View: 2456|Reply: 10
|
[Sabah]
Bayi cukup sifat dibuang di tong sampah
[Copy link]
|
|
Bayi cukup sifat dibuang di tong sampah
ASYIKIN ASMIN | | 06 Oktober 2021
Lokasi bayi lelaki ditemui di tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal, Kota Kinabalu.
KOTA KINABALU - Bayi lelaki cukup sifat ditemui di dalam tong sampah berhampiran sebuah pasar raya di Taman Indah Permai, Manggatal, di sini, pada malam Rabu.
Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, bayi yang dipercayai baru dilahirkan ditemui dalam keadaan masih hidup oleh seorang lelaki berusia 30-an yang kebetulan melintas kawasan pembuangan sampah berkenaan.
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan George Abd Rakman berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berkenaan seperti terdengar bunyi yang disangkanya kucing.
Katanya, lelaki itu kemudian menghampiri kawasan pembuangan sampah berkenaan dan mendapati, bunyi berkenaan semakin kuat sebelum bertindak berusaha mencarinya.
"Lelaki terbabit kemudian terkejut dengan penemuan bayi itu sebelum bertindak menghubungi pusat panggilan kecemasan MERS 999 untuk memaklumkan kejadian berkenaan.
“Polis yang tiba di lokasi kejadian terus menjalankan siasatan dan bayi terbabit diserahkan kepada pasukan ambulans untuk tindakan selanjutnya,” katanya ketika dihubungi, pada Rabu.
George berkata, bayi itu kemudiannya dihantar ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas (HWKKS) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut.
"Siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan suspek yang terbabit dan kes disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membuang bayi.
"Pihak polis memohon kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian ini diminta tampil dan boleh berhubung terus pegawai penyiasat iaitu Inspektor Ab Zumin di talian 014-5521 425,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... uang-di-tong-sampah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
|
|
|
|
|
|
|
|
Nasib baiklah ada org jumpa. apa punya manusialah buang2 anak. kalau tak nak bglah kt org lain.
|
|
|
|
|
|
|
|
ini gambar dr harian metro. |
|
|
|
|
|
|
|
Bangang
Takde baby hatch ke kat sabah tu
Ko main campak anak mcmtu, mcmana budak tu nak idop
Surat beranak takde, mana nak tau dtg dari mana
Ingat budak paperless ni ada masa depan ke
Yihhhhhhhh |
|
|
|
|
|
|
|
kerisnaga replied at 6-10-2021 03:04 PM
ini gambar dr harian metro.
Walaupun berpetak petak, nampak gebu babynya.
|
|
|
|
|
|
|
|
Kang komen lebih2, kot mak dia sedia mental. Harap dikau tu dijumpai lah. Setel kan hal anak. Lps tu hilanglah ke mana sekali pun. |
|
|
|
|
|
|
|
Kredit Foto: Zura Wong
Masyarakat perlu lebih banyak kesedaran mengenai perlindungan bayi dengan meninggalkan bayi mereka dalam peti khas Baby Hatch demi keselamatan dan masa depan anak itu.
Kesian baby tu main buang sembarangan ...sampai hati tol...
|
|
|
|
|
|
|
|
takde pun ...
jangan la buang gtu ... kat tong sampah tu ...
dengan kotoran nya ...
anjing2 liar lagi...
memang niat nak membunuh
|
|
|
|
|
|
|
|
Sy paling sakit hati kalau ada kes-kes macam ni. Apalah dosa anak ni sampaikan dibuang macam benda tu tak bernyawa. Walau apa pun alasannya, saya tetap tak boleh terima. Semoga si pelaku mendapat balasan. |
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 7-10-2021 06:11 AM
takde pun ...
jangan la buang gtu ... kat tong sampah tu ...
Yes agree.. Dia mmg niat nak bunuh.. Tapi kuasa Allah.. Baby hidup dan ditemukan orang.. Moga pelaku insaf and come forward la.. Kesian baby takde dox segala.. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|