CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234
Return to list New
Author: aikon

Tambah berat badan anak

[Copy link]
Post time 10-8-2006 03:42 PM | Show all posts
Masalah kanak-kanak kurang berat badan
Oleh Rekha Naidu (B.Sc. Pakar Perunding Diet SRD)

BAYI yang tidak mempunyai berat badan secukupnya membimbangkan ramai ibu bapa.
Di United Kingdom, 2 hingga 5 peratus penduduk terdiri daripada bayi yang mengalami masalah kurang berat badan. Biasanya, masalah kurang berat badan kerana tidak cukup tenaga berlaku dalam dua tahun pertama hayat kanak-kanak.

Dalam kebanyakan kes, masalah ini boleh diatasi dengan memberikan tenaga tambahan dalam bentuk glukosa, polimer glukosa, atau khasiat tambahan dalam makanan.

Malangnya, disebabkan tumpuan lebih menjurus kepada masalah kegemukan, ada kalanya kita lupa bahawa glukosa adalah tenaga utama yang penting untuk fungsi badan manusia.

Glukosa adalah unit pecahan paling kecil daripada kumpulan makanan berkarbohidrat seperti nasi, roti, buah-buahan, coklat dan sebagainya.

Biasanya, berat badan dan panjang bayi semasa lahir adalah faktor-faktor penting yang digunakan untuk memantau perkembangan bayi.

Doktor dan klinik biasanya mencatat ketinggian dan berat badan bayi setiap kali anda membawa bayi untuk pemeriksaan dan pemvaksinan. Mereka menggunakan catatan ini untuk mengukur kemajuan bayi.

Sepanjang tahun pertama, berat badan bayi biasa lazimnya bertambah tiga kali ganda, manakala ketinggiannya bertambah dua kali ganda.

Sila rujuk carta sebelah untuk menentukan tumbesaran bayi anda. Ketinggian dan berat badan adalah bersesuaian dengan ukuran bayi sewaktu dilahirkan.

Menurut pakar-pakar di UK, berat badan terencat bermakna berat badan bayi tidak sesuai dengan ketinggiannya.

Atau mungkin juga bayi dilahirkan dengan berat badan yang rendah dan tidak dapat menambahnya.

Holt mentakrifkan bayi yang mengalami masalah kurang berat badan sebagai bayi yang montel sewaktu lahir dan selama menyusu ibu, bayi mendapat cukup khasiat, tetapi bila bercerai susu, bayi berhenti membesar.

Walaupun punca utama masalah ini ialah kekurangan pengambilan kalori, terdapat beberapa faktor yang dikaitkan dengannya:

* Kurang khasiat dalam makanan atau kurang kerap mengambil makanan

* Kesulitan interaksi antara ibu bapa atau penjaga atau pembantu rumah dan kanak-kanak pada waktu makan

* Disfungsi oral-motor seperti kesulitan untuk mengunyah atau menelan makanan atau minuman

* Masalah perkembangan

* Sakit - kebanyakan ibu bapa menyedari berat badan anak mereka turun bila sakit

* Penderaan atau pengabaian

* Masalah sosial.

Masalah kurang berat badan atau terencat tumbesaran boleh diatasi atau dicegah dengan mudah menerusi amalan pemakanan yang baik pada tahun-tahun awal, terutama sekali pada tahun pertama.

Susu ibu adalah sumber tenaga yang sangat baik. Ia mengandungi segala nutrien yang penting untuk kesihatan, tumbesaran dan perkembangan bayi bagi tempoh enam bulan pertama hayatnya.

Tenaga dibekalkan oleh laktosa gula susu, yang ditukar kepada glukosa oleh badan manusia.

Glukosa adalah molekul tenaga yang diperlukan oleh semua sel badan.

Cabaran selepas bayi bercerai susu

Istilah cerai susu tidak lagi digunakan dan digantikan dengan pemberian makanan pelengkap (separuh pejal dan pejal). Ia bermakna bertukar daripada susu kepada makanan, yang biasanya mengambil tempoh 12-15 bulan.

Proses cerai susu patut dimulakan apabila bayi berusia enam bulan. Ini kerana sebelum itu organ bayi belum terbentuk sepenuhnya dan pemberian makanan pejal boleh membebankan buah pinggang, menyebabkan alahan dan kegemukan.

Jenis makanan pertama bayi

Mengikut tradisi masyarakat kita, makanan pejal pertama yang diberikan kepada bayi ialah kanji atau bubur nasi cair kosong.

