CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2868|Reply: 0

[Sarawak] Ekonomi Sarawak dijangka berkembang 4 hingga 6 peratus tahun ini

[Copy link]
Post time 10-10-2021 07:22 AM | Show all posts |Read mode
KUCHING, 10 Oktober: Ekonomi Sarawak dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan antara empat hingga enam peratus pada tahun ini.

Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata pada tahun 2020, ekonomi Sarawak telah menguncup sebanyak 3.2 peratus akibat kegawatan ekonomi global serta pandemik COVID-19.

“Keluaran Dalam Negara Kasar atau KDNK negeri juga telah menguncup antara enam hingga tujuh peratus tahun lepas.

“Namun dalam pada ekonomi negeri melalui waktu amat sukar ini, dengan pengurusan kewangan berhemat tanpa menjejaskan ketahanan kewangan negeri… pada tahun ini, ekonomi Sarawak dijangka mencatatkan kadar pertumbuhan positif antara empat hingga enam peratus,” katanya ketika berucap pada Majlis Jamuan Negeri sempena sambutan ulang tahun ke-85 Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Abdul Taib Mahmud malam tadi.

Beliau turut memberi jaminan kerajaan pimpinannya akan terus menolak apa sahaja unsur yang boleh memecah-belahkan perpaduan rakyat Sarawak terutama hujah melampau terhadap agama lain.

Abang Johari berkata Sarawak bernasib baik kerana kuasa autonomi Imigresen negeri itu melindungi masyarakatnya daripada unsur melampau dan pelampau agama dari luar.

“Inilah kuasa autonomi yang harus terus dipertahan untuk memelihara kesejahteraan Sarawak,” katanya.-BERNAMA

Jabatan Penerangan Sarawak




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:05 AM GMT+8 , Processed in 1.008886 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list