CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2747|Reply: 0

[Sabah] Pemimpin Masyarakat Perlu Sentiasa Turun Padang

[Copy link]
Post time 13-10-2021 11:46 PM | Show all posts |Read mode


BUKIT GARAM : Pemimpin masyarakat di negeri ini diingatkan agar sentiasa turun padang bagi menerangkan program-program dan dasar yang dilaksanakan kerajaan.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Bung Moktar Radin berkata, ketika negara berhadapan dengan pandemik COVID-19, rakyat khususnya di kawasan luar bandar berdepan dengan pelbagai masalah terutama dari aspek kebajikan mereka.

“Pemimpin masyarakat terutama Ketua Kampung, Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK), Pemaju Mukim dan lain lain perlu cakna kepada isu semasa dan segera menyalurkan maklumat kepada pemimpin atas agar tindakan segera dapat dibantu.

“Selain itu, pendekatan itu bukan sahaja menjelaskan kesungguhan kerajaan dalam membela nasib rakyat, tetapi juga boleh menangkis tuduhan yang dilemparkan pembangkang terhadap kerajaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melawat Pejabat Adun dan Parlimen yang baru  di Pekan Baru Bukit Garam  seterusnya mengadakan perjumpaan bersama pemimpin-pemimpin masyarakat di kawasan tersebut baru-baru ini.

Bung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lamag berkata, pemimpin dan masyarakat setempat  perlu saling bekerjasama dalam menjaga nama baik negeri ini.

Katanya, pemimpin masyarakat juga perlu bijak menyampaikan program dan dasar kerajaan agar rakyat tidak ketinggalan dalam arus pembangunan negeri.

“Kerajaan sentiasa berusaha menjaga amanah rakyat dengan menyediakan pelbagai peluang agar kehidupan rakyat lebih sejahtera.

“Tugas dan tanggunjawab kita sebagai pemimpin masyarakat akar umbi bukan sekadar duduk di pejabat tapi perlu turun ke lapangan bagi mendapatkan maklumat yang tepat tentang apa juga isu rakyat baik dari segi kebajikan dan pembangunan,” katanya.

Dalam pada itu, Bung turut merakamkan penghargaan kepada pemimpin masyarakat dan penjawat awam negeri serta Persekutuan kerana memudahkan kerjanya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

“Kita berkerja sebagai satu pasukan untuk membangunkan kawasan ini dalam menyediakan prasarana dan meningkatkan ekonomi rakyat,” katanya.


sabahmedia.com/2021/10/13

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 02:23 PM GMT+8 , Processed in 0.250894 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list