View: 3525|Reply: 6
|
Cinta Yang Sebenarnya...
[Copy link]
|
|
1. Cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta.
2. Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
3. Anda sebenarnya silap dan terperangkap apabila persahabatan dan semangat setiakwan yang terbina bertahun-tahun berakhir dengan ungkapan cinta.
4. Cinta yang tulus ikhlas lahir daripada sikap, perbuatan dan tindak balas yang dipamerkan oleh seseorang, bukannya dari kata-kata bermadah walaupun terlalu indah.
5. Orang yang terlalu berjanji semasa bercinta adalah orang yang keliru dengan perasaannya sendiri.
6.Cinta memerlukan keikhlasan dan kejujuran dan bukannya pengorbanan. Mereka yang sanggup berkorban demi cinta adalah orang yang tidak pernah memahami erti cinta sebenar.
7. Anda sebenarnya tidak pernah jatuh cinta atau dicintai sekiranya anda mengatakan sering gagal dalam percintaan.
8. Kecacatan cinta bukannya terletak atas sebab ' Cinta Itu Buta' tetapi disebabkan mereka yang selalu mempermainkan cinta.
9. Anda adalah insan yang kecewa sebelum waktunya sekiranya anda sering mengucapkan 'Aku cinta padamu' dan 'Adakah kau mencintaiku'
10. Cinta adalah anugerah Tuhan. Mereka yang menerima dan mengalami tidak pernah menyedari bahawa dia telah jatuh cinta pada seseorang. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 tasha86's post
cinta yg sebenar ialah cinta pada Allah dan selebihnya baru cinta pada manusia:tq: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lows^man^lyrics at 30-8-2006 09:54 PM
cinta yg sebenar ialah cinta pada Allah dan selebihnya baru cinta pada manusia:tq:
:setuju: dan...cinta yang HAKIKI adalah cinta pada ALLAH...:love: |
|
|
|
|
|
|
|
cinta yang sebenar ialah cinta agung..kepada Ya Rabbi.. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tasha86 at 29-8-2006 11:11 PM
1. Cinta adalah iman dan keimanan juga yang menentukan ketahanan dan kesetiaan pasangan yang bercinta.
2. Apabila manusia gagal mencintai Tuhannya, maka cinta sejati tidak akan ditemuinya.
3. ...
woiik tasha..mcm ade makne je..ade teman tapi mesra dan jatuh cinta ngan ko ke.??:cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by wiraputera at 31-8-2006 09:27 PM
woiik tasha..mcm ade makne je..ade teman tapi mesra dan jatuh cinta ngan ko ke.??:cak:
:jeling: aik...wira...ko pun tau ke TTM tu? :hmm:
ada apa2 lagi yg ko tau? :cak:
meh la citer kat aku... :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by eddysheddy at 31-8-2006 09:20 PM
cinta yang sebenar ialah cinta agung..kepada Ya Rabbi..
cinta yang paling agung & kekal selamanya...:love: :love: :love: |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|