CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12
Return to list New
Author: dexa

NURUL -

[Copy link]
 Author| Post time 29-10-2006 06:47 AM | Show all posts
Nurul nak minta petunjuk depan Kaabah

Sedih juga mendengar cerita Nurul beraya di Pulau Pinang kali ini akibat masalah rumah tangga yang berlaku.

Niezam terfikir juga sekiranya hubungan Nurul dan Ajai baik dan tiada apa-apa masalah, mesti mereka gembira menyambut hari raya bersama. Disebabkan rumah tangga mereka agak goyang, maka terpaksalah Ajai balik ke Johor berasama dua anak mereka sebelum Ajai membawa anak-anak berjumpa Nurul pada hari raya berikutnya di Pulau Pinang.

Apa-apa pun Niezam memuji kedua-dua mereka. Walaupun sudah membuat pengakuan tidak tinggal sebumbung namun mereka tetap berhubungan dengan baik.

Bukan itu saja Nurul dan Ajai juga pandai menyimpan masalah masing-masing dan tidak menceritakan kepada umum apa sebenar yang berlaku di dalam hidup sehingga membuatkan mereka mengambil keputusan duduk berasingan.

Ketika berborak dengan Nurul baru-baru ini, penyanyi yang Niezam kenal hampir 12 tahun itu berkata, dia sedang berusaha untuk menyelesaikan masalah yang berlaku.

Malah sepanjang Ramadan lalu Nurul tidak putus-putus memohon supaya Allah memberi petunjuk terhadap masalahnya.

Walaupun begitu, petunjuk yang Nurul dapat tetap sama. Hatinya tetap sama. Apa yang sama itu tak naklah Niezam ceritakan atas permintaan Nurul sendiri.

揘urul percaya doa dan permintaan kita pada bulan Ramadan itu akan dimakbulkan Allah dan Nurul berharap benar mendapat jalan mengenai hubungan Nurul dengan Ajai,拻 katanya.

Selain itu Nurul juga berhasrat untuk mengerjakan umrah. Dia ingin memohon kepada Allah di depan Kaabah agar masalah yang dihadapinya sekarang mencapai penyelesaiannya.

Insya-Allah kata Nurul, jika tiada apa-apa halangan mungkin pada tahun hadapan dia akan melaksanakan hasratnya itu.

Niezam pun sayangkan hubungan Nurul dan Ajai. Mereka memang secocok. Kedua-duanya pun baik dan hormat orang. Mudah-mudahan tuhan membuka jalan untuk mereka agar kembali bahagia seperti dahulu.

NIEZAM: 2006 tahun kesedihan dunia artis. Banyak air mata menimpa bumi. Sabarlah Nurul, Ajai, Awie, Arni, Erra, Yusry, Noraniza dan Fareez.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-10-2006 06:48 AM | Show all posts
Ajai bawa anak jumpa Nurul

Riuh berdentum orang bercakap soal rumah tangganya berantakan, komposer Ajai diam-diam saja. Dia tetap buat kerja macam biasa.

Kalau bertemu dengan rakan-rakan media pun Ajai masih lagi boleh kawal perasaan. Tabik Ajai. Bagi Ajai, dia tidak berminat untuk terlalu terbuka bercerita tentang hal berkenaan.

揌al rumah tangga buat apa hendak kongsi dengan banyak orang. Yang penting, kami masih lagi suami isteri,拻 kata Ajai kepada seorang kawan Joyah.

Bagaimanapun dia mengakui 1 Syawal baru-baru ini disambut dengan suasana pilu. Ini tentunya ada kaitan dengan masalah keluarga yang sedang dialami bersama isterinya, Nurul.

Raya pertama baru-baru ini, Ajai bersama dua anaknya pulang ke Johor. Sementara raya kedua, Ajai membawa anak-anak bertemu dengan Nurul di Pulau Pinang.

揘urul masih isteri saya, kami masih lakukan tanggungjawab lain bersama sampai saat ini. Sebab itu saya bawa anak-anak balik ke Pulau Pinang untuk berhari raya bersama mamanya,拻 kata Ajai lagi.

Semoga hasrat Ajai untuk menyatukan keluarga macam dulu akan terhasil sempena hari baik bulan baik ni.

