View: 3761|Reply: 17
|
[Sarawak]
Pasangan kekasih bawah umur mengaku bersalah buang bayi
[Copy link]
|
|
Thread berkaitan :
https://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=1268044
KUCHING: Sepasang kekasih mengaku bersalah di hadapan Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas kesalahan menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi, Ogos lalu.
Tertuduh yang berusia 15 dan 16 tahun mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan oleh seorang jurubahasa di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.
Mengikut pertuduhan, kedua-dua remaja berkenaan merupakan ibu bapa bayi perempuan yang ditinggalkan di dalam bakul sebuah motosikal milik orang awam selepas empat jam dilahirkan.
Mereka didakwa melakukan perbuatan tersebut di hadapan sebuah rumah beralamat Lorong 5A, Jalan Siol Kandis sekitar jam 5.00 pagi, 26 Ogos lepas.
Oleh itu, mereka didakwa di bawah Seksyen 317 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun yang sama.
Jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.
Menurut fakta kes, Pusat Kawalan IPD Kuching telah menerima aduan seorang pengadu yang memaklumkan menjumpai seorang bayi perempuan dibaluti dengan kain merah jambu yang masih bernyawa diletakkan di atas bakul motosikal milik isterinya sekitar jam 5.00 pagi, 26 Ogos lepas.
Pengadu kemudian membuat laporan polis untuk tindakan seterusnya yang membawa kepada penangkapan kedua-dua tertuduh.
Pada hari yang sama, sekitar 8.50 pagi seorang remaja lelaki berusia 15 tahun yang dipercayai bapa bayi berkenaan ditahan pihak polis beserta bahan rampas seperti dua helai baju, sehelai seluar, seunit telefon pintar, sehelai tuala dan sebuah motosikal.
Selain itu, remaja perempuan berusia 16 tahun yang merupakan ibu bayi tersebut ditahan di kediamannya sekitar jam 10.00 pagi bersama barang kes seperti sehelai seluar dalam, sehelai baju, sehelai tuala dan sehelai seluar.
Hasil pemeriksaan dan analisa oleh Jabatan Kimia Malaysia mengesahkan keputusan perbandingan DNA kedua-dua tertuduh dan bayi adalah sah.
Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Mohd Adzmei Ahmad manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah juga menetapkan tarikh laporan akhlak kedua-dua tertuduh pada 11 November depan.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
Mmmm... harap2 dh daftar la kelahiran baby tu walau lambat & kna denda. Kesian nnt xdak documents. D kira bukan warganegara, nk masuk sekolah pn xboleh. Dh la baby girl. Esk2 nk kahwin lg haru. Tolong la jgn buang baby buta2 mcm ni. |
|
|
|
|
|
|
|
Kesian baby...terpikir camna mak pak budak perempuan nie tak perasan anak hamil cukup bulan |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah lega baby tu masih hidup.
Kalau tak nak baby tu jangan la di buang,ramai je org mencari anak angkat.
|
|
|
|
|
|
|
|
dah daftar rasa nya ...
sebab lahir2 jer terus kena buang ... dan jadi kes Polis ...
Kebajikan jaga buat sementara rasa nya ...
|
|
|
|
|
|
|
|
mungkin jenis keluarga yang tak pernah nak kisah ...
mungkin anak berkurung jer dalam bilik dah jadi kebiasaan ...
harap lepas ni... budak pompuan ni ubah cara kehidupan ... usia muda lagi... boleh berubah menjadi lebih baik...
|
|
|
|
|
|
|
|
tu la ... lega baca ... baby tu hidup lagi ...
tapi kan ...
dengan masyarakat kita yang sentiasa akan mengungkit ... mengeji ... menghina ... payah la kot orang yang terlanjur nak bagi anak ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya memang agak sukar dengan sikap masyarakat yang suka mengungkit&menghina.Walaupun anak kecil tu tak bersalah.Tapi tetap jadi umpatan kerana silap ibu bapa.
Kalau nak bagi pada orang carilah di luar kawasan.
Dan sebaik2 nya org yg nak ambil anak angkat simpanlah kisah asal anak2 sebegini di ambil sbg anak angkat.
Ada yang hati busuk habis di canang.
|
|
|
|
|
|
|
|
panjang FC menaip... taip2 delete ...
bukan apa ... kesian tol la dengan baby tu ...
harap ada keluarga angkat baru yang baik ...
mak dan bapak dia ... harap berubah la lepas ni... menda dah berlaku.. tak leh nak buat apa ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa delete FC?
Betul tu harap ada kesedaran la buat ibu ayah budak ni.
Zaman yang mencabar ni memang kena pantau anak2.
Bila jadi keadaan mcm ni nasi dah jadi bubur.
