CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: Itsmylife

Nabi Muhammad SAW Tidak Tahu Membaca

 Close [Copy link]
Post time 8-9-2006 04:09 PM | Show all posts
" Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya.Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu,kebaikan, perpaduan,kasih sayang,pengorbanan, perjuangan dan lain-lain."

Saya ingin memulakan tulisan ini dengan memohon ampun dan maaf kepada kekasih Tuhan, Penghulu alam, Rasulullah SAW di atas salah tanggap dan salah tafsir terhadap statusnya sebagai seorang rasul yang Ummiy.

Selama ini kita difahamkan bahawa Ummiy itu bererti orang yang tidak tahu membaca dan menulis, ertinya buta huruf, orang yang tidak belajar bererti seorang yang bodoh.

Ensiklopedia Barat juga mendefinasikan Muhammad sebagai seorang yang illiterate. Bagi orang yang tidak prihatin, hal ini mungkin tidak menjadi apa-apa masalah baginya, tapi bagi yang prihatin, yang hatinya terbuka, kita rasakan seolah-olah ada yang tidak kena dengan maksud Ummiy itu. Mana mungkin seorang rasul yang kemuliaannya sampai namanya digandingkan dengan nama Tuhan, dikatakan buta huruf.



Sebenarnya yang dimaksudkan Ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa.

Tujuan belajar adalah supaya menjadi pandai, dengan mengisi ilmu kepada akal dan rohnya. Itulah hakikatnya. jika akal dan roh tidak diisi dengan ilmu maka seseorang itu tidak akan dapat menjadi pandai.

Orang yang hendak menjadi pandai secara biasa, kenalah melahirkan sebab lahiriah untuk mencapai matlamatnya. Contohnya melalui menulis, membaca, berguru, belajar di sekolah dan lain-lain. Bagi orang biasa, jika tidak mengikut kaedah ini, maka tidak akan menjadi pandai.Itulah lumrahnya. Tetapi itu adalah proses untuk manusia biasa.

Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa Allah pandaikan dia tanpa melalui proses biasa.

Demikianlah Maha Besarnya Tuhan, Rasulullah dipandaikan melalui proses luar biasa. Jadi Rasulullah sebenarnya seorang yang belajar tidak secara biasa tapi secara luar biasa. Oleh itu sama sekali tidak benar jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

bersambung

[ Last edited by  serihartatie at 8-9-2006 04:13 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2006 04:12 PM | Show all posts
Mari kita bahaskan pula perkataan Ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada `ibu`. Makna ibu pula:


1.Kalau dibahaskan secara lahir, ibu merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada ibu, mana mungkin dapat melahirkan zuriat.

2.Bagi yang tidak bernyawa yang disebut ibu juga contohnya, ibu roti. Daripada ibu rotilah dapat hasilkan roti. Itu disebut ibu juga.

3.Ibu secara batin atau maknawi punya erti yang lebih hebat, iaitu ibu dan ayah pada diri kita ialah akal dan roh.

Tanpa akal dan roh, tiada erti apa-apa. Sebab itulah Allah terus memberi ilmu pada Rasulullah tanpa menggunakan alat.Itulah sebabnya Rasulullah dikatakan Ummiy iaitu belajar secara terus dari Tuhan. Allah terus campakkan ilmu pada ibu dirinya iaitu akal dan roh. Oleh itu salah besarlah jika dikatakan Rasulullah tidak belajar.

Rupa-rupanya begitu hebat Allah memproses hamba-hamba yang dikehendaki-Nya dengan cara dipandaikan tanpa melalui proses belajar secara biasa. Itulah sebenarnya mukjizat Rasulullah yang cukup agung dan hebat. Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya. Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu, kebaikan, perpaduan, kasih sayang, pengorbanan, perjuangan dan lain-lain.

Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi dia menjadi ibu berlandaskan gelaran Ummiy tersebut ialah kerana rohnya adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan dia dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya.

bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 04:15 PM | Show all posts
Penyelewengan orientalis terhadap gelaran Ummiy

Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah, kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka.

Lalu mereka cuba mengelirukan dan mengkelabukan pemikiran umat Islam dengan mengatakan bahawa: "Rasulullah itu Ummiy yakni tidak tahu membaca dan menulis untuk membuktikan bahawa Al Quran itu bukan dari tulisan Rasulullah."

