CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3282|Reply: 0

[Sabah] Pegawai polis maut kemalangan

[Copy link]
Post time 14-10-2021 01:08 PM | Show all posts |Read mode
Pegawai polis maut kemalangan[size=0.8][size=0.9]Juwan Riduan
[email protected]


KEADAAN kereta mangsa yang terbabas sebelum merempuh pokok di pembahagi jalan. FOTO ihsan pembaca




Kota Kinabalu: Pegawai polis berpangkat Asisten Superintendan dan rakannya maut dalam kemalangan di Jalan Lintas, Metrotown, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, Azrini @ Azrin Abu Bakar, 42, yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kunak dan Dylevia Dewalter, 38, disahkan meninggal dunia ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth Elizebeth II (HQEII).

Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, Nissan Almera yang dipandu wanita terbabit dipercayai bergerak dari arah Citymall menuju ke Jalan Tuaran Bypass.

Katanya, kemalangan berpunca daripada kenderaan mangsa yang terbabas sendiri sebelum merempuh pokok di tengah jalan berkenaan.

"Kedua-dua mangsa dikatakan tercampak keluar dari kenderaan sebelum ditemukan dalam parit pembahagi jalan.

"Kedua-dua mangsa dibawa ke Bahagian Kecemasan HQEII sebelum disahkan meninggal dunia ketika diberikan rawatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

George berkata, ketika kejadian keadaan jalan lengang dan siasatan lanjut masih dijalankan.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 14, 2021 @ 12:32pm











Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.046217 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list