CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2772|Reply: 0

[Sarawak] UNIFOR anjur majlis doa kesyukuran Sambutan Ulang Tahun TYT Sarawak

[Copy link]
Post time 9-10-2021 10:13 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Unit Hal Ehwal Agama-Agama Lain (UNIFOR), Jabatan Ketua Menteri telah mengadakan Majlis Doa Kesyukuran Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-85 Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud di sebuah hotel terkemuka di Kuching pada Jumaat.

Di dalam majlis tersebut Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak ( Transformasi Luar Bandar), Datu Ik Pahon Joyik  memberitahu majlis yang melibatkan enam dominasi agama di Sarawak berkumpul dan berdoa untuk kesejahteraan Tuan Yang Terutama Yang di-Pertua Negeri Sarawak.

Sementara itu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Bertanggungjawab terhadap UNIFOR, Datuk Amar Douglas Uggah Embas dalam ucapannya merakamkan ucapan terima kasih di atas kehadiran ketua-ketua agama bagi meraikan majlis kesyukuran tersebut.

“Saya amat berharap agar UNIFOR akan terus mengadakan acara seperti ini bagi menyatukan kesemua ketua institusi agama yang berbeza bagi mengeratkan hubungan serta bersatu padu” beliau berkata di dalam majlis tersebut.

Dalam pada itu, beliau juga sempat menasihati semua rakyat Sarawak agar sentiasa berwaspada dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) walaupun lengkuk jangkitan semakin berkurangan.

“Selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, saya harus menasihatkan kepada semua orang awam,walaupun JPNBS telah memutuskan untuk kebenaran merentasi daerah di dalam Sarawak berikutan kes jangkitan yang semakin berkurangan, kita haruslah bersama sama untuk mengekalkan SOP termasuk yang merancang untuk balik ke kampung dan rumah panjang haruslah mengambil langkah berjaga-jaga dengan melakukan ujian kendiri dengan mengunakan alat ujian kendiri COVID-19 yang telah pun banyak di jual di Pharmasi bagi melindungi keluarga tersayang daripada jangkitan COVID-19”

Pada majlis itu, telah diadakan majlis doa kesyukuran kepada Tuan Yang Terutama yang dipertua Negeri Sarawak daripada enam dominasi agama iaitu Kristian, Hindu, Tao, Buddha, Sikh Dan Bahai.

Turut hadir, Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak , Dato Sri Prof. Dr. Sim Kui Hian,Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak, Datuk Amar Jaul anak Samion, Menteri Muda Elektrik Luar Bandar mewakili Menteri Bertanggungjawab , Datuk Liwan Lagang, Menteri Muda di Jabatan Ketua Menteri (Undang-Undang dan Adat Bumiputera) ,Datuk John Sikie anak Tayai, Menteri Muda Kerajaan Tempatan ,Datu Dr. Penguang Manggil, Menteri Muda Kesejahteraan Komuniti , Datuk Francis Harden Hollis dan Timbalan Speaker DUN Sarawak, Dato Gerawat Gala.


sarawakvoice.com/2021/10/09

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:13 AM GMT+8 , Processed in 0.049964 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list