View: 5388|Reply: 17
|
bukan lagi pelakon tambahan
[Copy link]
|
|
sape ade simpan cerpen ni... sila la lekat kan balik... tulisan jinakji... |
|
|
|
|
|
|
|
tolong... sape ade savekan 'bukan lagi pelakon tambahan' - drpd jinakji |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan Lagi Pelakon Tambahan BY JINAKJI
Bukan Lagi Pelakon Tambahan
Bab 1
揥oi Black! |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 2
Pagi ini aku bangun awal. Sebenarnya aku tak berapa lena tidur semalam. Ini semua angkara Fitri dan kadnya. Nasib baiklah semua ini tidak disedari oleh rakan sebilikku. Kalau tidak mesti mampus aku digelakkannya. Ayat yang aku pasti keluar dari mulut laser rakan sebilikku semestinya begini : 揌arap baju saja yang brutal, penuh tengkorak, nak cakap dengan perempuan pun dah kecut. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 3
Mata nurse yang langsung tidak ayu itulah yang mula-mula ditangkap setelah otakku kembali berfungsi. Aku lihat persekitaran. Sah aku di wad pusat kesihatan universiti. Melihatkan ramainya kawan-kawanku di dalam wad tersenyum aku hanya mampu tersengih kelat. Muka pertama yang mata aku dapat tangkap ialah Fitri yang senyumannya masih selebar Demang Lebar Daun. Dalam hati aku menyumpah-nyumpah. Ini semua sebab dia. Sebab dialah aku terlantar di katil wad pusat kesihatan universiti dan yang tidak dapat diterima oleh akal aku yang waras ini, sebab dialah aku pitam di depan sekumpulan perempuan dan yang paling tak dapat diterima ialah aku pitam di depan Yati!
Dari raut wajah Fitri dan senyumannya yang penuh unsur kejahatan, aku pasti tentang satu benda. Aku pasti dia nak gelakkan aku. Bak kata novelis jiwang, aku pasrah!. Dah aku yang gatal terpitam di depan perempuan, terima sajalah.
揌arap muka saja brutal, cakap dengan perempuan pun boleh pengsan. |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 4
Hari ini hari pertama aku ke kelas selepas kejadian pitam tempoh hari. Perjalanan aku dari kolej kediaman ke dewan kuliah aku rasakan lebih panjang dari jarak Marathon ke Athenia. Perjalananku lebih sukar dari larian yang dilakukan oleh askar Greek untuk menyampaikan berita kemenangan dalam Perang Trojan.
Mungkin kerana aku perasan banyak mata yang memerhatikan aku. Mata-mata yang penuh dengan umpatan. 揗amat nilah yang pengsan depan perempuan ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bab 5
Aku seperti orang bodoh. Sekadar duduk termenung memerhatikan gelagat orang ramai. Di depanku, segelas teh o ais yang aku hisap sikit demi sedikit. Di depan gelas teh o ais itu, seorang gadis, akupun tak tahu namanya. Cantik? Entahlah. Kerana kecantikan bak kata orang putih, datang dari mata yang melihat. Kalau ikutkan mata aku, cantiklah juga. Kawan Yati itu mungkin senasib denganku. Tepat sekali keadaan kami seperti lagu kegemaran Mat Pearl |
|
|
|
|
|
|
|
Aku teringatkan Yati. Terpaksa aku mengaku, semasa di kafeteria tadi, sekali-sekala aku menjeling ke arah Yati. Bukannya ada niat buruk. Cuma sekadar menikmati keindahan makhluk ciptaan Tuhan. Wajah secantik Yati, aku rasa takkan ada lelaki yang tak suka melihat. Tapi bukan hanya tadi. Sebenarnya aku dah lama mencuci mata dengan wajah ayu Yati. Tak payah berhabis duit membeli Eye-Mo. Tengok muka Yati pun dah segar mata. Cuma tadi aku berkesempatan melihat dari jarak dekat. Macam mana aku nak cerita betapa ayunya wajah Yati pun aku sendiri pun tak tahu. Tapi kalau setakat muka berlubang-lubang Puteri Gunung Ledang dan Tun Teja memang jauh Yati tinggalkan. Dengan tudung peach yang Yati pakai tadi, bak kata Kak Engku...wallah. Sukar dibayang. Seperti sukarnya aku hendak membayangkan kalaulah aku yang berada di tempat Fitri. Kalaulah aku sehensem Fitri. Kalaulah ayat aku sepower Fitri.
