View: 4111|Reply: 10
|
Music class for babies
[Copy link]
|
|
Last saturday masa zu gi breakfast dekat SS19,jumpa one couple ni ngn daughter dia (2thn) .Borak-borak rupanya diorang nak hantar anak gi music class kat sebelah kedai tu,then dia ajak we all join. Masa tu, clas utk baby tak start lagi, maybe in April. So nak tanya kat sini ada tak sesiapa yg penah hantar baby ke kelas music?? Apa kebaikan atau keburukan kelas ni..Ceritalah pengalaman korang?? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zurin_79 at 22-3-2006 02:02 PM
Last saturday masa zu gi breakfast dekat SS19,jumpa one couple ni ngn daughter dia (2thn) .Borak-borak rupanya diorang nak hantar anak gi music class kat sebelah kedai tu,then dia ajak we all join. ...
apa yg i tahu....dulu masa my doter 5bln-1tahun, hari2 memang teacher akan buka music.....lagu yg berbeza setiap hari...mungkin utk baby lebih peka.....lepas tuu masa tgh dgr music die org akan urut2 bdn baby.....bg kenal gambar2 yg basic2 .....dll....
tapi tak taoulah kalau yg khas punya class music tuu camner....:cak::cak: |
|
|
|
|
|
|
|
Muzik Membantu Perkembangan Anak
27 July 2004
Susunan NURBALQIS HAYATI AHMAD NAJIH
Muzik bukan sahaja digemari oleh golongan remaja dan dewasa.Bayi dan kanak-kanak juga amat senang dan tenang dengan muzik apabila muzik yang digemari dipasang semasa mereka hendak tidur atau dalam kereta ketika dalam perjalanan untuk menuju ke sesuatu destinasi.
Anak-anak selalunya akan memberikan reaksi yang berbeza terhadap pelbagai jenis bunyi muzik. Faktor ini bergantung kepada tahap umur, keadaan dan ´mood´ mereka pada waktu itu. Justeru, penggunaan muzik tidak hanya dihadkan kepada satu jenis muzik sahaja, sebaliknya biar mereka mendengar pelbagai bentuk muzik yang ada.
Kebanyakan ibu bapa menyedari bahawa bayi amat mudah dipujuk jika mereka menyanyi atau mendodoikan bayi perlahan-lahan sambil menepuk-nepuk punggung dan dadanya. Ini kerana bayi mempunyai kebolehan yang tersendiri untuk bertindak balas terhadap rangsangan bunyi dan sentuhan.
Jenis muzik yang sesuai dan digemari oleh bayi dapat ditentukan dengan memastikan muzik tersebut mesti dipasang ketika bayi dalam keadaan sedar dan jaga. Ini kerana pada waktu ini ibu bapa dapat melihat reaksi mereka apabila muzik itu dipasangkan sama ada mereka suka atau tidak terhadap muzik tersebut.
Bayi dalam rahim juga boleh memberi tindak balas terhadap muzik yang mereka dengar. Menurut satu kajian, sekumpulan bayi yang ibunya mendengar muzik setiap hari sehingga pada saat kelahiran kelahiran lebih mudah dipujuk dengan mendengarkan irama bertema selepas beberapa minggu dilahirkan. Perkara ini amat berbeza dengan bayi yang tidak mendengar muzik - mereka kurang menunjukkan tidak balas.
Bayi selalunya gemar berbaring dan anda boleh menggerakkan anggota badan mereka sambil menyanyi, malah penggunaan instrumen muzik seperti loceng digalakkan untuk merangsang pendengaran dan penglihatan mereka. Sehinggalah mereka memasuki zaman kanak-kanak, muzik dan alatan muzik sangat disukai oleh mereka dan mereka begitu gembira jika dapat mengikut beberapa perkataan yang dinyanyikan oleh anda serta boleh menggunakan alat muzik yang terdapat di sekitar mereka.
Ibu bapa boleh menjadikan lagu dan muzik sebahagian daripada masa bermain mereka dengan memasangkan kaset lagu kanak-kanak dan membaca buku yang mempunyai gambar menarik dan berbunyi dapat menarik minat anak-anak terhadap membaca. Irama yang disertai senikata lagu akan membantu anak-anak mengembangkan kemahiran bahasa mereka.
Selain itu, muzik yang didengari oleh anak-anak juga membantu mereka menghafal dan menajamkan fikiran. Sebagai contoh, nama para Nabi dan Rasul yang dinyanyikan amat mudah diingati oleh kanak-kanak berbanding sekiranya kita menyuruh mereka menghafal kesemua nama itu tanpa ada irama dan muzik. Hal ini secara tidak langsung merupakan salah satu teknik kita mendidik anak-anak dan membantu mereka dalam proses pembelajaran, terutama yang melibatkan hafalan.
