View: 2792|Reply: 8
|
Allah perintah menghadap Kaabah
[Copy link]
|
|
Allah perintah menghadap Kaabah
Oleh DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
SYEIKH Sya'rawi di dalam tafsirnya berkata: Ayat ini untuk menyucikan dan membersihkan masalah penghadapan Muhammad s.a.w. dan umat Islam ke Kaabah, ganti dari Bait al-Maqdis.
Ini perkara yang dinasakhkan di dalam al-Quran. Allah menghendaki di sini untuk memberi inayah yang selayaknya kerana ia sudah pasti menjadi punca keraguan dan perdebatan yang hangat dari setiap yang menentang dan ingkar kepada Islam.
Orang-orang bodoh (yang kurang akal pertimbangan) akan berkata: 揂pa sebabnya yang menjadikan orang Islam berpaling dari kiblat yang mereka mengadapnya selama ini? |
|
|
|
|
|
|
|
Kaabah - Kiblat umat Islam selama-lamanya
Oleh MD ADIB MAHYUS ASMUNGI
SIRI 28 (SURAH AL-BAQARAH AYAT 150)
Terjemahan
``Dan dari mana sahaja kamu keluar, maka palingkanlah wajahmu ke arah Masjidil Haram. Dan di mana sahaja kamu (sekalian) berada, maka palingkanlah wajahmu ke arahnya, agar tidak ada hujah bagi manusia atas kamu, kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka. Maka jangan kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Dan agar Aku sempurnakan nikmat-Ku atasmu, dan supaya kamu mendapat petunjuk.''
Tafsiran
Tafsiran ayat ini masih lagi berkisar mengenai pertukaran arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah. Menurut kitab Tafsir al-Azhar, pangkal ayat ini adalah perintah khusus bagi Nabi Muhammad s.a.w. Kemudian dijelaskan sekali lagi kepada seluruh umat Nabi Muhammad s.a.w. supaya berpegang teguh dengan arah kiblat ini di mana sahaja mereka berada.
Jangan diubah-ubah lagi dan ia juga tidak akan berubah selama-lamanya. Sama ada berada di tengah lautan, di puncak gunung ataupun di tengah gurun; carilah arah kiblat dan solatlah menghadap ke sana.
Hal ini kerana penetapan kiblat itu sudah pasti diterima oleh manusia yang menjunjung tinggi kebenaran dan kesempurnaan agama.
Rumah Allah yang pertama didirikan ialah Kaabah di Masjidil Haram, tempat seluruh umat Islam dari setiap pelosok dunia berkumpul setiap tahun untuk mengerjakan haji di dalam melaksanakan wasiat nenek moyang kita iaitu Nabi Ibrahim a.s.
Pendek kata, tiada bantahan dan sanggahan daripada orang-orang yang berfikiran sihat tentang penetapan arah kiblat itu.
Lain pula halnya dengan orang-orang yang zalim, kafir, bodoh dan berfikiran sempit. Mereka sentiasa membantah seperti kata kaum Yahudi: ``Muhammad memutar kiblatnya ke Kaabah, padahal di sana berderet 360 buah berhala yang selalu dicela-celanya itu. Rupanya dia akan kembali kepada agama nenek moyang orang Quraisy.''
Manakala kaum Musyrikin pula berkata: ``Dialihnya kiblat ke Kaabah kerana dia hendak menarik-narik kita atau telah insaf atas kesalahannya.'' Orang munafik di Madinah turut berkata: ``Memang pendiriannya tidak tetap. Sekejap begini, sekejap begitu.''
Allah s.w.t. berfirman supaya jangan dipedulikan kata-kata itu dan jangan takut dengan serangan-serangan yang sedemikian. Tetapi takutlah hanya kepada Allah dan perintah Allah sahaja yang perlu dilaksanakan.
Di akhir ayat ini, Allah s.w.t. membayangkan janji-Nya bahawa nikmat kiblat itu akan disempurnakan-Nya. Nikmat pertama ialah peralihan kiblat walaupun di Kaabah waktu itu masih ada berhala. Tetapi Allah s.w.t. berjanji lagi bahawa negeri itu (Mekah) akan berada di tangan umat Islam di mana pada masa itu Kaabah akan dibersihkan daripada berhala dan akan tetap buat selama-lamanya menjadi lambang kesatuan arah untuk semua umat Islam di dunia.
