CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2931|Reply: 2

[Sarawak] Sarawak capai 90 peratus populasi dewasa lengkap vaksin

[Copy link]
Post time 10-10-2021 12:56 PM | Show all posts |Read mode


Abang Johari berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Taib di BCCK semalam. - Gambar ihsan Jabatan Penerangan

KUCHING: Sarawak sudah mencapai 90 peratus populasi dewasa 18 tahun ke atas lengkap suntikan vaksin COVID-19, kata Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg.

Bagi remaja 12 hingga 17 tahun pula katanya, hampir 75 peratus sudah menerima dos pertama.

Di samping itu katanya, sebagai langkah lanjutan untuk mengekang jangkitan virus COVID-19, kerajaan negeri berpandangan penggunaan ubat antiviral yang diluluskan adalah langkah positif untuk terus memerangi COVID-19.

“Saya mengakui cabaran terbesar kita dalam menangani krisis ini ialah mengimbangi pelbagai keperluan dengan sumber kewangan negeri yang mencukupi.

“Kerajaan perlu mengimbangi antara usaha untuk menyelamat nyawa dan melindungi mata pencarian untuk menjaga kepentingan generasi akan datang,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena sambutan Hari Jadi Yang di-Pertua Negeri Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud Ke-85 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini semalam.

Tambah Abang Johari sebagai langkah mengurangkan kesan pandemik, kerajaan negeri telah melaksanakan tujuh pakej bantuan rakyat ditambah dengan belanjawan terbesar dalam sejarah negeri iaitu Belanjawan 2021 bernilai RM10.1 bilion.

Tujuh pakej bantuan ini iaitu Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS) 1.0 hingga BKSS 7.0 dengan 30 program dan inisiatif telah melibatkan perbelanjaan sebanyak RM5.3 bilion.

Ini katanya antara kadar bantuan terbesar oleh sesebuah kerajaan negeri di Malaysia tidak termasuk peruntukan khas berjumlah melebihi RM91 juta kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

Sebagai langkah ke hadapan katanya, Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 2030 (PCDS 2030) dilancarkan pada 22 Julai lepas.

Aspirasi PCDS 2030 katanya adalah untuk menjadikan masyarakat Sarawak berdaya maju didorong oleh data dan inovasi di mana setiap rakyat menikmati kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan melestarikan alam sekitar menjelang 2030.

“PCDS 2030 ini dirangka setelah mengambil kira pandangan dan input wakil-wakil dari perniagaan dan industri, pakar-pakar bidang, pihak organisasi bukan kerajaan (NGO) dan pastinya agensi-agensi kerajaan sendiri.

“Kerajaan Sarawak yakin dengan transformasi ini, negeri ini mampu mengembangkan ekonomi pada kadar purata 6 hingga 8 peratus setahun,” katanya.



utusanborneo.com.my/2021/10/10



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-10-2021 01:12 PM From the mobile phone | Show all posts
so..canna syarat nk msk Swak..msh cam 'syarat Puteri Gunung Ledang'..tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-10-2021 01:35 PM | Show all posts
Skuau replied at 10-10-2021 05:12 AM
so..canna syarat nk msk Swak..msh cam 'syarat Puteri Gunung Ledang'..tu?

kita tunggu jer nanti..kita pun tak sabar tau nak rentas negeri


https://www.sabahpost.net/2021/1 ... -seluruh-negara-pm/


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:16 AM GMT+8 , Processed in 0.045830 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list