|
Dayang akur pasaran gawatOleh Ramlah Zainal
[email protected]
Rap | | MANA-manapenyanyi pun termasuk yang sudah ada nama, nampaknya terpaksa akurdengan kegawatan pasaran album ketika ini. Itulah hakikat yang terpaksaditerima penyanyi popular Dayang Nurfaizah Awang Dowty, 26. | Namun,bagi Dayang, sama ada jualan albumnya memberangsangkan atau tidak,penyanyi yang popular dengan lagu Dayang Sayang Kamu itu tetapmeneruskan kerjaya seninya seperti biasa.
揝aya sudah sedia maklum dengan kegawatan pasaran album ketika ini.Mungkin ia pahit untuk ditelan tapi ia sedikit pun tidak mematahkansemangat saya sebagai anak seni.
揝aya tetap terus berjuang sampai bila-bila pun kerana masalah lanuncetak rompak itu bukan masalah individu, sebaliknya semua penyanyipopular pun berhadapan masalah sama.
揃erapa kutipan jualan album perkara kedua kerana sebagai penyanyi,saya sudah melaksanakan tanggungjawab menghasilkan album terbaik buatpeminat, |
|
|
|
|
|
|
|
Dayang AJK baru dalam Biro Muda Karyawan
PETIKAN KOSMO
29 Mac 2008
Sinar baru untuk artis muda
Oleh TENGKU SUZANA RAJA HAMAT
PENUBUHAN biro baru dalam Karyawan mampu memberi sinar baru untuk artis muda di negara ini.
APABILA Persatuan Karyawan bergegar dengan kontroversi, salah-guna wang persatuan, ahli jawatankuasa meletak jawatan, laporan polis serta pemecatan beberapa orang ahlinya, ramai yang tertanya-tanya, relevan lagikah persatuan artis ini jika sekadar menjadi medan percakaran?
Sekalipun matlamat asal sesebuah persatuan artis itu untuk membela kebajikan dan hak para artis tempatan, realitinya masih terlalu banyak kepincangan dan objektif penubuhan persatuan itu dipersoalkan banyak pihak.
Di bawah naungan Presidennya, Freddie Fernandez, Karyawan nampaknya tidak mudah mengalah. Mungkin juga atas prinsip berani kerana benar dan usaha memartabatkan persatuan perlu terus berjalan.
Mengubat luka dari kepedihan dek imej yang tercalar Karyawan bangkit dengan agenda yang lebih besar.
Selepas meraikan seluruh ahli pada Mala Gala Karyawan yang disambut meriah awal Mac lalu, satu lagi agenda besar dilaksanakan Karyawan iaitu menerusi penubuhan Biro Muda Karyawan.
Biro Muda Karyawan yang dipengerusikan sendiri oleh Freddie buat sementara waktu ini berfungsi untuk mewakili golongan muda dalam menyuarakan pendapat, cadangan mahupun aktiviti persatuan.
"Karyawan ada menerima jolokan persatuan untuk artis lama, tidak mewakili suara generasi artis baru. Jadi, kewujudan biro baru ini diharapkan satu revolusi untuk Karyawan menjadi lebih relevan dengan industri," jelas Freddie yang mempengerusi mesyuarat pertama Biro Muda Karyawan bersama lebih 70 ahlinya di Bangsar, Kuala Lumpur Selasa lalu.
Biro Muda Karyawan mempunyai 10 ahli jawatankuasa mewakili penggiat seni baru dan lama yang masih muda dengan latarbelakang seni berbeza merangkumi pemuzik, penyanyi, pelakon, penari, penerbitan lagu, penganjuran majlis dan banyak lagi.
Antara yang baru dilantik adalah Aravindhan Chandran mewakili golongan penari, Asheek Def Geb C (artis berkumpulan), Sufian Amrin (artis nasyid), Dayang Nurfaizah (artis popular), Amylea AF3 (penerbitan lagu), Hafiz Hanafiah (pelakon TV dan filem), Shaliza Kadir (pengurusan artis) dan Shahril +++Shaari (penyanyi dangdut dan irama Malaysia).
Selain pelantikan AJK baru, mesyuarat pertama Biro Muda Karyawan ini antara lain membincangkan permasalahan utama berhubung artis baru adalah peluang lagu dimainkan di radio, royalti, sokongan dan kerenah media, biasiswa serta penetapan kadar bayaran artis.
Dengan penubuhan biro baru ini, besarlah harapan semua warga seni terutamanya artis muda sebagai tempat mengadu jika berhadapan dengan segala macam masalah yang tidak terduga.
Lebih penting lagi dengan perkembangan terbaru ini, mereka berharap diberi lebih banyak peluang bekerja dalam suasana yang lebih profesional.
Apa kata AJK baru Karyawan
揝UDAH enam tahun dalam industri ini, tetapi tidak pernah menyertai mana-mana persatuan. Apabila penubuhan Biro Muda Karyawan ditubuhkan, misi saya adalah untuk menjadi salah seorang AJK. Saya ada ramai kawan dalam bidang lakonan dan saya tahu mereka juga bukan ahli mana-mana persatuan. Selepas ini, saya akan gunakan peluang ini mengajak mereka menyertai persatuan kerana di sini ada ruang untuk orang-orang seperti saya meluahkan sebarang permasalahan. |
|
|
|
|
|
|
| |
|