Menurut sejarahnya, pada tahun ke lapan hijrah Mekah telah di takluk oleh umat Islam dan segala berhala telah dirobohkan dan dibuang dari Kaabah dan seluruh Masjidil Haram, juga di seluruh Tanah Hijaz dan tegaklah agama Allah dengan jayanya.
Sebab-sebab turun ayat
Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber daripada As-Suddi melalui sanad-sanadnya, dikemukakan bahawa turunnya ayat 150 Surah al-Baqarah ini berkenaan dengan peristiwa ini. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. memindahkan arah kiblat dari Baitul Maqdis ke Kaabah, kaum Musyrikin Mekah berkata: ``Muhammad dibingungkan oleh agamanya. Dia memindahkan arah kiblatnya ke arah kiblat kita. Dia mengetahui bahawa jalan kita lebih benar dari jalannya, dan dia sudah hampir masuk agama kita.''
Pengajaran
1. Kita sebagai hamba Allah yang beriman seharusnya redha dengan kewajipan yang disuruh oleh Allah s.w.t. dan melaksanakannya dengan taat tanpa sebarang alasan, walaupun kewajipan itu akan menyebabkan kita menderita di dunia.
Ini kerana Allah s.w.t. telah berjanji bahawa kemenangan bagi orang-orang yang menjunjung perintah-Nya dan di akhirat nanti akan dibalas dengan syurga.
2. Berdosa besar bagi sesiapa yang mengubah-ubah perintah Allah, apalagi sesudah kewafatan Rasulullah s.a.w. iaitu penutup segala nabi-nabi, dan sesudah Allah s.w.t. berfirman bahawa telah disempurnakan agama dan dicukupkan nikmat kepada seluruh umat manusia.
3. Orang-orang kafir sentiasa berusaha untuk menentang agama Islam dengan mencari berbagai-bagai helah dan tipu daya untuk mengelirukan umat Islam. Oleh itu, berwaspadalah dengan mereka walau sebaik mana pun diri mereka, dan berusahalah untuk meningkatkan keimanan dan yakinlah dengan janji Allah. |
|
|
|
|
|
|
|
Tanda penyatuan manusia sedunia dan penyatuan hati manusia terhadap segala arahan Tuhannya... |
|
|
|
|
|
|
|
Secara simboliknya, ianya menggambarkan bahawa umat Islam itu bersatu dan ada haluan. Itulah yang diperintah terhadap umat Muhammad.
Namun saya ingin membetulkan beberapa salah anggap yang sering saya dengar di ceramah2 ugama:
Kaabah itu sama setentang dengan tempat Allah bersemayam/rileks di langit ke 7.
Ini adalah ajaran sesat. Sesungguh zat Allah itu tidak berada di tempat2 tertentu, contohnya langit ke 7. Ada pulak ustaz yang menambah bahawa untuk sampai ke langit ke 7, memakan masa berjuta-juta tahun.Saya pon lucu mendengar begitu jauh Allah berada daripada manusia. Ini semua karut.
Tidak sampai dek akal manusia untuk menetapkan di mana Allah berada. |
|
|
|
|
|
|
|
Memang fahaman yang karut! Watever pun....HE knows better.... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 17-8-2006 06:32 PM
Ini adalah ajaran sesat. Sesungguh zat Allah itu tidak berada di tempat2 tertentu, contohnya langit ke 7. Ada pulak ustaz yang menambah bahawa untuk sampai ke langit ke 7, memakan masa berjuta-juta tahun.Saya pon lucu mendengar begitu jauh Allah berada daripada manusia. Ini semua karut.
Tidak sampai dek akal manusia untuk menetapkan di mana Allah berada.
.
Nak tambah lagi..
Yg sbnarnya ALLAH BERADA DI MANA2 TEMPAT PD SETIAP MASA, psl tu dalam al quran ada ckp , " Sesungguhnya AKU(ALLAH) lebih hampir dgn mu , lbh hampir dari urat leher mu"
Conclusion nya ialah :
ALLAH IS EVERY WHERE AT EVERY TIME |
|
|
|
|
|
|
|
Allah perintah berkiblatkan Kaabah
Oleh: DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI
SYEIKH al-Maraghi berkata: Selepas Allah mendirikan segala hujah terhadap ahli kitab dinyatakan bahawa mereka amat mengetahui bahawa Muhammad s.a.w. merupakan Nabi yang sebenar dan mereka mengenalinya sebagaimana mereka mengenali anak-anak mereka.
