CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: aYuGiLeR

☺☺ Profile Semua Bintang² AF ☺☺

 Close [Copy link]
lmokhtar This user has been deleted
Post time 9-3-2007 02:58 PM | Show all posts
PENGETUA


Nama
Roslan Aziz

Jawatan
Pengetua

Tanggungjawab
Pengetua merupakan kedudukan tertinggi dalam senarai carta organisasi dalam Akademi Fantasia. Sebarang keputusan mengenai masalah disiplin dan akademik terletak di tangannya.Sebagai Pengarah muzik pula, beliau bertindak menyusun semula lagu dan membantu pelajar dalam mencorakkkan persembahan.

Pencapaian
Pernah menjadi penerbit untuk artis terkemuka tanahair seperti Sheila Majid dan Zainal Abidin, Amir Yusoff, Prema, Zubir Ali dan yang terkini ALI (gabungan Roslan Aziz & Mukhlis Nor). Turut menjadi pengasas Roslan Aziz Production (R.A.P) syarikat rakaman tempatan yang pertama yang mengorak langkah dan seterusnya mencipta nama di peringkat antarabangsa seperti Indonesia, Jepun, Eropah dan Amerika Selatan.

Pernah menerima Anugerah Album Terbaik di AIM 1995 & 1996 untuk album Gamal & RATU. Album Emosi pula telah dinobatkan AlbumTerbaik di Indonesia dalam acara Anugerah BASF. Pada tahun 2002 beliau telah dinobatkan sebagai 'Most Promosing Producer' di Music Producers Awards di Amerika Syarikat. Pada tahun 2005 beliau bertindak sebagai pengarah muzik untuk Konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall dan pada tahun 2006 menjadi pengarah muzikal untuk Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang.

Trivia
Terkenal dengan kejujuran beliau memberikan komen terhadap peserta program realiti tv dalam setiap persembahan mingguan mereka.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


lmokhtar This user has been deleted
Post time 9-3-2007 03:05 PM | Show all posts
TENAGA PELAJAR


Nama
Syafizawati Sharif
Jawatan
Tenaga Pengajar
Tanggungjawab
Membantu dan melatih pelajar dalam aspek teknikal seperti teknik pernafasan, lontaran suara dan penyesuaian nada suara dalam melakukan persembahan.
Pencapaian
Menerima pendidikan asas dalam bidang muzik sejak di bangku sekolah lagi. Beliau kemudian beliau meneruskan pengajiannya di Akademi Seni Kebangsaan dan telah lulus dengan cemerlang Diploma Seni Muzik (Major Vokal dan Susunan) pada tahun 2001. Memiliki Gred 8 Vokal (ABRSM) pada tahun 2000 dari UK, Gred 8 Piano dan Gred 8 Teori Muzik dari institusi yang sama di UK. Beliau menjurus kepada Latihan Vokal, Piano, Teori Muzik/Susunan Harmoni/Sebutan Lirik (Bahasa German, Itali dan Perancis) dan Latihan Koir. Beliau turut menyumbangkan suara beliau untuk Konsert Sharifah Aini, Teater Rubiah, album Sheila Majid dan persembahan bangsawan. Beliau turut menyumbangkan ilmu muziknya bersama Classicomm Vocal Center dan Kementerian Pendidikan serta jurulatih vokal untuk Nurul, Rabbani dan Amy Mastura.

Masih meneruskan usahanya mendidik bintang-bintang Akademi Fantasia 1-4. Kini bertugas sebagai Guru Muzik & Koir di Kolej Tunku Ja'afar. Turut ditugaskan sebagai Penasihat Koir bagi 'Malaysian Youth Orchestra & Choral Group' yang bakal mewakili Malaysia untuk 'Bonyi Muzik Festival di Brisbane'.
Trivia
Kembali semula sebagai Guru Teknikal Vokal untuk Akademi Fantasia musim kelima setelah menyumbangkan tenaganya untuk Akademi Fantasia musim keempat.