Sebenarnya Joyah ingin sangat melihat baik Nurul atau Ajai berdamai dan melupakan apa juga sengketa di antara mereka. Sama-samalah kita doakan.
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 03:25 PM | Show all posts
Originally posted by SWAT at 6-10-2006 02:45 PM


'sherashi, bershama'....shh...shh...shhh....



pandai pulak nak berseleng kan,, cuba kalau diaorg laki bini jadik juri... nak mengondem pandai jeeee.. takbagi sleng..,
Reply

Use magic Report

Post time 2-11-2006 08:29 PM | Show all posts
aku suka dgn suara nurul je yg ala2 berlemak sikit2. tapi nyampah tahap dewa ngan bekas laki dia yg sherasi bershama tu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 11:54 PM | Show all posts
Debaran November
Oleh Zul Husni Abdul Hamid


Ketika mencari kekuatan menghadapi ujian, Tuhan menemukan Nurul dengan anugerah istimewa


PINGGIRKAN dulu episod hitam yang menghantui istana cinta dibinanya bersama Ajai. Berikan mereka ruang untuk memilih jalan terbaik bagi menyelesaikannya. Sebagai orang luar, mengapa tidak mendoakan saja kebaikan mereka.





PINGGIRKAN dulu episod hitam yang menghantui istana cinta dibinanya bersama Ajai. Berikan mereka ruang untuk memilih jalan terbaik bagi menyelesaikannya. Sebagai orang luar, mengapa tidak mendoakan saja kebaikan mereka.

Bukankah itu lebih mulia, apatah lagi ketika umat Islam masih meraikan kedatangan Syawal.

Mendung atau cerah warna yang bakal bertandang, itu adalah hak mereka untuk menentukannya.

Yang penting kata Nurul, dia kini berusaha keras menggilap masa depan dengan pelbagai perancangan baru untuk merancakkan semula karier seninya.

Akui penyanyi kelahiran Pulau Pinang ini, hatinya diburu debaran kencang ketika November menjengah. Apakan tidak pada bulan itu, anak didiknya, Nuriylia Jailani atau Nieyl mempertaruhkan nasib pada peringkat separuh akhir program realiti, Mentor.

Lantaran terlalu memikirkan soal persediaan, 1 Syawal lalu juga membuat Nurul tidak tenteram. Lebih lagi apabila memikirkan persediaan persembahan bersama Nieyl di Jakarta, Indonesia pada 4 hingga 6 November ini.

Semua itu, kata Nurul, mengundang debaran yang bukan sedikit dan ketika ini, fokus diberikan kepada persembahan Nieyl kerana dia menaruh harapan besar kepada protegenya itu.

Jujurnya, Nurul mahu Neiyl lahir bukan sekadar bergelar penyanyi sebaliknya dia mahu bakat baru itu muncul sebagai penghibur serba boleh.

Itu yang cuba digilap Nurul dan syukur kerana usaha kerasnya selama beberapa bulan kebelakangan ini kian menampakkan hasil.

揂lhamdulillah Nieyl sudah boleh membawa diri, cepat belajar dan mudah memahami apa yang diberikan kepadanya. Mungkin dari segi teknik vokal saya tidak terlalu gusar tetapi saya cuba mempertingkatkan mutu persembahan Nieyl di pentas.

揈ntah kenapa ada ketika fokus Nieyl ketika di pentas hilang. Itu masalah utamanya dan kini kami berusaha bersama mengatasi. Nieyl juga semakin positif menghadapi tekanan dan perubahan itu cukup menggembirakan saya.

揝aya tidak mengharap Nieyl untuk menang kerana sedar dia berdepan dengan peserta popular dan versatile iaitu Fiq. Cuma apa yang saya mahukan dia memberi persembahan terbaik yang akan diingati semua,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 2-11-2006 11:57 PM | Show all posts
Lafaz cerai Nurul 8 November


PETALING JAYA: Penyanyi Nurul yang memfailkan tuntutan cerai terhadap suaminya, komposer dan penyanyi Ajai di Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam, difahamkan mendapat sebuah rumah dan hak penjagaan bersama dua anak mereka.


Nurul atau nama sebenarnya, Noorul Huda Abdul Wahab, 29, juga sudah menyerahkan pegangannya dalam syarikat mereka, Wake The Baby Sdn Bhd kepada Ajai, atau nama sebenar Mohd Faizal Maas, 31. Bagaimanapun, keuntungan syarikat sehingga hujung tahun akan dibahagi sama rata.

Pasangan itu juga membuat perjanjian berhubung nafkah edah dan mutaah, selain harta sepencarian. Difahamkan, mereka menandatangani perjanjian itu di sini, kelmarin.

