|
Originally posted by seribulan at 2-2-2006 09:37 AM
that's wat makes him...err ke her...CUTE...
hehehe... yer lar.. asalkan dia bahagia |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by seribulan at 2-2-2006 09:35 AM
:cak:kesian u...tak baik dier kan kan kan...tak kose layan:cak:
ooo kira mysara belajar perkataan HENDONISTIK tu dari seribulan ke??? eiii tak suka tawwww |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #22 peYno's post
peyno... bawak bersabar yer.. tak baik tuduh2...
bincang cara berhemah okie :bgrin:
cuba senaraikan di thread peyno nih bhs inggeris yg diserapkan ke dlm BM selain apa yg peyno katakan tuh.. :bgrin: |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mysara at 2-2-2006 09:31 PM
cuba senaraikan di thread peyno nih bhs inggeris yg diserapkan ke dlm BM selain apa yg peyno katakan tuh.. :b ...
WOLRDDDDD!!!!!...tu pon bahasa inggeris yg dimelayukan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peYno at 2-2-2006 10:54 PM
WOLRDDDDD!!!!!...tu pon bahasa inggeris yg dimelayukan
world = masih bhs Inggeris, bukan diserap dalam BM |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by mysara at 2-2-2006 11:11 PM
world = masih bhs Inggeris, bukan diserap dalam BM
woRld tu mmg bahasa inggeris...woLrd tu yg dibahasa melayukan |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by peYno at 3-2-2006 08:06 PM
woRld tu mmg bahasa inggeris...woLrd tu yg dibahasa melayukan
mungkin bahasa itu sesuai utk peyno lar |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #27 mysara's post
utk Peyno....kita kasik WLORD...baru la besh tawww... |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
penyenaraian yang lebih kemas, ada baiknya buka kamus oxford dan senaraikan menurut abjad misalnya:
abdomen
abnormal
abstrak
akademik
akses
aksesori
akaun
akauntan
asetat
aseton
asid
akrobat
akrobatik
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
zon
zoo
zoologi
[ Last edited by ninjamerah at 6-2-2006 01:01 PM ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply #30 ninjamerah's post
kita juga boleh rujuk dalam buku Istilah bahasa pinjaman terbitan DBP jugak |
|
|
|
|
|
|
ninjamerah This user has been deleted
|
dulu, aku ada menghadiri kursus motivasi di Janda Baik, salah seorang motivator tu beritahu bahawa perkataan asli Bahasa Melayu hanyalah "kuku", "babi" dan "besi". Selain daripada itu semua adalah perkataan pinjaman.
Ada sesiapa mahu menentang teori ini?
Mungkin istilah baru yang dikeluarkan di Ujang dikecualikan. |
|
|
|
|
|
|
|
Sejarah Bahasa Melayu
Terdapat banyak pendapat mengenai asal usul bahasa Melayu. Ada yang berpendapat bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah, ada juga yang berpendapat bahasa Melayu sudah lama wujud di Kepulauan Melayu.
Bahasa Melayu berasal daripada Asia Tengah
Menurut beberapa ahli bahasa dan sejarah, Melayu Moden berasal daripada bahasa Melayu Klasik dan bahasa Melayu Klasik berasal daripada bahasa Melayu Induk. Bahasa Melayu Induk berasal daripada bahasa Melayu Purba yang juga merupakan asal daripada bahasa Melayu Kuno. Ini bermakna bahasa Melayu Moden bukanlah merupakan pengembangan daripada dialek Johor-Riau dan bahasa Melayu Moden tidak begitu rapat hubungannya dengan dialek yang lain. Dialek yang lain berasal daripada Melayu Induk manakala dialek Johor-Riau berasal daripada Melayu Klasik.
Bahasa Melayu berasal dari Kepulauan Melayu
Penemuan orang Jawa yang berusia ribuan tahun menunjukkan Kepulauan Melayu sudah dihuni manusia, dan bukannya berasal dari Asia Tengah seperti pendapat sesetengah ahli sejarah.
Perkembangan Bahasa Melayu
Kedatangan agama Hindu, Islam dan penjajah Eropah ke Asia Tenggara telah menyebabkan perbezaan yang ketara berlaku antara bahasa Melayu Kuno, bahasa Melayu Klasik dan Bahasa Melayu Moden. Ini menyebabkan penutur bahasa Melayu Moden tidak mungkin dapat memahami bahasa Melayu dari zaman-zaman sebelumnya. Ahli bahasa membahagikan perkembangan bahasa Melayu kepada tiga tahap utama dan setiap tahap bahasa mempunyai sifatnya yang tersendiri misalnya bahasa Melayu kuno mempunyai pengaruh Sanskrit dan Hindu yang kuat, dan bahasa Melayu klasik terpengaruh dengan bahasa Arab dan Islam. Manakala bahasa Melayu moden lebih banyak dipengaruhi oleh penjajah Barat terutama sekali Inggeris.