Nasib baik tak ada sesiapa yang melihat aku dalam keadaan begini. Sedangkan aku sendiri pun geli melihat aku dalam keadaan begini inikan pula orang lain. Keadaan jiwang tahap melampau. Kalau ditakdirkan Mat Pearl atau Fitri yang melihat aku, mampus aku digelakkan.
Bencinya aku rasakan terhadap diri aku sendiri dalam keadaan begini. Benci aku rasa bila mula terasa aku terberkenan dengan mana-mana gadis. Benci bila terasa angin kejiwangan meresap ke dalam kepala aku. Tetapi malam ini berbeza. Malam ini aku teringatkan wajah ayu Yati. Wajah ayu kepunyaan bukan sebarangan gadis.
Cuma satu cara untuk menghindarkan wajah Yati dari bermain di dalam kepala ini. Aku letakkan kembali gitar ke tempat asalnya. Walkman aku capai. Aku pasang kuat kaset Expositionsprophylaxe yang aku warisi dari abangku. Suara Patrick Klopf menusuk kuat ke gegendang telinga. Aku hayati lagu The Linequalled Visual Response Mechanism. Ha! Ha! tipulah kalau ada yang mengatakan boleh menghayati lagu-lagu Death Metal. Lagu kumpuln Disharmonic Orchestra ini, yang aku sendiri pun tak tahu hujung pangkalnya dan yang sepatah haram pun aku tak faham terus mengalir masuk ke gegendang telinga. Lagu yang berjaya menyingkir wajah ayu Yati dan perasaan jiwang yang mula berputik dari fikiranku, sehinggalah tiba-tiba Mat Pearl terpacul di depan pintu bilik.
Tiada apa yang istimewanya pagi ini. Seperti hari-hari biasa, bangun pagi, beratur untuk mandi dan setelah semuanya siap, beratur pula untuk menaiki bas ke kelas. Hari-hari yang sama yang telah aku lalui dan hari-hari yang sama juga yang akan aku lalui.
Menambahkan lagi ketidak istimewaannya hari ini ialah tugasan yang diberikan oleh pensyarah tadi. Tugasan yang tidaklah sebegitu berat sebenarnya tetapi, ranjau yang perlu aku lalui untuk menyiapkan tugasan tersebut. Ranjau yang aku maksudkan ialah ranjau untuk ke perpustakaan bagi mencari bahan untuk tugasan tersebut. Bukanlah maksud aku jalan ke perpustakaan penuh beronak duri, tidaklah sebegitu teruk universiti di negara kita ni, tetapi aku ni yang tak berkenan langsung untuk ke perpustakaan. Salah satu sebab utamanya adalah kerana perlunya berpakaian formal, bertali leher dan sebagainya untuk masuk ke dalam universiti. Entah siapalah yang punya idea menyuruh student di tengah hutan belantara ini memakai pakaian formal. Bosan betul aku. Tapi dah aku ni student, ikut sajalah, lainlah kalau aku ni sudah bertaraf Naib Canselor.
Langkahan aku ke perpustakaan yang mulanya longlai, kini kembali bertenaga. Bagai mendapat satu semangat baru untuk aku ke perpustakaan. Semuanya kerana seorang gadis. Walau sekadar mengekori dari jauh, namun anak mata aku kenal seseorang. Yati! Sah, Yati menuju ke arah yang sama dengan aku. Ke perpustakaan. Bak kata orang, kalau sudah suka, bau pun boleh kenal. Inikan pula pandangan belakang.
Langkah aku semakin cepat. Tapi hati-hati supaya tidak terlalu dekat dengan Yati. Cukup sekadar Yati tidak hilang dari pandangan. Terasa macam bodohlah pulak. Sekadar mengekor dan melihat dari jauh. Tapi nak buat macam manakan? Itu sahaja yang aku mampu lakukan. Dan itu sahajalah yang aku rasa paling patut aku lakukan. Aku bukannya sehebat lelaki lain untuk berdepan dengan seorang awek cun. Bukan sehebat Fitri ataupun Mat Pearl. Aku mengerti siapa diri ini. Cewah, macam lagu XPDC la pulak.
Kelas yang sama dan tugasan yang sama, mestilah tujuan ke perpustakaan pun sama. Aku terus mengekori Yati dan rakannya ke tingkat 3. Kalau dalam cerita Ali Setan bolehlah aku buat-buat terserempak dan terlanggar Yati, lepas tu bolehlah nak tegur. Tapi itu cerita Ali Setan. Cerita aku lain.