Sebagai permulaan, suapkan dua atau tiga sudu kecil bubur dicampur susu ibu atau susu rumusan bayi. Jangan terkejut jika bayi anda meluahkannya. Pada minggu kedua, cuba makanan baru seperti pisang dan suapkan ke mulut bayi pada waktu minum petang.

Anda boleh mencuba makanan baru setiap tiga hingga empat hari dan perhatikan reaksi bayi anda.

Apabila bayi mencapai usia 8 hingga 10 bulan, anda boleh memberikan buah-buahan, bubur nasi dengan sayur-sayuran dan tauhu.

Bijirin (karbohidrat) seperti gandum atau oat dan makanan yang mengandungi protein juga boleh diperkenalkan ketika bayi mencecah usia 8 hingga 10 bulan. Seketul daging sebesar kotak mancis mengandungi kira-kira 7g protein dan ditambah zat galian, zat besi dan zink. Bayi berusia 12 hingga 15 bulan seharusnya diberi pelbagai makanan orang dewasa tanpa garam dan gula berlebihan.

Jangan memberi bayi anda makanan dalam tin, makanan sedia diproses dan bubur nasi semata-mata sehingga usia 12 hingga 15 bulan. Ini boleh menyebabkan bayi sukar menyesuaikan diri dengan makanan orang dewasa.

Sekiranya anak anda mengalami masalah kurang berat badan atau tidak dapat menambah berat badan dalam sebarang peringkat usianya, doktor atau pakar diet akan mencadangkan supaya anda memberikan makanan penambah tenaga.

Ini mungkin bermakna menambah satu sudu kecil mentega, marjerin atau glukosa ke dalam makanan.

Satu lagi cara ialah dengan menambah satu sudu kecil glukosa ke dalam jus buah-buahan untuk menambah 20kkal. Anda juga boleh membuat agar-agar susu dengan glukosa sebagai snek untuk menambah tenaga anak-anak kecil yang tidak mengambil cukup kalori dalam diet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-11-2006 04:09 PM | Show all posts
apa jenis glukosa untuk baby ye.. boleh tolong bagi contoh tak? sori, tak arif sangat la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 10:13 AM | Show all posts
petua mak den paling mudah dan jimat kos...
caranya bagi yang berumur 1 tahun ke bawah...amek air nasi yang tengah mendidih tu ,taruk gula sikit dan bagi baby minum...amalkan selalu..insyaallah baby akan bertambah berat dan selera dia makin bertambah...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2006 12:05 PM | Show all posts

Reply #63 matakucing's post

ye ke? saya  risau anak saya dah 10 bulan tapi berat dia 7.3kg je. tadi g check up. Nurse kata anak saya dah masuk 'graf kuning' (kurang zat). dia makan and minum susu mcam biasa. mcm -macm tanya kat nurse tadi. Nurse tu suggest la diet untuk baby 10-12 bulan. lebih kurang mcm ni mkann untuk baby yang dia tunjuk kat saya tadi:

sarapan pagi: 1 biji telur, sekeping roti disapu marjerin and secawan air susu
minum pagi: buah-buahan, air masak.
lunch: 1/2 cawan nasi lembik, 2 sudu ikan goreng,  sayur dipotong-potong,air masak.
minum petang: sekeping cracker disapu marjerin atau peanut butter, air susu
dinner: 1/2 cawan nasi lembik, daging and air masak
sebelum tidur: 1 cawan air susu.

nurse tu bagitau yang kita boleh jugak  bagi apa yang kita makan, misalnya mi goreng ke.. tapi make sure mi tu tak masin sangat, pedas dan di lecek dulu takut dia tercekik. pandai-pandai kita  la tengok apa sesuai untuk baby kita. yang penting, diet seimbang.menurut dia lagi, baby umur 10 bulan ke atas biasanya tak lalu makan makanan lembik-lembik sangat. nasi yang panas-panas tu kita lecek kasar je. lagipun umur mcam tu diorang suka nak mengunyah...
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2007 04:45 PM | Show all posts
umur anak saya 11 bulan, berat dia 7.5kg, naik sikit je..
Sekarang ni umur dia dah 1tahun 4 hari. badan dia still nampak kecik. Risau berat tak naik... minggu ni nak g check up + cucok campak pulak.. :doa:
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2007 12:34 PM | Show all posts

Reply #65 JWA's post

anak saya skang ni umur 11bulan pun berat baru 7.9 je... sama gak nampak kecik je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2007 10:19 AM | Show all posts
air tanak nasi tu pun bleh cuba, penah dengar jugak.
satu lg petua yg saya dapat dengan bg anak kita minum susu lembu yg fresh

masak skejap (jgn sampai mendidih), nt anak akan ada selera makan,

sesapa dah penah cuba?
setakat ni sy belum cuba la..berat anak sy masih ok
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2007 12:00 PM | Show all posts

