperti t-shirt dan topi, yang masing-masing boleh didapati dengan harga RM30 dan RM20.

Manakala 'air mineral Mawi' pula akan mula dipasarkan di pasaraya Mydin seluruh negara bermula 27 September ini.

Begitu juga dengan kad raya dan sampul duit raya yang menampilkan wajah penyanyi tersebut akan mula berada di pasaran tidak lama lagi. Kad raya berharga RM10 untuk lima keping manakala sampul duit raya pula dijual dengan harga RM5 untuk 10 keping.

Ditanya mengenai idea menghasilkan barangan ini, Mawi berkata dia memang sudah lama berhasrat Mawi kini bergelar usahawan muda untuk mengeluarkan barangan sendiri khas untuk peminat-peminatnya, tetapi tidak tahu bagaimana untuk berbuat demikian


Mawi kini bergelar usahawan muda

"Kak June (Junaidah Idris) dari Mawi World banyak membantu saya bagaimana untuk menghasilkan barangan tersebut. Dari situlah, akhirnya tercapai juga hasrat saya ini.

"Ketika ini, semua urusan barangan ini adalah dibawah pengendalian Mawi World. Alhamdulillah, kita baru ada sebuah pejabat sendiri di Taman Desa, Ulu Kelang.

"Walaupun pejabat tersebut masih belum beroperasi, Insyaallah tidak lama lagi setelah semuanya siap, urusan jualan barangan akan boleh dilakukan terus di pejabat Mawi World di sana," tambahnya lagi.

Kata Mawi lagi, dia berbangga dapat mengeluarkan barangan tersebut, bukan saja untuk peminat, malah berjaya menyempurnakan amanat arwah bapanya juga.

"Arwah selalu berpesan supaya sentiasa ingat pada masa depan. Bagi saya, perniagaan seperti ini adalah satu cara saya untuk memastikan masa depan saya terjamin. Insyaallah, jika ada rezeki mungkin satu hari saya akan terfikir untuk lakukan perkara-perkara yang lain juga."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-9-2006 09:18 PM | Show all posts
Lebai RM 15 jer, lagi murah dari Catatan Duka

Tapi x best la pakai lebai warna warni ni, lebih baik pakai yg putih bersih

Mcm nak beli la kad raya tu leh la hantar dekat abe PeyNo, cik Bieze, Tenuk, kak Baby ngan Trunks (5 org jer kan ahli GAM?)
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 09:26 PM | Show all posts

Reply #41 mrsbay's post

aku rasa RM15 untuk kopiah tu agak mahal laaa... :hmm: .. .. :kant:
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 09:30 PM | Show all posts

Reply #43 adik_nazgul's post

import dari morocco..tu yang mahal sket kut
alah serkup style waheeda tu pun ada yg jual 20 hengget
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 09:33 PM | Show all posts

Reply #44 crayzee's post

mungkin dari segi kualiti mmg bagus aa kot ek ??
kalau kualiti bagus, rasanya ok kot.. tapi still rasa mahal giler..
sebab aku selalu beli kopiah khas untuk ayah, hubby n adik adik tersayang aku..
so , aku tahu harga2 kopiah nie..
Reply

Use magic Report

Post time 22-9-2006 09:41 PM | Show all posts

Reply #45 adik_nazgul's post

banyak tuh nak beli heheh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-9-2006 06:40 AM | Show all posts
Alhamdulillah - taknak jual serban ke ?.. manalah tau Tok Guru berkenan nak buat koleksi ..hhehe!!!
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 08:43 AM | Show all posts
beli jgn tak beli... tak pelah adik_nazgul.... raya setahun sekali je.... mana tau beli 3 dpt diskaun plak...kekeke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2006 10:33 AM | Show all posts
Originally posted by fazamania at 23-9-2006 06:40 AM
Alhamdulillah - taknak jual serban ke ?.. manalah tau Tok Guru berkenan nak buat koleksi ..hhehe!!!


insya-Allah, insya-Allah, akan datangg... :lol ..
pasti partai PAS serunuk...
Reply

Use magic Report

Post time 23-9-2006 10:02 PM | Show all posts
aish..pelik la dunia zaman skang..nak jual kopiah pun ada org kutuk..dasar taksub x kena tempat!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 12:14 AM | Show all posts

Reply #42 DTECCONAN's post

Jangan lupa untuk Ladida, Feanie, Maya2020 dan juga peminat no. 1 Mawi .... si minah GG dan yang sewaktu dengannya kahkahkah
Reply

Use magic Report

Isle_Soul This user has been deleted
Post time 24-9-2006 02:08 AM | Show all posts
bagus la Mawi ada jual kopiah tapi macam mana nak bezakan yang tulen palsu kalau nak beli kat luar? biasa la kat Malaysia ni memang banyak cetak rompak
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 10:01 AM | Show all posts
Mamat ni kenalah kerja keras, kan banyak hutang yang nak dibayar.    Sempena ramadan ni elok lah dia langsai kan hutang-hutang di kepada siapa2 yang dia terhutang tu kan...............
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2006 11:04 AM | Show all posts
Mawi sambut Ramadan dengan kesedihan
Oleh: NIEZAM ABDULLAH

SUDAH satu tahun menjadi artis dan meraih pelbagai kejayaan, Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani memanjatkan rasa syukur di atas rezeki yang melimpah ruah itu.

Walaupun pelbagai gosip serta peristiwa putus tunang dengan Nordiana Md. Naim telah menjadi sensasi namun penyanyi itu berjaya mengekalkan popularitinya yang kian tercalar.