Nampak macam logik dan rasional hujah tersebut. Tapi sebenarnya mereka menutup maksud Ummiy yang sebenar yang memperlihatkan kehebatan Rasulullah. Akhirnya umat Islam dari generasi ke generasi beranggapan Rasulullah itu buta huruf, dan kesan saikologi terhadap pemahaman palsu ini menyebabkan umat Islam menjadi umat yang mundur bukan setakat miskin ilmu, harta, kemajuan dan lain-lain tetapi yang lebih parah dari itu ialah miskin iman.

Usaha-usaha untuk memperkecilkan martabat Rasulullah memang telah sekian lama dirancang oleh para musuh Islam. Mereka sengaja hendak memperlihatkan Rasulullah sebagai tidak bertamadun agar umat Islam juga akan mencontohinya. Kebesaran dan kemuliaan Rasulullah cuba ditutup dan dilindungi.

bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 04:18 PM | Show all posts
Untuk memperlihatkan dengan lebih jelas bahawa Ummiy adalah satu mukjizat besar Rasulullah dan bukannya buta huruf, mari kita buat perbandingan dua kaedah mendapat ilmu.


1. Secara biasa. laitu melalui pancaindera dan segala alat-alat bantuan belajar yang serba canggih di kurun ini.
2. Secara luar biasa laitu tanpa melalui usaha lahir secara menulis dan membaca.


Sistem pembelajaran hari ini mengukur kepandaian seseorang melalui sijil mengikut tingkatannya iaitu bermula dari bawah hinggalah kepada bachelor, master dan Ph.D. Paling tinggi pencapaian pelajaran seseorang itu ialah apabila berjaya memperolehi Ph.D di dalam sesuatu bidang ilmu. Contohnya, seorang yang ingin menjadi pakar undang-undang, di peringkat sarjana muda dia akan belajar secara umum 20 jenis undang-undang. Bila dia melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana dia akan hanya rnenumpukan kepada 2 jenis undang-undang dan bila dia terus lagi belajar hingga ke peringkat Ph.D dia akan memperkecilkan lagi skop pembelajaran dan hanya menumpukan 1 aspek sahaja dalam satu bidang undang-undang.

Begitulah juga kalau seseorang yang ingin jadi pakar membuat kapal terbang, diijazah pertama dia akan belajar secara umum tentang sebuah kapal terbang. Bila dia melanjutkan lagi ke peringkat sarjana, dia akan hanya menumpu kepada pelajaran bagaimana hendak membuat pesawat itu terbang, manakala di peringkat ketiga, Ph.D, dia akan hanya belajar tentang sayap kapal terbang.

Rupa-rupanya manusia hari ini telah diperbodohkan melalui kaedah pencatuan ilmu sebegini. Dan kita juga jarang berjumpa dengan seseorang yang punya lebih dari satu Ph.D. Kalau ada pun jarang-jarang sangat. Ini adalah kerana proses pembelajaran secara ini memerlukan tempoh masa yang lama, belanja yang besar serta komitmen yang tinggi.

Kadang-kadang apa yang menyedihkan kita ialah ada para cerdik pandai, profesor-profesor yang mengambil masa bertahun-tahun untuk mengkaji batu, hingga sangat alim tentang batu dan diiktiraf sebagai profesor batu, tapi tidak kenal Tuhan yang mencipta batu dan yang mencipta dirinya juga. Begitulah kaedah pembelajaran hari ini.

Manusia begitu canggih ilmunya hingga mampu naik ke bulan, terjun ke dasar lautan dan bumi, mendaki gunung-ganang, tapi malang, sebegitu dalam dan luas manusia mengkaji, menyelidik dan menuntut ilmu, Tuhan tidak dijumpai di dalam pencariannya hinggakan kadangkala ada yang gila dalam keghairahan menuntut ilmu. Setakat itu sahajalah kemampuan seseorang memperolehi ilmu melalui proses pembelajaran secara biasa ini. Hasil pencapaiannya juga adalah terhad dan ilmunya juga belum tentu terjamin kebenarannya.

bersambung
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2006 07:36 PM | Show all posts
M5, Antique, Salamun Alaikum,

It is iktatabaha... not ikatabaha...