Bagaimanapun, nilai pembahagian harta sepencarian itu belum diputuskan oleh akauntan dan dijangka diketahui pada 8 November ini. Tarikh itu ditetapkan mahkamah untuk lafaz cerai dan sebutan.

Nurul tiba di Mahkamah Rendah Syariah, jam 2.25 petang, semalam, berpakaian serba hitam dan berselendang hitam serta berkaca mata dengan ditemani kakak angkatnya dan peguam, Sa抋diah Din. Bagaimanapun, Ajai tidak hadir.

Afidavit permohonan cerai setebal 15 muka surat termasuk eksibit dibuat di hadapan Penolong Pendaftar mahkamah, Siti Aminah Hussain bersama wakalah pelantikan peguam.

Nurul dan Ajai terkenal dengan gelaran 憄asangan romantik
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 14-11-2006 06:51 AM | Show all posts
Nurul tulis novel kisah hidup

BUAT masa ini kisah pasangan penyanyi duet suami isteri, Nurul dan Ajai merupakan topik yang paling hangat diperkatakan dalam dunia hiburan tempatan.

Sebelum ini, sudah heboh diperkatakan kisah mereka yang tidak lagi tinggal sebumbung sejak lebih tiga bulan lalu kerana tiada persefahaman selepas hampir 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Pada 20 Oktober lalu, Nurul atau Noorul Huda Abdul Wahab, 29, telah `mengesahkan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2006 03:01 PM | Show all posts
Badi Kerana Terluka ke?

Joyah antara peminat lagu Kerana Terluka nyanyian Nurul suatu ketika dulu. Masa lagu tu popular Joyah masih sekolah lagi. Baru putus cinta monyet. Syok juga layan lagu tu lepas putus cinta. Tapi itu kisah lama.

Kononnya lagu tu jadi badi kepada penyanyinya, si Nurul. Memanglah kalau dihayati semula bait-bait kata lirik lagu tu kita nampak macam ada persamaan dengan kisah yang terjadi kepada kehidupan Nurul hari ini.

Lagu itu cerita tentang kekecewaan seorang wanita. Apabila hatinya telah dilukai, dia tidak ingin berpaling lagi kepada kekasih hati.

Nampaknya itulah juga yang berlaku kepada si penyanyinya yang kini sedang dalam proses perceraian dengan suaminya. Yang buat Joyah tabik dengan pasangan ini ialah sikap terus terang mereka kepada media.

Hal suka dan duka kehidupan mereka dikongsi bersama. Barulah tak ada pihak yang mereka cerita-cerita meraban tentang mereka bila si empunya diri berterus terang.

Walaupun ada yang anggap lagu itu bagai badi, Nurul sendiri tak anggap macam tu. Sebaliknya mungkin apa yang berlaku adalah kebetulan semata-mata.

憭Badi ke? Tak adalah. Nurul suka lagu tu. Tak baik cakap lagu tu badi untuk kita tau,
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2006 06:56 AM | Show all posts
Gaya berani Nurul di pentas peragaan
Oleh WANDA IDRIS

BAK gaya seorang model berpengalaman, Nurul tampil berani lagi berkeyakinan pada peragaan Minggu Fesyen Kuala Lumpur (KLFW) yang berlangsung minggu lepas.

Dengan gaun off shoulder, penyanyi berkulit hitam manis itu memperagakan pakaian pengantin dan gaun malam rekaan pereka kegemarannya, Calvin Thoo pada majlis pertunjukan fesyen dan malam pembukaan minggu fesyen tersebut pada Sabtu lalu.

Muncul seksi dengan tubuh yang semakin langsing, tegas Nurul, dia tidak akan hadir dengan imej sedemikian jika berada di pentas seni nyanyian.

揅ukuplah sekadar di pentas peragaan. Sebagai artis, Nurul tetap senang dengan imej seadanya. Lagipun penggemar Nurul daripada pelbagai peringkat umur. Tak betah rasanya kalau bergaya terlalu seksi,
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2006 04:14 PM | Show all posts
aku suka sangat lagu Ikhlasnya Cintaku drp Nurul..
Reply

Use magic Report

dodo This user has been deleted
Post time 21-11-2006 07:56 PM | Show all posts
apa laa punya pompuan... jaja cerita sana sini nak pegi lebanon laa, nak pegi makkah laa... kalau nak buat kerja sukarela, nak buat ibadah, tak payah cerita... buat je... action speaks louder than words! kes cerai ni mcm publisiti pulak jadinye...
Reply

Use magic Report

12
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 07:44 PM GMT+8 , Processed in 0.293357 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list