揈h, Shahril, awakpun cari bahan untuk assignment tadi juga ke? |
|
|
|
|
|
|
|
揔alau nak boleh join kita orang. |
|
|
|
|
|
|
|
Rindu dan angauku kali ini terlalu sukar untuk ditepis keluar. Terjahan-terjahan keras dari Amorphis, Suffocation, Necrophagia juga tidak berupaya mengeluarkan perasaan rindu dan angauku dari padang permainan. Aku juga tidak pasti sama ada aku suka ataupun tidak dengan perasaan ini. Yang aku pasti, aku tidak selesa. Tak tahu bagaimana aku hendak gambarkan perasaan tidak selesa aku ini.
Lebih malang lagi, perasaan aku terhadap Yati tidak dapat diluah dan dikongsi dengan sesiapa. Meluahkan perasaan kepada kawan-kawanku bermakna menempah maut. Tak dapat aku bayangkan tahap gelakan yang akan aku terima bila mengakui aku terberkenan dengan seorang gadis yang sesempurna Yati. Seorang Mat Thrash yang hampir-hampir anti-sosial mengharapkan cinta seorang gadis cantik dan popular, kalau orang lain, memang teruk aku gelakkan. Tapi sekarang terkena batang hidung sendiri. Menambahkan lagi teruk perasaan ini adalah kenyataan yang Yati kini milik kawan baikku sendiri.
Malam ini ada lagi tugasan aku untuk menjadi bodyguard tak rasmi pasangan dua sejoli tu. Lama juga rasanya aku tak buat tugasan sebegini. Fitri dan Yati pun dah jarang-jarang sekali bertemu sejak dua menjak ni. Aku memanglah suka. Pertama sebab aku pun tak payah lagi melangut seperti orang bodoh di kafeteria dan keduanya sebab Yati tak berjumpa dengan lelaki lain. Jealouskah aku? Memanglah jealous kata orang putih. Siapa yang tak jealous kalau asyik meneman gadis yang diminati bertemu lelaki lain? Tapi bak kata orang tua-tua, jealous-jealous ayam jer. Jealous pun tak membawa ke mana. Jealouskan awek orang? Apa kejadahnya.
Seperti biasanya Fitri akan melepak di bilikku dahulu sebelum bertemu Yati. Saja. Sambil menunggu pukul 9.00 malam. Selalunya banyak benda yang keluar dari mulut Fitri yang becok umpama Aznil dalam Melodi, tapi hari ini dia diam sahaja seperti memikirkan sesuatu.
揃etul ker kau dah lama sukakan Yati? |
|
|
|
|
|
|
|
Entah apa yang dibualkan oleh Fitri dan Yati malam itu aku pun tak tahu. Tak pernah pulak terfikir nak bertanya hal rumah tangga orang. Fitri pun semacam dah tak lagi berminat untuk bercakap tentang Yati. Namun satu yang aku pasti ialah, sesi malam itu berjalan dengan cukup profesional. Nak kata malam ini malam perpisahan pun tak berapa sesuai. Selalunya perpisahan diiringi dengan tangisan, kalau mengikut acuan stereotaip filem Melayu ler, tapi malam itu semua seperti biasa. Tidak ada adegan tangkap leleh, tiada adegan tangkap nangis. Rasanya tidak ada sesiapa yang terluka dengan malam perpisahan itu.
Layanan Yati terhadapku tampak berbeza sejak dari malam itu. Aku dapat merasa bibit-bibit persahabatan mulai mekar. Tidak pernah aku mempunyai seorang perempuan yang layak dianggap kawan. Kenalan perempuan banyak. Kenalan yang aku saja kenal mereka, sedangkan entah mereka kenal aku ke tidak aku pun tak tau.
Senyuman Yati sudah berganti kata-kata. Selalu juga Yati menegurku. Aku juga kian berani menegur Yati bila terserempak, walaupun hanya bertanyakan soalan-soalan bodoh seperti 揵aru sampai ker? |
|
|
|
|
|
|
|
Sepatutnya aku berjumpa Yati malam ini. Tapi jangan salah faham, bukan urusan peribadi. Belum sampai masanya untuk aku berjumpa Yati atas urusan peribadi walaupun Yati sekarang amat rapat denganku. Walau rapat bagaimana sekalipun tak mungkin aku ber揷ouple |
|
|
|
|
|
|
|
Hari ini akulah orang yang pertama keluar dari dewan kuliah. Tapi selepas pensyarah keluar ler. Aku setia menunggu Yati yang kelihatan masih mengemaskan barang-barangnya.
揧ati, boleh saya cakap dengan awak sikit? |
|
|
|
|
|
|
|
jinakji dah tak menulis lagi ke??? |
|
|
|
|
|
|
|
xkan abis camtu je?? ending ye x best |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|