KUCHING: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 74 kes kematian Covid-19 semalam, sekali gus menaikkan jumlah kumualtif kepada 27,265 kes.
Menurut perincian dikeluarkan GitHub, daripada jumlah itu, 27 diklasifikasikan sebagai kematian di luar hospital (BID).
Katanya, Selangor mencatatkan angka kematian tertinggi iaitu 22, diikuti Sarawak (14), Sabah (11), Johor (10), Kelantan (5), dan Perak (4).
Melaka dan Kuala Lumpur masing-masing dua serta Kedah, Negeri Sembilan, Perlis dan Terengganu masing-masing satu kes kematian.
Tiada kes kematian dilaporkan di Pahang, Pulau Pinang, Labuan dan Putrajaya.
Sehingga tengah malam tadi, sebanyak 120,246 kes aktif dilaporkan, termasuk 768 yang ditempatkan di unit rawatan rapi (ICU).
Manakala 418 kes lagi yang memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kumulatif kes Covid-19 direkodkan di Malaysia setakat ini mencecah angka 2,332,221.
sarawakvoice.com/2021/10/10
|