View: 3019|Reply: 5
|
[Sarawak]
Seorang anggota askar bertindak menembak dirinya sendiri
[Copy link]
|
|
KUCHING: Seorang anggota askar bertindak menembak dirinya sendiri selepas dikatakan melepaskan beberapa das tembakan di Kampung Kolong 1, di sini sekitar tengah hari tadi. Difahamkan, suspek berusia lewat 20an terbunuh akibat kecederaan parah di kepala.
Sumber di tempat kejadian memberitahu suspek yang masih bertugas di sebuah kem askar di Tondong, Bau pulang ke rumah keluarga isterinya sekitar jam 12 tengah hari.
Suspek dikatakan tiba-tiba melepaskan tembakan senjata dipercayai senapang jenis M4 yang dibawanya dari tempat bertugas.Dia kemudian bertindak menembak dirinya sendiri di bahagian kepala.Ibu mentua suspek yang berusia 50an turut terkena tembakan di bahu kiri dan kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan. Anggota polis masih menjalankan siasatan di lokasi kejadian.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by FanTasyCreaTioN at 13-10-2021 09:30 PM
Pada 13 Oktober 2021 jam lebih kurang 12.45 tengahari, Bilik Gerakan IPD Padawan telah menerima makluman awal dari orang awam berhubung satu kes tembakan bertempat di sebuah rumah Kampung Kolong 1, Sungai Tengah Jalan Matang Kuching.
Siasatan awal mendapati saspek seorang lelaki tempatan berumur 28 tahun bertugas sebagai askar telah tiba dilokasi kejadian bagi tujuan penyelesaian rumahtangga dengan isteri saspek yang mana masih dalam proses penceraian.
Semasa dalam perbincangan saspek telah marah dan mengambil senjata jenis M4 yang disimpan dalam kereta saspek.
Saspek terus melepaskan beberapa das tembakan di dalam rumah bahagian ruang tamu dan dapur. Dalam kejadian ibu mertua saspek berumur 58 tahun turut terkena tembakan di bahagian bahu sebelah kiri.
Kemudian saspek menghala ke hadapan rumah dan terus menembak diri sendiri di bahagian dagu.
Saspek (mangsa) telah maut ditempat kejadian. Kes disiasat dibawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.
Siasatan sedang dijalankan dan pihak PDRM mengesa orang ramai tidak menyebarkan sebarang spekulasi sehingga proses siasatan selesai.
SUPT ABANG ZAINAL ABIDIN BIN ABANG AHMAD
Ketua Polis Padawan
Ibu Pejabat Polis Daerah Padawan
Siburan Sarawak.
|
|
|
|
|
|
|
|
Camne bole keluar dgn senapang |
|
|
|
|
|
|
|
Salam takziah, apabila nafsu amarah menguasai diri |
|
|
|
|
|
|
|
rasa nya dia memang bawak ...
dalam proses perceraian dengan isteri ...
ntah apa yang bermain dalam fikiran dia ... kesian juga ...nekad sangat dah ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|