Muzik juga membantu anak-anak menambahkan lagi kemahiran yang ada pada mereka. Ini kerana apabila mereka minat pada muzik, kita akan membelikan satu jenis alatan atau instrumen muzik untuk mereka berlatih menggunakan instrument tersebut. Secara tidak langsung mereka bukan sahaja boleh mendendangkan lagu tersebut dengan baik, malah mereka juga akan mahir menggunakan alat muzik dan mampu mengenal nota-nota muzik.
Kesimpulannya, anak-anak yang didedahkan dengan muzik seawal mereka dalam kandungan lagi lebih senang untuk ditenangkan dan mereka juga lebih aktif daripada kanak-kanak lain. Malahan penggunaan muzik dan irama dalam kehidupan mampu memberikan kedamaian dan keharmonian dalam sesebuah keluarga serta muzik juga berupaya mengurangkan tekanan dalam kehidupan sehari-harian. Lebih daripada itu kita dapat mengelakkan anak-anak terlibat dengan aktiviti yang tidak sihat dan tidak berfaedah. |
|
|
|
|
|
|
|
mcm anak saya dia mmg sukakan alunan muzik..lebih2 lg kalau tika dia ngamuk atau nk tido..sampai bbuih2 mulut ni nk nyanyi..
mcm2 lagu lah..last2 bunyi "sssshhh" je bila idea nk nyanyi dh abis..hehehe |
|
|
|
|
|
|
spidernfly This user has been deleted
|
my sons if nak tidur kena dgr lagu. if i nak buat some excercise with them pun they have their CD. music class tak de la... but when they are 4-5yrs old tu nak la enroll them masuk belajar music... piano ke , violin ke.... (but i hope violin la...coz dulu i nak sgt belajar violin but my dad suruh main piano... ) |
|
|
|
|
|
|
|
teringat dulu masa my mum jaga anak2 omputih kat canberra
ada sorang ni, mak dia australian, ayah dia pakistani
bila my mom suruh take a nap, budak tu nyanyi lagu pujian2 utk Allah (in english la, of course)
subhanallah, glory be to Allah (mcm terngiang2 lagi kat telingar budak tu nyanyi)
my mom tanya dia, who tot u that song?
dia ckp ayah dia nyanyikan lagu2 ni sebelum dia tidur |
|
|
|
|
|
|
|
i neither encourage nor discourage my children to learn music, unless they show great interest & passion to it! rasa mcm bersalah pulak ajar anak music other than percussions which is the only type of halal music! my daughter asked me, mummy, in Islam, we're not allowed to play string musical instruments but why uncle mat (my brother) main guitar?... nasib baik dia tak tau lagi yg piano tu pun ber'string' jugak,.. kang dia tny aku why mummy main intruments yg ber'string' when u know it's haram?.. apa aku nak jawab ekk.. i'd say,.. i plan to answer, my iman is not strong enough to give up music in my life. &I pray to ALlah to forgive me for this.. so far I tak nampak my children keen to learn piano. I plak jenis tak sabar bila ajar..i started playing piano on my own before i took formal lessons.. so I expect my children to show the same interest.. kalua minat sgt,.. mesti cepat belajar & sanggup belajar sendiri. (like i did!) So, i don't want to force them into learning something they'd feel presurred.
I belajar piano dulu pun lambat compared to my chinese friends yg 5-6 th dah belajar. I started only at 13! tapi i byk skip grades sbb exam selalu dpt distinction! tapi theory i lemah sikit! malas nak baca.. suka main aje.. |
|
|
|
|
|
|
loislane This user has been deleted
|
saya rasa music class for babies yg diorg dok mention tu class music & movement. dia kelas utk baby from 3 mon-2 y & 2-3 yars. pastu,ada cikgu yg akan mainkan lagu2 nursery rhymes pakai piano, pakai guitar la, pakai alat2 yg lain, at the same time ajak budak2 ni nyanyi, nari dan ikut arahan dia. mcm bila music slow, dia ajak bebudka tido, pastu dia buat loud music, and bebudka akan join bgn nari2.
class ni more to ajak bebudak enjoy the music, exercise & at the same time build up their social skill. dpt jumpa kawan2 sebaya (ini utk org yg takde jiran @ sedara mara le dekat2 utk main2 ngan anak).
ini yg saya tahu le, may be mmg ada kot music class for baby yg ajar seriously ttg music, hehehe... |
|
|
|
|
|
|
|
my sister in law nak enrol my son (5 tahun this yr) kat yamaha music school...
tatau apa yg dia akan ajar.. so kalau dah start nanti i will update what they teach and in what way the music lessons benefit him.... |
|
|
|
|
|
|
|
My hubby mmg suka main gitar....everyday balik keje mesti pegang gitar dia....so secara x langsung my baby pun memang suka sgt..kalau ayahnya main gitar..tersengih2 la dia...now dah buleh pnajat skit2 ni..mulala nak panjat atas ayah dia masa main gitar tuhh....klu dia ngantuk, x kisah pun terus tido dengan alunan gitar ayahnya..... |
|
|
|
|
|
|
| |
|