CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3010|Reply: 2

[Sarawak] RRSS juara Forum Pelajar kebangsaan

[Copy link]
Post time 9-10-2021 10:40 AM | Show all posts |Read mode


Pasukan forum pelajar dan guru RRSS berswafoto menunjukan piala kemenangan.

MIRI: Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri (RRSS) menjuarai pertandingan Forum Pelajar peringkat kebangsaan 2021 yang disiarkan secara langsung melalui media sosial Facebook Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Malaysia, pada 28 September.

Pertandingan bertujuan untuk mewujudkan dan menyediakan suasana penggunaan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar sekolah persendirian Cina, dan pada masa yang sama dapat melahirkan pelajar yang berkeyakinan bertutur dalam Bahasa Melayu baku yang sempurna dari segi tatabahasa, sebutan dan gaya.

Pertandingan ini disasarkan kepada pelajar tingkatan tiga, empat, lima dan enam.

Ahli-ahli pasukan yang dibimbing oleh Cikgu Seriam Umpeng dan Cikgu Voon Tze Er itu terdiri daripada Jane John Dines selaku pengerusi, Kelly Voon Yu Xuan,  John Nicholas Tan Yew Han, Alvin Siaw DingYi, Rachel Koh Shiun Qi dan Aaron Ng Kian Kiat.

Dengan tajuk forum Membacalah Demi Masa Depan Negara, pasukan tersebut Berjaya mendapat hadiah wang tunai RM 2500, Piala Pusingan Datuk Goh Hin San, sijil, dan kamus.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing dimenangi oleh Sekolah Menengah Tshung Tsin, Kota Kinabalu, Sabah dan Sekolah Menengah Poi Lam, Ipoh, Perak.

Lebih manis, Jane John Dines yang juga dari Sekolah Menengah Jalan Riam, Miri, Sarawak telah dinobatkan sebagai Pengerusi Forum Terbaik. Jane John Dines telah mendapat wang tunai RM 200, sijil dan kamus dalam anugerah Pengerusi Forum Terbaik ini.

Akhirnya, wakil Sarawak berjaya menjadi Johan Pertandingan Forum Pelajar Sekolah Persendirian Cina pada peringkat kebangsaan selepas dua tahun.

Kali terakhir wakil negeri Sarawak merangkul johan adalah pada tahun 2017.

Aktiviti disertai enam zon sekolah menengah persendirian Cina, iaitu Sekolah Menengah Jalan Riam (Wakil Sarawak), Sekolah Menengah Tshung Tsin (Wakil Sabah), Sekolah Menengah Foon Yew (Wakil Johor), Sekolah Menengah Pin Hwa (Wakil Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur), Sekolah Menengah Poi Lam (Wakil Perak), Sekolah Menengah Jit Sin Persendirian (Wakil Pulau Pinang).

Majlis perasmian penutupan turut diadakan secara maya pada 30 September jam 3 petang disempurnakan Timbalan Menteri Pendidikan, Malaysia, Senator Dato’ Dr. Mah Hang Soon.

Turut hadir Ketua Pengarah DBP Abang Sallehuddin Abang Shokeran, Presiden Persatuan Penterjemahan dan Penulisan Kreatif Malaysia merangkap Presiden Persatuan Kebudayaan Han Malaysia,  Dato’ Goh Hin San.



utusanborneo.com.my


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2021 11:00 AM | Show all posts
terbaik cikgu2...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2021 08:51 PM | Show all posts
Tahniah adik-adik

Sekalung penghargaan juga buat semua yang terlibat


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:58 AM GMT+8 , Processed in 0.942572 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list