Begitu juga ingkar mereka berkenaan dengan penukaran kiblat semata-mata kerana takbur dan penentangan. Ini kerana bila thabit kenabiannya adalah setiap apa yang dilakukannya, sesungguhnya ia adalah wahyu daripada Tuhannya. Disebut di sini bahawa setiap umat baginya kiblat yang dihadap. Dan wajib menyerahkan hal ini kepada arahan wahyu. Firman Allah s.w.t.:
Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya; oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan; kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan); sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.
Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (Kaabah); dan sesungguhnya perintah berkiblat ke Kaabah itu adalah benar dari Tuhanmu. Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan segala apa yang kamu lakukan. Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (Kaabah); dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada Ku (semata-mata); dan supaya Aku sempurnakan nikmat-Ku kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). (al-Baqarah: 148-150)
Firman Allah, Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang masing-masing menujunya. Terdapat tiga pandangan ulama berkenaan tafsiran (huwa) iaitu Dia:
(i) Kembali kepada Allah. Yakni Allah yang memerintahkan mereka mengadap kepadanya iaitu kiblat.
(ii) Kembali kepada yang memerintahkannya dengan sendirinya.
(iii) Kembali kepada rumah Allah. Inilah pendapat Mujahid.
Seterusnya firman Allah, oleh itu berlumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan, iaitu dengan bersegera. Qatadah berkata: Jangan kamu kalahkan atas kiblat kamu. Al-Qurtubi berkata: Iaitu berlumba-lumbalah apa yang Allah perintahkan kamu daripada mengadap Baitullah al-Haram sekalipun gesaan bersegera kepada seluruh amalan, ketaatan dengan umum tetapi dikehendaki dengan mengadap kiblat berdasarkan ayat-ayat seterusnya.
Makna bersegera dengan solat ialah pada awal waktunya, wallahu`alam. Benarlah sabda Rasulullah s.a.w., sebagaimana riwayat Daraqutni daripada Ibn Umar: Sebaik-baik amalan ialah solat pada awal waktunya. Dan dalam hadis riwayat Ibn Mas抲d menyebut awal waktunya.
Begitu juga riwayat daripada Ibrahim bin Abd al-Malik, daripada Abi Mahzurah, daripada ayahnya, daripada datuknya, sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Awal waktu merupakan keredhaan Allah, pertengahan waktu merupakan rahmat Allah dan akhir waktu merupakan keampunan Allah.
Ibn al-Arabi menambah; maka berkata Abu Bakar: Keredhaan Allah lebih suka kepada kami dari keampunannya kerana keredaan-Nya untuk orang yang baik dan muhsinin sedangkan keampunannya untuk orang yang cuai. Inilah yang dipilih oleh Imam Syafie.
Firman Allah, Kerana di mana sahaja kamu berada maka Allah tetap akan membawa kamu semua (berhimpun pada hari kiamat untuk menerima balasan). Ibn Abbas menafsirkan dengan maksud hari ini pada hari kiamat.
Firman Allah, Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu, iaitu Allah Maha Berkuasa dan tiada sesuatupun yang dapat menghalang.
Sayid Qutub berkata: Kemudian dikemukakan pula penjelasan bagi kali yang ketiga kerana sesuatu tujuan baru yang lain, iaitu untuk mematahkan hujah kaum Ahli Kitab dan hujah golongan yang lain dari mereka yang melihat kaum Muslimin mengadap ke arah kiblat kaum Yahudi lalu menyebabkan mereka percaya kepada kebenaran apa yang digembar-gemburkan oleh kaum Yahudi.
Ia adalah tentang kelebihan agama mereka yang mengatasi agama yang dibawa oleh Muhammad, dan tentang keunggulan kiblat mereka yang mengertikan keunggulan agama mereka atau (untuk mematahkan hujah) kaum musyrikin Arab yang menggunakan isu mengadap kiblat Bait al-Maqdis itu sebagai senjata untuk menghalang orang-orang Arab yang memandang suci kepada Bait al-Haram itu dan meliarkan mereka dari memeluk Islam yang menghendaki penganut-penganutnya mengadap kepada kiblat Bani Israel.
