CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2969|Reply: 0

[Pulau Pinang] Rentas negeri lerai rindu

[Copy link]
Post time 11-10-2021 09:26 PM | Show all posts |Read mode
Rentas negeri lerai rindu[size=0.8][size=0.9]Yusmizal Dolah Aling
[email protected]


NURUL Akma bersama anak-anaknya ketika dalam perjalanan pulang ke Pulau Pinang pagi tadi. FOTO Ihsan Nurul Akma Safine



Kuala Lumpur: Dapat memeluk dan bertemu mata dengan ibu tersayang selepas 'terhalang' lebih setahun lalu adalah saat terindah yang tidak dapat digambarkan dengan kata-kata.

Kebenaran rentas negeri yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob petang kelmarin digunakan sebaiknya Nurul Akma Safine, 36, untuk pulang ke kampung halaman di Batu Maung, Pulau Pinang.

Biarpun sudah berkali-kali balik ke kampung, namun ternyata kepulangan kali ini begitu berbeza berikutan membawa bersama perasaan rindu kepada ibunya Hasnah Che Meh, 58.

Katanya, perasaan gembira dan sebak tidak dapat digambarkan sebaik tiba di perkarangan rumah ibunya itu selepas melalui tempoh perjalanan selama lima jam dari ibu negara.

"Memang lama saya tak balik, rasanya kali terakhir sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang pertama tahun lalu.

"Selama tempoh itu, hanya buat panggilan video saja. Anak-anak juga rindu nak jumpa dengan nenek mereka.

"Ada beberapa kali ibu minta saya mohon kebenaran rentas negeri kerana terlalu rindu, namun keadaan tidak mengizinkan, tetapi hari ini tiba akhirnya," katanya yang bekerja sebagai pembantu akaun.

Nurul Akma berkata, secara kebetulan, dia memang mengambil cuti tahunan dan pengumuman kebenaran itu bagaikan kena pada masanya.

Menurutnya, keadaan trafik ke Pulau Pinang pagi tadi agak terkawal dan dia tidak sabar untuk tiba di kampung.

"Sebaik tiba, ibu saya begitu gembira kerana dapat bertemu cucu-cucunya dan perasaan seronok itu lebih daripada hari raya, mungkin kerana sudah lama tak balik.

"Saya bercadang untuk tinggal beberapa hari lagi di kampung, sempat melepas rindu.

"Harap-harap selepas ini, dapatlah balik selalu seperti sebelum ini. Insya-Allah, saya akan pastikan ahli keluarga mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan," katanya.

Sementara itu, Pengerusi Persatuan Pengguna Jalan Raya Kebangsan (PPJK) Mohammad Hisham Shafie berkata, pihaknya menyarankan agar pengguna jalan raya dapat merancang perjalanan sebaik mungkin untuk sampai ke destinasi dengan selamat.

Katanya, biarpun rentas negeri sudah dibenarkan, ia tidak bermakna pengguna jalan raya tidak perlu merancang perjalanan seperti sebelum ini sebaliknya ia perlu disusun rapi bagi mengelakkan kesesakan luar biasa.

"PPJK menyambut baik persediaan dibuat pengendali lebuh raya untuk menghadapi sebarang kemungkinan, tetapi apa yang lebih penting adalah keselamatan.

"Setakat ini saya dimaklumkan ramai yang merancang untuk merentas negeri hujung minggu ini, jadi saya nasihatkan agar berwaspada dan amalkan pemanduan berhemah," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 11, 2021 @ 7:54pm






Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.060844 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list