CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3018|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Pembantu Ahmad Maslan' didakwa menipu

[Copy link]
Post time 11-10-2021 09:12 PM | Show all posts |Read mode
'Pembantu Ahmad Maslan' didakwa menipu[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 11, 2021 @ 7:09pm[email protected]




BUTTERWORTH: Seorang peniaga dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan menipu dan memperdaya RM50,000 dengan mengaku sebagai pembantu peribadi kepada bekas Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, pada 2015.

Kamarul Ramizu Idrus, 54, mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Norhayati Mohamad Yunus.

Tertuduh didakwa cuba menipu dan memperdaya seorang lelaki berusia 28 tahun untuk menyerahkan wang RM50,000 dengan mempercayai tertuduh adalah pembantu peribadi Timbalan Menteri Kewangan ketika itu dan akan mengambil tindakan ke atas lelaki berkenaan yang dikatakan terbabit dalam skim pelaburan emas.

Kesalahan itu didakwa dilakukan pada 6 Julai 2015.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 28(1)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Azlan Basri dan Pegawai Pendakwa, Siti Mastura Zakaria, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mahkamah menetapkan jaminan RM40,000 dengan dua penjamin dan tertuduh perlu menyerahkan dokumen perjalanan kepada mahkamah selain perlu melapor diri di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan.

Norhayati turut menetapkan 10 Disember ini sebagai tarikh sebutan semula bagi pengurusan kes.











Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:09 AM GMT+8 , Processed in 0.072616 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list