CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3059|Reply: 3

[Sarawak] Ditegur cari kerja, pemuda cederakan bapa dipenjara 12 bulan

[Copy link]
Post time 9-10-2021 10:55 AM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (kanan) keluar dari kamar mahkamah selesai jatuh hukum.

KUCHING: Mahkamah Sesyen di sini, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 12 bulan terhadap seorang penganggur lelaki yang mencederakan bapa kandungnya menggunakan sebilah pisau pemotong daging, setelah marah apabila ditegur untuk mencari pekerjaan.

Hakim Afidah Abdul Rahman turut memerintahkan tertuduh, Muhammad Shafiq Norisam, 24, yang mengaku bersalah di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 326A Kanun sama, untuk dikenakan dua sebatan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, atau denda atau sebatan atau mana-mana dua daripada hukuman itu jika sabit kesalahan.

Tertuduh didakwa dengan sengaja mencederakan Norisam Talip, 50, menggunakan sebilah pisau pemotong daging dalam satu kejadian pada 3 Oktober lalu, jam 9.30 malam di kediaman mereka di Bandar Baru Semariang, di sini.

Berdasarkan keterangan kes, mangsa (pengadu) dan isterinya menegur dan menasihati anak sulung mereka (tertuduh) agar mencari pekerjaan.

Tertuduh naik angin hingga berlaku pertengkaran antara pengadu dengan tertuduh.

Pemuda berkenaan seterusnya pergi ke dapur untuk mengambil pisau pemotong daging dan kemudiannya mengugut hendak menetak pengadu.

Isteri pengadu cuba untuk menenangkan tertuduh namun tertuduh bertindak menampar pipi sebelah kanan isteri pengadu.

Berlaku pergelutan antara mereka sehingga menyebabkan pisau pemotong daging yang dipegang oleh tertuduh terlepas dari tangan dan terkena pada kaki kanan pengadu.

Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami kecederaan luka di kakinya.

Pengadu seterusnya membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Sebelum dijatuhkan hukum, tertuduh merayu agar tidak dikenakan hukuman berat atas alasan dia menyesali perbuatan tersebut dan berjanji tidak akan mengulanginya pada masa depan.

Timbalan Pendakwa Raya, Mohamad Aiman Mutallib Mohamad Shariff bagaimanapun memohon agar tertuduh dijatuhi hukuman berat dengan mengambil kira bahawa kesalahan adalah membabitkan ahli keluarga sendiri, kekerapan kes, kepentingan awam dan berat kesalahan dilakukan.

Mahkamah kemudian menetapkan tertuduh dijatuhi hukuman penjara 12 bulan dari tarikh dia ditangkap iaitu pada 3 Oktober lalu, selain mengenakan dua sebatan.
Tertuduh tidak diwakili peguam.


utusanborneo.com.my/2021/10/08

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 11:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah miskin buat cara miskin dekkkkkk…. Kohkohkohkohkoh padan muka dek.
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Sepak mak.. Ugut ayah ngan pisau.. Amik substance ke dia ni. Now da kena jail 12 bulan, keluar dah ada record.. Lagi susah le nak cari kerja karang.. But untuk 12 bulan ahead.. Aman sikit orang kat rumah..
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2021 01:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Takkkk.
Yang ko marah sangat orang suruh ko carik keje kenapa?
Untuk ko jugakkk
Sampai bila nak jadik bewakkk??
Kazen iol perempuan umur 19 carik keje kat kilang sanggup ambik ot 12 jam nak tolong fam
Ko able bodied gini dok garu telo mintak duit cam duit tu tumbuh kat pokok
Lelaki pulakkkk tu!
Sekali dah amek substance (kalauuuu)
Memang biol habis

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.150764 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list