CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2054|Reply: 3

[Borneo] Youtube Dilapor Akan Memadam Semua Kandungan Video Anti-vaksin

[Copy link]
Post time 3-10-2021 01:56 AM | Show all posts |Read mode
Youtube dilaporkan akan memadam semua kandungan yang menyebarkan maklumat yang salah mengenai vaksin yang diluluskan.

Menurut BBC, antara video yang akan dipadam adalah mengenai dakwaan bahawa vaksin yang diluluskan adalah berbahaya dan menyebabkan autisme, barah atau kemandulan.

Tidak cuma itu, saluran individu anti vaksin yang berpengaruh juga akan ‘ditamatkan’.
Sebelum ini, syarikat teknologi itu telah dikritik kerana tidak bertindak dengan baik untuk mengatasi maklumat kesihatan palsu yang tersebar di laman mereka.


Dalam pada itu, Youtube, yang dimiliki oleh Google mengatakan bahawa 130,000 video telah dipadam dari platformnya sejak tahun lalu.
Syarikat itu juga mengatakan telah mengesan video dakwaan palsu mengenai suntikan vaksin COVID-19. Ia juga merangkumi vaksin yang telah lama diluluskan seperti vaksin campak dan hepatitis B.
“Kami memperluaskan mengenai polisi penyebaran maklumat palsu di Youtube dengan garis panduan baharu mengenai vaksin yang sedang diberikan dan yang telah diluluskan dan disahkan selamat oleh pihak berkuasa tempatan dan WHO,” kata Youtube dalam satu kenyataan.
Selain Youtube, larangan yang serupa turut diperkenalkan oleh Facebook pada Februari dan diikuti oleh Twitter pada Mac. Difahamkan, pengguna yang berulang kali menyampaikan maklumat yang salah mengenai vaksin akan dilarang dari menggunakan platform media sosial tersebut.



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2021 06:10 AM From the mobile phone | Show all posts
mcmtu pulak

Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 07:13 AM | Show all posts
Wow. Mcm tu pulak. Thing is, kt YT tu bukan takat vid pasal vaksin ja semata2 faktanya ke laut.  Bykkk lg kot hat lgsg xguna fakta. Xdak pulak depa regulate seblom ni.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2021 09:26 AM | Show all posts
David vs Goliath
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 11:00 AM GMT+8 , Processed in 0.736058 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list