|
Senaman Melayu
Oleh Ziauddin Sharuddin
Dalam tempoh beberapa tahun timbul kesedaran memperkenal dan menyebarkan pengetahuan mengenai teknik warisan bangsa
KESEDARAN dan keinginan untuk hidup sihat menyebabkan teknik senaman dari benua India dan China seperti yoga dan tai chi, popular di seluruh dunia.
Masyarakat Barat sedar bahawa untuk menentukan keseimbangan sistem tubuh manusia, amalan pemakanan dan gaya hidup sihat tidak mencukupi jika senaman diabaikan.
Walaupun tidak kurang dengan teknik senaman seperti pilates, masyarakat Barat yang sentiasa mahu menerokai sesuatu yang baru beralih ke Timur untuk menerokai khazanah warisan Asia seperti yoga dan tai chi.
Perkembangan sama menular di Malaysia apabila pemodenan dan peningkatan tahap pengetahuan mengenai kesihatan menyebabkan wujud keinginan untuk mencari teknik senaman sesuai.
Pembukaan pusat senaman berasaskan yoga dan tai chi yang pelanggannya dari pelbagai kaum membuktikan rakyat Malaysia semakin terbuka menerima teknik senaman dari luar walaupun bayaran dikenakan bukan murah.
Ketika yoga semakin berkembang dan tai chi diamalkan di tempat terbuka seperti taman awam, timbul persoalan, apakah orang Melayu yang kaya dengan warisan budaya tidak mempunyai teknik senaman sendiri.
Orang Melayu sebenarnya tidak kurang hebat dengan teknik senaman setanding yoga dan tai chi, tetapi khazanah kaya ini tidak diterokai sepenuhnya. Tanyalah kepada sesetengah orang tua Melayu yang hidup sihat walaupun usia mencecah 80 tahun.
Antara jawapan mereka seperti Mohd Zin Hussain, 78, atau lebih dikenali sebagai Pok Jeng di Besut Terengganu, yang terkenal kerana berkahwin sebanyak 30 kali ialah mengamalkan senaman secara konsisten.
Senaman tegang urat yang diamalkan sejam setiap hari dikatakan antara rahsianya awet muda dan sihat.
Malangnya kebanyakan pengamal senaman Melayu bersikap individualistik. Pok Jeng sendiri mengaku bahawa senaman itu adalah rahsia peribadi dan tidak diperturunkan kepada sesiapa kecuali keluarga terdekat.
Pengetahuan dan kemahiran senaman Melayu adalah rahsia milik keluarga yang diperturunkan secara eksklusif dari seorang ayah kepada anaknya dan bukan menjadi milik masyarakat.
Pengalaman getir dirasai sendiri Pengarah Bakaprep Sdn Bhd, Azamarul Sa抋di Azman, ketika mencungkil rahsia teknik senaman seorang lelaki di Tanjung Sepat, Selangor, yang ketika hayatnya sihat dan cergas.
Katanya, Adnan Wongso yang meninggal dunia pada usia 81 tahun beberapa tahun lalu, keberatan mendedahkan teknik senaman yang kini dinamakan Senaman Baka dengan memberikan pelbagai alasan.
揌anya selepas memujuk berkali-kali dan Allahyarham yakin dengan kesungguhan saya, baru dia menunjuk ajar senaman yang kemudian dikaji dan didokumentasi secara sistematik, |
|
|
|
|
|
|
|
Senaman Tua petua asas
Pergerakan boleh digunakan sebagai jurus seni pertahanan diri berdasarkan silat Lok Sembilan
SENAMAN Tua diasaskan Azlan Ghanie, yang berasal dari Pahang, bertujuan memperkuatkan fizikal dan mental berdasarkan Silat Lok Sembilan diwarisi daripada ayahnya.
Dilahirkan tidak cukup bulan dan mengalami masalah kesihatan ketika kecil, beliau yang kini berusia 47 tahun berkata, beliau lumpuh separuh badan pada 1990 dan pulih secara beransur-ansur apabila mengamalkan senaman berdasarkan silat itu.
Apabila menerbitkan majalah Seni Beladiri, saya berusaha memperkenalkan Senaman Tua yang berasaskan silat kepada orang ramai.
揝enaman ini menekankan aspek pernafasan dan setiap pergerakan adalah berasaskan petua yang mempunyai pelbagai variasi dan mempunyai nama seperti tari piring dan selak dahan, |
|
|
|
|
|
|
|
Jurus lincah pulih penagih |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|