* Bahasa Melayu Kuno
* Bahasa Melayu Klasik
* Bahasa Melayu Moden
Penulisan Bahasa Melayu Kini
Penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti.Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut:
* Tulisan Rencong.
* Tulisan Pallava.
* Tulisan Kawi.
* Tulisan Jawi
* Tulisan Rumi
Pengaruh daripada bahasa asing
Bahasa Melayu banyak menyerap bahasa-bahasa asing seperti Sanskrit, Inggeris, Belanda, Jawa, Arab dan sebagainya.
Pengaruh Bahasa Sanskrit
Bahasa Sanskrit telah banyak mempengaruhi bahasa Melayu apabila bahasa Melayu berada di peringkat kuno, iaitu pada peringkat sebelum bahasa Melayu mencapai zaman klasik pada zaman Kesultanan Melayu Melaka yang Bahasa Melayu telah mengalami zaman kuno antara abad ke-7 dan abad ke-13. Bukti pengaruh bahasa Sanskrit ke dalam bahasa kuno dapat dikesan di dalam batu bersurat yang ditinggalkan oleh kerajaan Srivijaya. Mengenai bukti bahasa Melayu kuno, terdapat empat batu bersurat yang penting, iaitu yang dijumpai:
1. di Kedukan Bukit, Palembang (683 M)
2. di Talang Tuwo, Palembang (684 M)
3. di Kota Kapur, Pulau Bngka (686 M)
4. di Karang Brahi, Meringi, daerah hulu Jambi (686 M).
Selain itu sebagai faktor sampingan, faktor kemegahan juga faktor yang mendorong kepada peminjaman bahasa dari bahasa Sanskrit. Ini adalah kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa yang dianggap bahasa yang "tinggi-tinggi" pada zaman kuno. Penyerapan bahasa Sanskrit dalam bahasa seharian dijadikan satu cara perolehan kemegahan. Keadaan ini khususnya menyebabkan peminjaman perkataan yang sudah ada dalam bahasa Melayu asli, tetapi digantikan juga dengan bahasa Sanskrit, kerana barangkali dianggap lebih sesuai, lebih sedap bunyinya ataupun semata-mata kerana disangka lebih "tinggi" mutunya kerana bahasa Sanskrit merupakan bahasa sarjana.
Dalam bahasa Melayu,terdapat 677 perkataan yang berasal daripada bahasa Sanskrit. Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Sanskrit yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
Bahasa Sanskrit Bahasa Melayu
dosa dosa
dukkha duka
deva dewa
rupa rupa
samsara sengsara
Pengaruh Bahasa Jawa
Bahasa Jawa dan bahasa Melayu merupakan bahasa serumpun. Kedua-kedua bahasa tergolong kepada keluarga bahasa Indonesia. Terdapat dua faktor utama dalam penyebaran pengaruh bahasa Jawa ke Bahasa Melayu, iaitu:
* Pengaruh melalui penyebaran cerita panji
* Pengaruh melalui interaksi sosial.
Cerita panji ialah sejenis cerita yang berasal dari Jawa. Isinya adalah mengenai wira dan wirawati. Cerita ini terdapat banyak versi, dan boleh dikesan di seluruh nusantara sehingga di Kemboja.
Migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu telah berlaku semenjak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pertempatan orang Jawa sudah dapat dikesan di bandar Melaka pada zaman itu, iaitu Kampung Jawa dan Parit Jawa. Walaubagaimanapun, migrasi orang Jawa ke Tanah Melayu yang ketara berlaku bermula pada awal abad ke-19. Tumpuan migrasi Jawa adalah di negeri-negeri Selat dan juga negeri Selangor.
Pertembungan orang tempatan yang menutur bahasa Melayu dengan pendatang Jawa yang menutur dalam bahasa Jawa telah menyebabkan unsur-unsur bahasa Jawa meresap ke dalam Bahasa Melayu.
Berikut disenaraikan beberapa kata-kata pinjaman Jawa dalam bahasa Melayu:
Perkataan Maksudnya
Andong Kereta kuda(sewaan)
Batok tempurung
berangasan mudah naik marah
wedana ketua daerah
adipati raja
Pengaruh Arab
Berikut disenaraikan beberapa contoh perkataan Arab yang dipinjam ke dalam bahasa Melayu:
Bahasa Arab Bahasa Melayu
Abi Abah
Kursiyun Kerusi
Shukran Shukur
Jadual Jadual
Sahsiah Sahsiah
Pengaruh Inggeris
* http://news.nationalgeographic.c ... 40226_language.html |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|