Dah jadi bubur pun tetap la kena telan juga.
|
|
|
|
|
|
|
|
geram ...
bayangkan jika ada pa2 berlaku pada budak perempuan tu masa bersalin ...
bayangkan jika ada anjing dok baham baby tu ...
dan apa yang FC tulis tadi tu mungkin akan ada yang salah paham ... tuduhan menyokong zina...? kot ...
bukan apa ...
kat tempat FC sekarang ni.. erm... lebih bersifat terbuka ... dalam soal ni ... ehem~ kita ketepikan soal Agama ...
kat sini... ada jer beberapa orang yang bawah umur mengandung dan bersalin ...
beza nya ...
family tak bagi buang ...
baby tu ( cucu ) akan d jaga dengan baik...
anak akan terus kan persekolahan seperti biasa ...
pernah la terdengar perbualan nenek2 ni ...
daripada d buang ... tu darah daging sendiri juga tu ( cucu )
nak marah pun tak guna sebab dah terjadi ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Waktu kpm introduced sex edu kt sek rata2 dok bantah atas alasan nk encouraged budak2 bzina. Masalahnya, Melayu Islam baik budak usia mcm ni/org dewasa masih xcakna pasal reproduction, sexual behaviours risks, lg2 STIs. About responsibilities bila u engaged in active sexual activity. Beli kondom kt 7E pn cashier dok pandang semcm. Cina India pn ada yg pregnant tp xdak la nk buang2. Lg 20thn pn xkan bkesudahan kes mcm ni. Melayu Islam masih champion kes buang bayi. Maaf komen pnjang2. Kesian kt baby2 ni besaq esk tpaksa hidup dlm stigma masyarakat yg pndang keji ank luar nikah. When it's not even their faults. Sedih.
|
|
|
|
|
|
|
|
Teringat lagi FC satu Thread dulu kat Board Isu Semasa ... bila FC menyokong usaha Kerajaan agar banyak kan lagi " Baby Hatch " ... kata nya menggalak kan zina ...
masalah nya ... bukan kita nak galak kan zina pun ... kita hanya nak baby tu selamat ... takmo baby tu takpa ... letak jer elok2 kat Baby Hatch tu ...
Yerp setuju sesangat ... beria bantahan bila KPM nak kenal kan Sex Education ... sedangkan jika ibubapa menjalan kan peranan mereka ... mengajar budak2 baya ni apa yang tak boleh ... mengapa tak boleh ...? Risiko nya ...? Tanggungjawab nya ... Masa depan nya ...
Tak perlu lah nak ada kan Sex Education tu ...
ni tak ... semua2 menda nak serah kat cikgu ...
Maaf komen pnjang2. Kesian kt baby2 ni besaq esk tpaksa hidup dlm stigma masyarakat yg pndang keji ank luar nikah. When it's not even their faults. Sedih. takde salah pun ... dah memang betul...
|
|
|
|
|
|
|
|
Faham2.Kita terfikirkan keselamatan budak perempuan tu juga walaupun terbit rasa marah.
Baby tu lagi la kita risau di buang macam tu aduhhhhh nasib baik la selamat.
Susah juga nak tegur FC pemikiran parents yang bila di tegur konon kita ni ketingalan zaman.
Cuma bab jaga cucu yang di lahirkan dari hubungan sebegini family mmg kena kental.
Buat2 perempuan yang terlanjur dan melahirkan anak tanpa nikah jagalah anak tu.
Walaupun si jantan tak nak bertanggungjawab.
Janganlah di buang anak tu,kerana si anak sepenuhnya hak si ibu.
Respect nenek2 di sana sanggup menjaga cucu2 sebegini.
|
|
|
|
|
|
|
|
FC lagi la orang kutuk ... lom kawin pun tapi bebel cam apa
tapi sebab banyak membaca ...
banyak terdedah dengan 2 persekitaran berbeza ...
jadi menda2 camni mematangkan FC ...
apa yang kita nak buat ... pikir dulu ... dah terjadi takde makna nak menyesal ... menyesal untuk perubahan takpa ... menyesal kalau tak ... tak itu tak ini... takde guna lagi...
nenek2 ni tolong pantau jer selalu nya ...
untuk check up bulanan baby ni ... tetap si mak tu kena bawa sendiri ke klinik...
nurse sini pun takde yang nak mengata ... malah nasihat lagi ada ... jaga baby elok2 ...
bak kata sorang nenek tu ... kalo menyesal jangan buat lagi... lelaki tu lupa kan tak yah nak ingat lagi ... kalo lelaki tu baik... dia tak kan rosak kan kau ...
gtu la lebihkurang ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Belum berkahwin tu bukan la faktor menghalang kita nak bagi sebarang nasihat.
Membaca dan melalui fasa kehidupan sekeliling tu penting.
Benda kalau dah jadi tak guna nak nyesal dan tak boleh patah balik.
Iols pun sebab ada follow kawan NGO macam2 kes sebegini memang rasa marah,sedih dan pengakhiran nya tetap kena teruskan kehidupan.
Bagi sokongan meneruskan kehidupan dan pujuk keluarga terima.
Iols setuju sangat2 jika lelaki tu baik dia tak kan sentuh.
Biarlah orang nak kata apa FC selagi boleh mengingati teruskan je.
|
|
|
|
|
|
|
|
Ya. Makpak mmg kna play their roles. Bukan cikgu,bukan kwn,bukan jiran. Menda ni have to start from home. U nk curb zina? Mustahil. Dlm Bible pn larang zina. Bukan dlm Quran ja larang. Hat yg d larang ni laaa org nk buat. Dh lupa kisah Nabi Adam kt syurga kot. Itu Nabi,inikn pulak manusia biasa mcm kita. Tp kita boleh control the outcome. Contoh,kalo pregnant xdak la smpi nk buang2 bayi. Bayi. Bukan kucing anjing. Tp topik sex edu ni mmg taboo dlm kalangan Melayu Islam. Nk educate pasal period,pasal wet dreams ngn ank2 pn xmau. Dh mcm mna? Kerajaan bg solutions ( Baby Hatch) p bangkang Tp yg tanggung akibat baby2 ni laa.. |
|
|
|
|
|
|
|
Mak ayah, tengok2 laa anak2 anda.
Budak melahirkan budak namanya ni
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|