Benarlah firman Allah: Dan dari mana sahaja engkau keluar (untuk mengerjakan sembahyang), maka hadapkanlah mukamu ke arah masjid al-Haram (Kaabah). Ini merupakan ta択id dan penguat bagi perintah mengadap Kaabah serta prihatin dengannya, kerana tempat berpaling merupakan kesukaran bagi jiwa dan diri mereka. Justeru dikuatkan perintah dengan melihat manusia prihatin dengannya untuk tenang.
Dan di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah muka kamu ke arahnya, yakni wajib mengadap kiblat walaupun dalam musafir. Sekalipun kita berada di mana sahaja di muka bumi ini.
Benarlah hadis riwayat Daraqutni, daripada Anas bin Malik katanya: Adalah Nabi s.a.w. apabila dalam musafir dan hendak melaksanakan solat ketika di atas tunggangan nescaya ia menghadap kiblat dan bertakbir kemudian solat di mana sekalipun dihadapkan selepas itu. Hadis ini dikeluarkan oleh Abu Daud juga dan dengannya merupakan pendapat Imam Syafie, Ahmad dan Abu Thaur. Sedangkan dalam mazhab Imam Malik tidaklah melazimi dan wajib mengadap kiblat berdasarkan hadis Ibn Umar katanya: Adalah Rasulullah s.a.w. solat sedangkan ia mengadap dari Mekah ke Madinah atas tunggangannya.
Supaya tidak ada lagi (sebarang) alasan bagi orang-orang (yang menyalahi kamu), kecuali orang-orang yang zalim di antara mereka (ada sahaja yang mereka jadikan alasan). Mujahid berkata: Mereka adalah golongan musyrikin arab dan hujah mereka adalah kenyataan mereka; kamu telah kembali ke arah kiblat kami
Dan sesungguhnya dijawab daripada ini dengan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: Katakanlah bagi Allah lah yang mempunyai timur dan barat. Al-Syaukani berkata: Mereka adalah golongan Yahudi dan dikehendaki dengan orang yang zalim ialah yang ingkar di kalangan ahli kitab dan pendapat ini dipersetujui oleh al-Qurtubi.
Maka janganlah kamu takut kepada (cacat cela) mereka, dan takutlah kamu kepada-Ku (semata-mata). Perasaan takut asalnya ialah ketenangan pada hati yang membangkitkan untuk menjauhkan segala larangan Allah sehingga boleh membawa kepada ringannya anggota badan untuk melaksanakan ketaatan. Al-Qurtubi berkata: Makna ayat ini ialah merasa hina bagi setiap makhluk selain Allah s.w.t. dan arahan untuk meraikan segala arahan Allah.
Dan supaya Aku sempurnakan nikmatKu kepada kamu, dan juga supaya kamu beroleh petunjuk hidayah (mengenai perkara yang benar). Al-Zajjaj berkata: Supaya aku sempurnakan nikmat atas kamu dengan cara aku memperkenalkan kepadamu kiblatku dan penyempurnaan nikmat ialah hidayah dan petunjuk ke arah kiblat, dikatakan juga masuknya syurga. Sa`id bin Jubair berkata: Tidak sempurna mendapati nikmat Allah atas seseorang hamba sehingga dimasukkan ke dalam syurga.
Iktibar ayat:
Antara iktibar dan pengajaran yang di ambil ialah:
1. Kiblat merupakan perkara yang diserah kepada wahyu yang tidak boleh dibangkang berdasarkan logik akal.
2. Sifat muslim sejati ialah berlumba-lumba dalam melaksanakan pelbagai jenis ketaatan.
3. Takut yang sebaik-baiknya ialah kepada Allah yang membawa kepada keselamatan dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Natijah daripada takut kepada-Nya akan ditambah dan disempurnakan nikmat dan hidayah.
- DR. ZULKIFLI MOHAMAD ALBAKRI ialah pensyarah di Kolej Uniti, Seremban, Negeri Sembilan. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by WonBin at 17-8-2006 06:32 PM
Secara simboliknya, ianya menggambarkan bahawa umat Islam itu bersatu dan ada haluan. Itulah yang diperintah terhadap umat Muhammad.
Namun saya ingin membetulkan beberapa salah anggap yang serin ...
Kenapa ko tak betah jer Ustaz tuh..huhu |
|
|
|
|
|
|
| |
|