Sorry. missed out the "t"

iktataba lebih membawa maksud "dia menuliskan"
haa di situ merujuk kepada asaatir


dia menuliskan / dituliskannya does not give any meaning difference to me. But definitly if it is "dimintanya supaya dituliskan" is way of the intended meaning of the word.

pertaining the opinions from both of you
Saya bersetuju dengan M5 dalam hal membincangkan ayat 25:5 ini... ayat ini pada saya tak boleh dijadikan hujjah samada Nabi boleh atau tidak menulis.. kerana ini adalah words dari tuduhan the misbelievers. Jadi akan ada part nya yg boleh dipertikaikan, samada hanya "dongengan" itu yg menjadi tuduhan, atau "dia menulis" itu juga menjadi tuduhan. Ianya akan boleh dijadikan hujjah jika part "dia menuliskan" itu bukan part of the "tuduhan", which, that verse didn't tell.


Do both of you believe that the Quran is dictated to the Prophet in the early morning and evening?

salam
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 09:54 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 8-9-2006 10:46 AM


tak setuju.

sila baca balik post saya sebelum ni.



Salam Sejahtera kyas.

Maaf, kerana salah membuat andaian yg disebabkan membaca reply saudara sekali lalu.  Setelah saya rujuk kembali post saudara, saya bari perasan yg saudara mengatakan yg sebaliknya.

Jika tak keberatan, minta saudara re-confirm statement dibawah sebelum saya meneruskan reply saya:

(A) Q7:157 dan Q7:158:


"ummi" merujuk kepada buta huruf.  Ya/Tidak?

(B) Q2:78, Q3:20, Q3:75,  dan Q62:2:


"ummi" tidak merujuk kepada buta huruf.  Ya/Tidak?

Salam Sejahtera
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-9-2006 10:59 PM | Show all posts
Originally posted by kyas at 8-9-2006 11:05 AM

29:48 pulak

"Dan kamu tidak pernah membaca sebelumnya (Al Qur'an) sesuatu Kitab pun dan kamu tidak (pernah) menulis suatu kitab dengan tangan kananmu; andai kata (kamu pernah membaca dan menulis), benar-benar ragulah orang yang mengingkari (mu)."

Adakah ini bermakna nabi buta huruf?

Rasanya tak juga.


Salam Sejahtera Kyas.

Saya bawa tafsiran literal Q29:48 untuk dibuat perbandingan.

29:48
Transliteration
Wama kunta tatloo min qablihi min kitabin wala takhuttuhu biyameenika ithan lairtaba almubtiloona
aydiyahuma

Literal
And We were not reading/reciting from before it from a Book , and nor you write it with your right (hand), then the wasters/falsifiers would have doubted/become suspicious.


Untuk melihat rasional takrifan Wama yg ditafsirkan secara literal sebagai And We tetapi ditafsirkan secara lazim sebagai And You yg merujuk kepada Muhammad, kita kena lihat ayat sebelumnya, i.e 29:47.

29:47
Transliteration
Wakathalika anzalna ilayka alkitaba faallatheena ataynahumu alkitaba yu/minoona bihi wamin haola-i man yu/minu bihi wama yajhadu bi-ayatina illa alkafiroona

Literal
And like that, We descended to you The Book, so those who We gave/brought them The Book , they believe by (in) it, and from those who believes by (in) it, and none disbelieves and denies with Our verses/evidences except the disbelievers.


"Wama" walaupun boleh juga merujuk "And You", but since subject ayat sebelumnya (29:47) adalah merujuk kepada Pemberi Kitab dan bukannya Penerima Kitab, maka didlm 29:48, "wama" adalah merujuk kepada Pemberi Kitab.

Setelah kita melihat rasional "wama" sebagai merujuk kepada "Pemberi Kitab", kita lihat konteks menyeluruh ayat Q29:48 yg saya pecahkan ke 3 bahagian.


1.  And We were not reading/reciting from before it from a Book :    Our verses/evidences bukanlah diambil dari Kitab terdahulu.  Literally it simply means, Kitab al Qur'an ini Kitab yang baru walaupun pesanan/message yg dibawa adalah selari dgn pesanan2 yg terkandung didlm Kitab2 terdahulu.

2.   and nor you write it with your right (hand):   Literally, with your right (hand) merujuk kepada sesuatu yg dihasilkan sendiri/your own resources.  For what we know, mungkin juga Nabi Muhammad adalah kidal.  Konteks ayat with your right (hand) tidak merujuk kepada tangan mana Nabi Muhammad menulis.

3.   then the wasters/falsifiers would have doubted/become suspicious.:  Jika Kitab al Qur'an ini diciplak dari Kitab yg lama, ataupun hasil dari ilham Nabi sendiri, maka Kitab ini akan menjadi rujukan yg mencurigakan.

