CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2345|Reply: 1

Jung Ho-yeon anggap kekasih macam ayah

[Copy link]
Post time 5-10-2021 11:16 AM | Show all posts |Read mode

JUNG HO-YEON dan kekasihnya, Lee Dong-hwi.

Jung Ho-yeon anggap kekasih macam ayah

PELAKON Jung Jo-yeon kini mengecapi populariti dalam sekelip mata menerusi naskhah fenomena Squid Game.

Meskipun merupakan percubaan sulungnya sebagai pelakon, namun lakonan dan watak bersahajanya bukan sahaja diterima ramai, namun diakui di seluruh dunia.

Tempias turut terkena pada kekasih hatinya yang juga aktor, Lee Dong-hwi.

Baru-baru ini, wanita tinggi lampai berusia 27 tahun itu mendedahkan sudah enam tahun menyulam cinta bersama kekasihnya.

Bukan sahaja peminat, malah kekasihnya itu juga sangat berbangga dengan pencapaian Ho-yeon menerusi Squid Game.

“Dia sangat berbangga dengan kemampuan yang sedang saya raih ketika ini. Dia seorang senior, rakan, orang yang baik dan sentiasa mengambil berat akan saya.

“Bukan sahaja sentiasa menyokong malah dia sering risau dan mengambil berat mengenai saya. Dia macam seorang ayah,” kata Ho-yeon mengenai kekasihnya ketika ditanya dalam satu program temu bual baru-baru ini.

Nama Ho-yeon yang juga seorang model meroket selepas membintangi naskhah perdana, Squid Game bergandingan dengan beberapa barisan pelakon hebat lain.

Lebih manis, naskhah thriller itu kini menduduki carta nombor satu di 82 buah negara yang menawarkan perkhidmatan penstriman digital, Netflix.

Sumber:https://www.kosmo.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-10-2021 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
I suka pakwe heols dong hwi tu, dia bawak watak apa2 pun menjadi tapi kalau watak komedi mmg sesuweii sgt... Pastu menyanyi pun sedap laki tu, baru2 ni dekat program yoo jae suk yg menyanyi2 tu ada buat group dgn dong hwi ni... Melting sgt walaupun rupa tu takdelah kategori hensem

Ho yeon ni kurusss betholl, kalau i berdiri sebelah dia, haruslah i nampak macam pokok balak... Tak rasa sheols sesuai bwk watak romcom sbb muka sejenis serius 24 jam
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.044128 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list