CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2841|Reply: 0

[Sarawak] GPS pelawa penyertaan belia untuk proses demokrasi

[Copy link]
Post time 9-10-2021 12:11 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kerajaan Sarawak pimpinan Gabungan Parti Sarawak (GPS) mengalu-alukan penyertaan golongan belia dalam proses demokrasi, yang memungkinkan suara mereka didengari serta menyuntik kematangan politik dalam iklim politik semasa.

Kelab Penyokong GPS dalam satu kenyataan berkata, GPS berpandangan bahawa belia, apabila diberi peluang untuk memilih wakil mereka, dapat menilai sendiri khidmat bakti yang diberikan oleh kerajaan negeri terutamanya semasa pandemik Covid-19 dari segi menyelamatkan nyawa rakyat dan memastikan kelangsungan hidup.

Sarawak merupakan negeri pemberi vaksin terpantas di seluruh negara dan pada masa ini sedang memberikan vaksin Covid-19 kepada remaja berusia 12 hingga 17 tahun, kata Kelab Penyokong GPS mengulas kenyataan Presiden Parti Sarawak Bersatu (PSB) yang mendakwa GPS tergesa-gesa mengadakan pilihan raya negeri kerana bimbang akan pelaksanaan Undi18 yang boleh mengubah keputusan pilihan raya.

“Kami berpendapat kenyataan presiden PSB itu sebagai tidak lebih daripada tuduhan liar dan tidak disokong oleh fakta,” kata kenyataan itu dan menambah, mulai bulan ini, Sarawak akan memberikan dos ketiga atau dos penggalak vaksin Covid-19 kepada kumpulan sasar.

Dari segi memastikan kelangsungan hidup, katanya, Sarawak satu-satunya negeri yang telah memperkenalkan bantuan pandemik yang besar dari segi jumlahnya melalui Bantuan Khas Sarawakku Sayang (BKSS), yang bermula dengan pakej pertamanya (1.0) pada Mac tahun lalu hingga pakej ketujuh (7.0) pada Ogos yang lalu.

Jumlah kesemua pakej bantuan itu, katanya, sebanyak RM5.3 bilion dan nilai rangkaian pakej itu adalah yang terbesar diberikan oleh sesebuah negeri di Malaysia semasa Covid-19.
Inisiatif itu juga memanfaatkan belia bersama dengan pakej bantuan yang diberikan oleh Kerajaan Pusat bagi membantu mengatasi tempoh getir semasa penularan virus tersebut.

“Dalam kita memastikan kehidupan rakyat, kita mempunyai kewajiban untuk menegakkan perlembagaan di mana pilihan raya harus diadakan setelah tamatnya tempoh Dewan Undangan Negeri (DUN). Seperti yang kita ketahui, DUN Sarawak telah melepasi tempoh lima tahun pada 6 Jun lau.

“Kami kesal kerana Datuk Sri Wong Soon Koh cuba menyalahkan GPS dengan mengadakan pilihan raya negeri sedangkan hakikatnya kita semua tahu bahawa ia harus diadakan secepat mungkin agar kita tidak memasuki ‘masa tambahan’ yang ketiga.

“Sebagai sebuah parti politik yang bertanggungjawab dan berpengetahuan, PSB harus bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri dan tidak membuat tuduhan tidak berasas terhadap GPS, kononnya ia takut akan pelaksanaan Undi18.

“Bagi GPS, ia akan terus melindungi nyawa dan kelangsungan hidup rakyat dan kami percaya bahawa rekod prestasi cemerlang kerajaan negeri dalam menguruskan negeri Sarawak boleh dilihat baik dari segi pembangunan infrastruktur dan pengurusan pandemik,” kata kenyataan itu.


sarawakvoice.com/2021/10/09

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.277696 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list