Penambahan2 ayat didlm kurungan yg diambil dari rujukan kyas jika dibaca sememangnya menunjukkan Nabi itu buta huruf.  Tapi tafsiran tanpa melihat konteks penerangan ayat2 yg menyeluruh akan menghasilkan terjemahan yg berat sebelah, seperti yg lolipop9 katakan, i.e terjemahan yg dipengaruhi oleh fahaman bias sebagai justifikasi mengatakan Nabi itu Buta Huruf.


Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 11:10 PM | Show all posts
Salam Sejahtera serihartatie.

Originally posted by serihartatie at 8-9-2006 04:09 PM
" Ummiy itu adalah lambang kebesaran Rasulullah sebenarnya.Layaklah Rasulullah itu dikatakan `ibu`, kerana dialah ibu segala ilmu, ibu segala kebaikan, ibu kepada perjuangan, ibu kasih sayang, perpaduan dan lain-lain kerana daripadanya lahirlah ilmu,kebaikan, perpaduan,kasih sayang,pengorbanan, perjuangan dan lain-lain."


Ini kan attribute kepada Tuhan.  serihartatie nak kata nabi tu Tuhan ke ape?

Originally posted by serihartatie
Saya ingin memulakan tulisan ini dengan memohon ampun dan maaf kepada kekasih Tuhan, Penghulu alam, Rasulullah SAW di atas salah tanggap dan salah tafsir terhadap statusnya sebagai seorang rasul yang Ummiy.


Tuhan ada kekasih?

Siapa yg bagi status Nabi sebagai  Penghulu alam?

Originally posted by serihartatie
Sebenarnya yang dimaksudkan Ummiy itu ialah orang yang belajar secara luar biasa, bukan mengikut kaedah biasa atau belajar secara proses biasa.


Obsesi yg berlebihan terhadap sesama manusia akan menyebabkan anda menakrifkan sesuatu yg tidak ada sandarannya.

Originally posted by serihartatie
Oleh kerana Rasulullah itu orangnya luar biasa Allah pandaikan dia tanpa melalui proses biasa.


Nabi, anda dan juga saya adalah manusia biasa yg tak terlepas dari melakukan kesilapan, melainkan Nabi diberi tugas khas untuk dijadikan perantaraan penuruhan wahyu/signs/guidance dari Tuhan kepada manusia sejagat.

Salam Sejahtera
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2006 11:57 PM | Show all posts
Originally posted by serihartatie at 8-9-2006 04:12 PM
Mari kita bahaskan pula perkataan Ummiy itu. Ummiy didasarkan kepada `ibu`. Makna ibu pula:


1.Kalau dibahaskan secara lahir, ibu merupakan punca zuriat kerana ibu melahirkan. Jika tidak ada i ...


Apa yg ummi diertikan oleh orang Arab adalah isu sekunder.  Isu asasnya adalah apakah pengertian ummi merujuk kepada ayat2 al Qur'an.  Secara ringkasnya, kita rujuk kembali ayat2 yg ada disebutkan perkataaan "ummi" dan lihat bagaiaman ianya digunakan didlm al Qur'an.  Arab boleh cakap macam2, ummi ni ibu, buta huruf, etc,dan  anda boleh bawa contoh pasal ibu roti, ibu kepada anak2, etc, tetapi ini tidak relevant dgn ayat2 al Qur'an yg menggunakan ayat "ummi".

Originally posted by serihartatie
Malah yang membenarkan dan melayakkan lagi dia menjadi ibu berlandaskan gelaran Ummiy tersebut ialah kerana rohnya adalah ciptaan Tuhan yang pertama. Dan dari kerana kebesaran dan kemuliaan Nur Muhammad inilah diciptakan langit dan bumi haiwan, tumbuhan, Syurga, Neraka dan lain-lain. Begitulah hebat dan mulianya Rasulullah hinggakan dia dilantik menjadi Penghulu manusia dan namanya diangkat sebaris dengan nama Tuhannya.


Obsesi, dan obsesi, dan obsesi.  Tuhan cakap lain, awak cakap lain.

Dari Nur Muhammad diciptakan langit dan bumi, haiwan, tumbuhan, etc awak rujuk dari mana?

Originally posted by serihartatie
Musuh-musuh Islam terutama Yahudi dan puak orientalis sebenarnya sangat kenal siapa Rasulullah, kehebatan dan kemuliaannya ada dalam pengetahuan dan kajian mereka.