Reply #66 heidi04's post

anak heidi dah masuk umur setahun tak. Hari tu check up setahun, berat dia tapi lengkap dengan baju, 8kg.  anak Heidi? sebaya tak anak kita? anak saya lahir 19.1.06.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2007 12:02 PM | Show all posts

Reply #67 PASSIONFRUIT's post

tak pernah cuba lagi la..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2007 12:42 PM | Show all posts
anak kite sthn brat 8.7 kg..brat masuk baju gak..itupun dr ckp skit jer naik..tp ok la btl2 atas garis kedua tu lg dan bukn garis kuning..nak kt mkn memg mkn byk..hahha...membunag ok gak 1-2 kali sari..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2007 10:59 AM | Show all posts
anak kiter pun samer 11 bulan berat hari tue timbang 7.5kg ajer nurse kater ok lah but badan anak i kecik lately pulak kena cirit birit...lagi lah kecik badan anak sayer. nie...infant drop tue pun sayer try kasi jugak ok skg nie...anak sayer nie kuat mkn aper sjer jenis makanan suap jerlah...and kuat bermain...maybe sebab tue kot d=badan dier kecik
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2007 01:41 PM | Show all posts

Reply #71 eenaz's post

anak kita masa lahir 2.68kg.....sekarang ni dah 15 bulan baru 9 kg. susahnya nak makan.......takde minat langsung.tiap-taip hari mesti nangis jerit2 time makan. tiap2 hari jugak kita tukar menu......nasi,bubur, macoroni, sup...semua tak nak.dah try bagi pharmaton, appeton...dah berbotol2, tapi takde pun meningkatkan selera makan dia.sekarng nie tgh bagi scott emulsion baru 2 minggu..belum lagi nampak ape2 perubahan.

ada petua lain tak?
Reply

Use magic Report

tasyafazila This user has been deleted
Post time 21-2-2007 03:56 PM | Show all posts
kalau anak baru 4 bulan tapi kurang menyusu camne nak buat.. tadi gie klinik kena marah ckit.. berat baby naik sikit je..last month 5.2kg this month 5.8kg
Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 11:58 AM | Show all posts

Reply #73 tasyafazila's post

kesiannnye..
cuba try petua nenek i nie...

dia kalau masak bubur ke sayur air ke utk budak..
dia rebus bersama akar cekur..
nanti bubur tu jadi manis n menambahkan selera makan budak
try carik kt pasar malam..ada jual
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2007 12:13 PM | Show all posts

Reply #15 anj2208's post

ajar ler kite cara
Reply

Use magic Report

Post time 13-3-2007 02:43 PM | Show all posts
nak tnya pendapat semua .............biasanya baby 8 bln keatas berapa kali ekkk
kita kena bg makan.....????????
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2007 04:05 PM | Show all posts
anak saye sthn 2bln dah..biasanyer 2-3 kali mkn nasik sehari..tgk die merengek2 tu bg la biskut/roti.. dia ni memg suke mkn..xleh tgk org mkn..hehe..tp bdn xbeso2 gak..dok cam tu jer..ikut mama die kot kurus..hehehe..tp tghari dan mlm die memg nak nasik..pg2 tu bg biskut/roti pun ok dah.
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2007 02:20 PM | Show all posts
anak kembara last month 5 bulan g timbang baru 5.8 tecik ja.. pengasuh dia kata dia makan sikit tapi petang2 lepas balik keja kembara bagi makan banyak plak makan..tapi lepas tu berak..bygkan dari pukul 7 sampai 12 mesti paling2 2 kali berak..esok paginya subuh2 dah berak...petang balik dari amik dia pun berak..nak kata cirit birit rasanya tidak..sebab lagik banyak dia makan, lagik banyak dia berak..bila la nak besar anak bujang aku nih..
Reply

Use magic Report

Post time 21-3-2007 05:48 PM | Show all posts

Reply #78 kembara's post

kecik tak per asal sihat....if besar sakit lagi teruk...
Reply

Use magic Report

idaim This user has been deleted
Post time 24-3-2007 01:46 PM | Show all posts
Originally posted by MariaClara at 21-3-2007 05:48 PM
kecik tak per asal sihat....if besar sakit lagi teruk...


betul tuh maria....baby ida...kecik lahir punya la berat...3.62 kg....la nie dah 9 bln...tapi berat tak sampai 8 kg.....janji bb sihat...makan banyak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 07:53 PM GMT+8 , Processed in 0.845360 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list