Nama
Adnan Abu Hassan
Jawatan
Tenaga Pengajar
Tanggungjawab
Membimbing para pelajar dalam mendapatkan lenggok suara yang betul di samping membantu mereka  mengenali identiti nyanyian tersendiri tanpa mengikut penyanyi sedia ada.
Pencapaian
Beliau merupakan Pemegang Ijazah Sarjana Muda jurusan 'Professional Music' dari Berklee College of Music di Boston, Amerika Syarikat. Adnan Abu Hassan memainkan peranan penting dalam perkembangan industri muzik di Malaysia. Beliau memulakan kerjayanya sejak dari tahun 1984. Ketika itu beliau bertindak sebagai Pensyarah di UiTM, Pengurus A&R (CBS Records), Pengarah Urusan Happy Records dan Suria Records, Pengarah, A&R BMG Music dan Delima Records. Kini beliau telah dilantik sebagai Pengetua dan Pengarah untuk Jam Music Centre, Produser dan Komposer Album dan turut bertindak sebagai Pengarah Kreatif untuk Jam/Treeman Corporation.

Dengan kepakaran dan bimbingannya dalam bidang muzik lahirlah artis-artis seperti Siti Nurhaliza, Liza Hanim, Dayang Nurfaizah dan Misha Omar. Tahun 2003 merupakan tahun bertuah kepada Adnan Abu Hassan di mana beliau berjaya menjuarai kategori Lagu Terbaik di Juara Lagu TV3 menerusi lagu Bunga-Bunga Cinta dendangan Misha Omar.Kini bergelar Pengarah Urusan untuk SRD Villa Record.
Trivia
Beliau merupakan Guru Persembahan Vokal untuk Akademi Fantasia musim 1, 2 dan 3.
Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 9-3-2007 03:10 PM | Show all posts

Nama
Linda Jasmine Hashim
Jawatan
Tenaga Pengajar
Tanggungjawab
Selain mengajar pelajar asas gerakan tarian, beliau akan bertanggungjawab membantu pelajar untuk melakukan persembahan di khayalak ramai.
Pencapaian
Setelah empat musim bersama Akademi Fantasia, bakat dan kredibiliti yang ada pada Linda Jasmine memungkinkan beliau kembali sebagai Guru Koreografi pada musim ini. Beliau menamatkan pengajian dalam bidang tarian ballet klasik, moden dan tarian 'tap' dari Royal Academy of Dance (RAD) di England dan merupakan seorang yang berpengalaman luas mengadakan persembahan di dalam dan luar negara. Wajah kacukan beliau juga sering menjadi penghias iklan-iklan komersil dan juga penghias muka depan majalah-majalah popular tempatan seperti Glam, Radiance, Mingguan Wanita, Rapi dan sebagainya.

Berkongsi dengan Juara Akademi Fantasia 1, Vince, beliau menaburkan pengalamannya untuk generasi baru dengan membuka Linda Jasmine Performing Arts Studio  yang mengendalikan kelas-kelas tarian, vokal dan drama selaku Pengetua dan Pengarah Urusan.Kini meneruskan usahanya membimbing bintang-bintang AF 1, 2, 3 dan 4 di studio miliknya.
Trivia
Linda Jasmine merupakan tenaga pengajar yang kekal bersama Akademi Fantasia untuk musim pertama hinggalah sekarang


Nama
Dr. Azahari Othman

Jawatan
Tenaga Pengajar

Tanggungjawab
Beliau ditugaskan untuk memberi motivasi kepada pelajar AF dari segi mental & fizikal. Beliau juga merupakan orang yang akan memberi keyakinan dan perangsang apabila pelajar menghadapi masalah.

Pencapaian
Pernah menjadi perunding motovasi untuk Akademi Fantasia 3. Beliau merupakan pengasas, CEO & ketua jururunding BAREFOOT Associates Sdn Bhd. Beliau telah memperkenalkan 'The Barefoot Principle of Management by Love' yang secara meluas dipraktikkan dan diterima oleh banyak organisasi. Azahari juga dikenali sebagai 'Mr. Barefoot' dan merupakan speaker yang mempunyai stail yang tersendiri bila membuat penyampaian. Terkini, beliau terlibat sebagai speaker utama dalam pembentangan 'Management by love: Retaining K-Workers Towards Achieving Organizational Vision' di 9th International Federation Women Entrepreneurs (IFWE) dan di International Youth Leadership Seminar.