Setahu saya, yg mula2 kata Nabi tu Buta huruf adalah orang Arab sendiri yg diambil dari koleksi2 Hadith dan tafsiran al Qur'an yg dibuat tanpa melihat konteks sebenar penerangan ayat2nya.  Depa2 ni lah sebenarnya musuh2 islam, bukannya Yahudi dan puak orientalis.  Yahudi/orientalis just echoe apa yg tok2 arab dulu cakap.

Originally posted by serihartatie
1. Secara biasa. laitu melalui pancaindera dan segala alat-alat bantuan belajar yang serba canggih di kurun ini.
2. Secara luar biasa laitu tanpa melalui usaha lahir secara menulis dan membaca.


Gambar budak yg comel pakai baju kuning kat sebelah tu awak nak dia belajar pakai kaedah 1 ke kaedah 2?

Originally posted by serihartatie
Manusia begitu canggih ilmunya hingga mampu naik ke bulan, terjun ke dasar lautan dan bumi, mendaki gunung-ganang, tapi malang, sebegitu dalam dan luas manusia mengkaji, menyelidik dan menuntut ilmu, Tuhan tidak dijumpai di dalam pencariannya hinggakan kadangkala ada yang gila dalam keghairahan menuntut ilmu. Setakat itu sahajalah kemampuan seseorang memperolehi ilmu melalui proses pembelajaran secara biasa ini. Hasil pencapaiannya juga adalah terhad dan ilmunya juga belum tentu terjamin kebenarannya.


Tak silap saya, hanya sekali sahaja Tuhan menggunakan perkataaan ulama didlm al Qur'an (Q35:27-28) selain dari Q26:197 (para ilmuan dikalangan Bani Israel)

Anak2 anda dan kita semua sepatutnya menjadi pelopor didlm bidang sains dan teknologi.  Kita juga sepatutnya menjadi  contoh didlm bidang2 kejuruteraan, fizik, biologi jika kita melihat dan mengkaji tanda2 Tuhan di dunia ini.

Didlm Q2:164 diterangkan:

Yusuf Ali
Behold! in the creation of the heavens and the earth; in the alternation of the night and the day; in the sailing of the ships through the ocean for the profit of mankind; in the rain which Allah Sends down from the skies, and the life which He gives therewith to an earth that is dead; in the beasts of all kinds that He scatters through the earth; in the change of the winds, and the clouds which they Trail like their slaves between the sky and the earth;- (Here) indeed are Signs for a people that are wise.


Sekarang saya bawa kembali ayat Q35:27-28 merujuk apa yg ditakrifkan sebagai ulema didlm al Qur'an.

Q35:27
Yusuf Ali
Seest thou not that Allah sends down rain from the sky? With it We then bring out produce of various colours. And in the mountains are tracts white and red, of various shades of colour, and black intense in hue.


Q35:28
Transliteration
Wamina alnnasi waalddawabbi waal-anAAami mukhtalifun alwanuhu kathalika innama yakhsha Allaha min AAibadihi alAAulamao inna Allaha AAazeezun ghafoorun

Yusuf Ali
And so amongst men and crawling creatures and cattle, are they of various colours. Those truly fear Allah, among His Servants, who have knowledge: for Allah is Exalted in Might, Oft-Forgiving.


But pity, lihat realiti kehidupan.  Apa sumbangan kita yg mengaku berpegang Kitab al Qur'an kepada tamadun dunia masakini?  Or r u saying, Tuhan kata benda2 ni tak perlu?  Yang Tuhan suruh adalah pakai lebai, jadi ular dalam semak?  Ulama yg dok kata Nabi tu buta huruf?  Atau ulama yg dok kata Nabi belajar cara yg orang lain tak boleh nak belajar?  

Renongkan dan kembali lah pada penerangan2 al Qur'an untuk anda berada dijln yg lurus.  Jika anda meneliti al Qur'an, ulama yg dianjurkan oleh Tuhan adalah orang2 yg mengkaji kejadian Tuhan didunia ini.

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2006 11:59 PM | Show all posts
Originally posted by lolipop9 at 8-9-2006 07:36 PM
M5, Antique, Salamun Alaikum,


Do both of you believe that the Quran is dictated to the Prophet in the early morning and evening?

salam  


Salam sejahtera lolipop9.

I think the question that should be asked is, do you take evidence/statement from the misbelievers?

Salam Sejahtera.
Reply

Use magic Report

Post time 25-11-2016 06:23 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-2-2025 11:34 AM GMT+8 , Processed in 0.084220 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list