CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3224|Reply: 1

[Kedah] Warga Myanmar ditemukan maut dengan kesan tetak di leher

[Copy link]
Post time 10-10-2021 11:08 PM | Show all posts |Read mode
Warga Myanmar ditemukan maut dengan kesan tetak di leher[size=0.8][size=0.9]Izad Thaqif Hassan
[email protected]




Sungai Petani: Mayat lelaki warga Myanmar ditemui dengan kesan tetakan di leher berhampiran rumah kongsi kawasan reban ayam di Kampung Perak, Bukit Selambau, dekat sini semalam.

Dalam kejadian jam 9 pagi itu, mangsa yang berusia 29 tahun dan bekerja sebagai penjaga serta pencuci ladang ternakan ayam ditemui penyelia ladang sudah tidak bernyawa sebelum dia menghubungi polis.

Sepasukan polis yang tiba di lokasi kejadian menemui sebilah parang yang mempunyai kesan darah serta beberapa barang kes lain.

Hasil siasatan lanjut dua pekerja lelaki warga Myanmar berusia 21 dan 26 tahun yang tinggal di rumah kongsi bersama mangsa didapati menghilangkan diri.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda Asisten Komisioner Adzli Abu Shah berkata, penyelia yang tiba di ladang berkenaan curiga selepas melihat lampu sekitar reban ayam masih menyala sebelum menutup enjin generator.

"Dia kemudian menemui mayat mangsa dalam keadaan ngeri dengan kesan tetak di leher berhampiran kolam di rumah kongsi yang dihuni mangsa bersama dua rakan sekerja yang juga warga Myanmar.

"Bagaimanapun, pemeriksaan lanjut mendapati dua rakannya itu didapati sudah menghilangkan diri dan polis tidak menolak kemungkinan mangsa dibunuh mereka namun siasatan lanjut masih lagi dijalankan," katanya.

Menurutnya, siasatan mendapati pemilik ladang sudah menjalankan operasi ternakan ayam sejak 10 tahun lalu dan penyelia mendakwa kali terakhir bertemu mangsa jam 4 petang sehari sebelum kejadian.

"Pemeriksaan lanjut mendapati suspek yang berusia 21 tahun sudah sebulan bekerja di ladang ternakan ayam berkenaan manakala seorang lagi yang berusia 26 tahun pula baru 10 hari bekerja.

"Setakat ini, polis masih mengesan dan memburu dua suspek terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan (KK)," katanya.

Disiarkan pada: Oktober 10, 2021 @ 11:02pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2021 09:52 AM | Show all posts
mesti kes x sebulu tu
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:15 AM GMT+8 , Processed in 0.101026 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list