Ditugaskan sebagai panel jemputan untuk 'Internet TV Show ' yang disiarkan di 40 buah negara. Sering muncul juga dalam rancangan TV tempatan seperti Tanya Linda, Anita, Agenda  dan Macam-Macam Aznil.   Managing Director, Disaster Management Consulting Sdn. Bhd dan sorang pelatih korporat di 'Golden Hope Academy'.

Trivia
Dr.Love merupakan tenaga pengajar Akademi Fantasia musim ketiga dan kini kembali semula ke Akademi Fantasia musim kelima
.

Reply

Use magic Report

lmokhtar This user has been deleted
Post time 9-3-2007 03:13 PM | Show all posts

Nama
Fatimah Abu Bakar
Jawatan
Tenaga Pengajar
Tanggungjawab
Beliau ditugaskan membantu pelajar dalam pengurusan dan penguasaan pentas di dalam setiap persembahan. Juga membantu pelajar mendalami dan menghayati lirik serta cara-cara penguasaan emosi dan pembinaan karaktor di pentas nyanyian.
Pencapaian
Pemegang Ijazah dalam jurusan Komunikasi Masa dari UiTM, Fatimah Abu Bakar ialah seorang penulis ruangan Life & Times di akhbar Inggeris tempatan New Straits Times. Beliau juga pernah berlakon teater dan antara teater lakonannya ialah Tun Kuda, Orang Ketiga Belas, Ribut, 1984 Then & Now dan Killing of Sister George. Selain daripada itu beliau juga berlakon dalam drama-drama televisyen antaranya Cengkaman, Percayalah Maria, Politikus, Teksi dan Karma Miranda.

Fatimah turut terlibat dalam pembentukan watak-watak filem untuk artis-artis yang membintangi filem seperti Ringgit Kasorga, Layar Lara, Mimpi Moon, Sara dan Embun. Begitu juga terlibat dalam penerbitan drama televisyen antaranya Mencari Zuriah, Ladang dan Insurgensi. Beliau turut membintangi filem Cinta dengan memegang salah satu peranan utama sebagai Rubiah.
Trivia
Beliau merupakan tenaga pengajar untuk Akademi Fantasia musim pertama hingga ketiga dan kembali meneruskan jawatan pertamanya untuk Akademi Fantasia musim kelima


Nama
Jasmi Rejab
Jawatan
Tenaga Pengajar
Tanggungjawab
Bertanggungjawab memberi khidmat nasihat berkenaan penampilan dan fesyen kepada pelajar. Bekerjasama menghasilkan fesyen yang sesuai untuk pelajar di Konsert AF.
Pencapaian
Mendapat Ijazah  dari Universiti Teknologi MARA dalam bidang rekaan Seni Rekaan Fesyen. Pernah menjadi pensyarah di Universiti Kreatif Lim Kok Wing.  Sering menjadi finalis dalam pertadingan rekaan fesyen seperti di Anugerah Benang Emas Jelita, Rekacipta Pesona Pengantin Nona dan The Star Designer Award di KL Fashion Week.

Turut menerima Anugerah 'Best Casual Denim Designer'  tajaan Levi's dan menjadi Naib Johan untuk  1st 'Asean Young Fashion Designer Contest di Singapore Fashion Week 03'.  mendapat pengiktirafan 'Country Award 7th Brother Cup China International Young Fashion Designer Award, Beijing, China'  pada tahun 1999.  Kini bertugas pensyarah sambilan di 'Fashion Academy of Creative Technology'.
Trivia
Ini merupakan kali pertama Perunding Imej diperkenalkan di dalam Akademi Fantasia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

12-6-2024 03:57 PM GMT+8 , Processed in 0.222998 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list