Mawi juga perlulah menerima hakikat perjalanan sebagai insan seni sememangnya mengajar manusia supaya lebih banyak bersabar dalam melalui proses kematangan.

Bagi Juara Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3) itu, kehilangan ayahnya, Ani Ahmad Julai lalu buat selama-lamanya adalah detik yang sukar untuk dilupakan.

Malah dalam keadaan sedih itu, hatinya dirundung malang apabila hubungannya dengan Ina pula terputus.

Bagaimanapun penyanyi itu menganggap ia adalah ujian Allah dan sedar apa yang berlaku mempunyai hikmah yang tersirat. Di sebalik ujian yang diturunkan untuknya itu, kejayaan demi kejayaan diraih oleh Mawi.

Dia melakukan kejutan apabila berjaya membolot lima anugerah dalam Anugerah Era 2006 sekali gus mengalahkan penyanyi nombor satu negara, Siti Nurhaliza.

Di atas kejayaan yang dimiliki itu, Mawi tidak lupa untuk melahirkan rasa syukur dengan mengadakan majlis kesyukuran bersama peminatnya di Restoran Rebung, Bangsar pada Khamis lalu.

揝aya bersyukur dengan kejayaan saya selama ini dan saya tidak akan lupa ia diraih dengan sokongan peminat,拻 kata Mawi yang kelihatan 慴ersih
Reply

Use magic Report

shawie This user has been deleted
Post time 25-9-2006 09:46 PM | Show all posts

credit VM MFC
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2006 10:34 AM | Show all posts
ini part in the article kat  nst ---
re: tudung mawi ----



Like every other fashion item, popular culture has its effect on the tudung. The 搕udung Mawi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2006 08:54 AM | Show all posts
Mawi kini tauke air mineral
Oleh Farihad Shalla Mahmud

RAMADAN menyimpul seribu keberkatan. Segala amal jariah yang dilakukan pada bulan ini, seperti dijanjikan Tuhan, pahala yang diterima akan dilipat ganda.

Justeru, tidak hairanlah sekiranya ramai yang mengambil kesempatan dengan kehadiran bulan kesembilan dalam kalendar Islam itu untuk memperbanyakkan amal ibadat serta melakukan sesuatu yang mendatangkan manfaat kepada semua.

Begitu juga dengan apa yang dilakukan penyanyi popular, Mawi. Ramadan menjadi titik tolak kepadanya untuk lebih serius menceburi bidang perniagaan.

Walaupun syarikat Mawi World Sdn Bhd sudah setahun ditubuhkan, baru kini Mawi berani memperkembangkan perniagaannya. Jika sebelum ini syarikatnya hanya mengusahakan perniagaan menjual produk seperti baju-T berkolar atau kolar bulat, topi, kad raya, sampul duit raya dan kalendar, kini anak muda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai Johor ini sudah boleh berbangga dengan produk air mineral jenama sendiri iaitu Mawi World.

Baru-baru ini, ketika umat Islam memasuki hari keempat berpuasa, Mawi mencatat sejarah peribadi apabila melancarkan produk air mineral yang menjadi kebanggaan diri, keluarga dan seluruh peminatnya.

Majlis pelancaran gilang-gemilang itu berlangsung serentak dengan majlis berbuka anjuran Mydin Mall di Subang Jaya.

Bercakap pada sidang media, Mawi dalam nada gembira berkata, produk air mineral Mawi World itu akan dipasarkan secara berperingkat di 25 cawangan pasar raya besar Mydin di seluruh negara.

"Saya bersyukur ke hadrat Ilahi kerana pada waktu ini, hari ini dan bulan yang mulia ini, Mawi World dapat mengeluarkan satu lagi produk komersial di bawah jenama Mawi World.

"Menerusi perancangan jangka panjang, saya yakin produk ini akan dapat menemui semua pelanggan pasar raya besar Mydin di seluruh negara dengan harga berpatutan," kata Mawi yang juga bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mawi World Sdn Bhd.

Ditanya mengapa memilih air mineral sebagai produk pertama untuk dikomersialkan, selamba Mawi menjawab air adalah satu keperluan untuk kehidupan manusia.

揝elepas ini, syarikat kami akan menceburi perniagaan dalam bidang hiburan pula. Kami merancang mengambil kumpulan nasyid Wariqisalam sebagai artis pertama syarikat kami diikuti dengan perniagaan lain,
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2006 09:13 AM | Show all posts
Harian Metro

Mawi berniaga demi masa depan

Oleh Ellyna Ali

PELBAGAI hal berlaku terhadap Asmawi Ani atau Mawi, 25, dalam tempoh setahun bergelar artis rakaman. Bermula dengan menjuarai Akademi Fantasia Musim Ketiga (AF3) hingga menjadi fenomena di kalangan remaja di tanah air, Mawi juga sentiasa dihujani pelbagai show hingga menyebabkan jadual nyanyiannya sentiasa padat.




Di sebaliknya, anak muda kelahiran Felda Taib Andak, Kulai Johor ini turut diburu dengan pelbagai cerita kontroversi yang kurang enak termasuklah kes putus tunangnya dengan Nor Diana Naim.

Kini, Mawi mahu serius pula untuk menceburkan diri secara sepenuhnya di dalam bidang perniagaan menerusi syarikat sendiri, Mawi World Sdn Bhd yang ditubuhkan sekitar September tahun lalu.

Semuanya berlaku dalam tempoh setahun dan di bawah syarikat ini, Mawi sudah pun mengeluarkan pelbagai barangan iaitu kemeja-T, topi, kad raya dan sampul raya.

Terbaru ialah air mineral, 慚awi World
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 05:50 PM GMT+8 , Processed in 0.179850 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list