CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1467|Reply: 0

[Pulau Pinang] 2 peniaga rugi RM22,100 diperdaya sindiket pelaburan

[Copy link]
Post time 2-10-2021 02:06 PM | Show all posts |Read mode
2 peniaga rugi RM22,100 diperdaya sindiket pelaburan[size=0.8]Oleh Nur Izzati Mohamad - Oktober 2, 2021 @ 12:57pm[email protected]



KEPALA BATAS: Dua peniaga kerugian RM22,100 selepas diperdaya sindiket pelaburan yang dikatakan mampu memberi pulangan lumayan dalam tempoh segera.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor, berkata pihaknya menerima dua laporan dibuat peniaga terbabit berhubung kejadian menimpa mereka semalam.

"Kejadian pertama membabitkan peniaga wanita berusia 36 tahun yang diperdaya menyertai pelaburan berasaskan emas yang ditawarkan melalui laman Facebook dan dikendalikan melalui laman web www.gold hub international.com.

"Mangsa teruja menyertai pelaburan itu kerana dijanjikan pulangan tinggi selepas didorong rakannya yang sudah mendapat hasil melalui pelaburan itu, menyebabkan wanita terbabit membayar RM16,000.

"Dia kemudian sedar menjadi mangsa penipuan selepas ejen pelaburan bertindak keluar daripada kumpulan WhatsApp yang ditubuhkan dan tidak dapat dihubungi lagi," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Noorzainy berkata, kejadian kedua pula membabitkan peniaga lelaki berusia 30 tahun yang mendakwa mengalami kerugian RM6,100 selepas diperdaya menyertai pelaburan dikenali 'Khalifah Trust'.

"Mangsa dikatakan tertarik dengan pulangan keuntungan tinggi dalam tempoh 48 jam dan kemudian memilih pakej pelaburan bernilai RM500.

"Dalam pakej itu, mangsa dijanjikan menerima pulangan keuntungan sebanyak RM9,000 namun dia sedar ditipu apabila diminta membuat bayaran tambahan sehingga RM6,100 sebagai syarat mendapatkan keuntungan berkenaan," katanya.

Susulan itu, beliau berkata, orang ramai dinasihatkan berwaspada dengan sebarang tawaran pelaburan yang menjanjikan pulangan keuntungan tinggi dan menyemak terlebih dulu nombor akaun diberikan melalui portal www.semakmule.rmp.gov.my untuk memastikan tiada unsur penipuan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.










Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 08:53 AM GMT+8 , Processed in 0.427265 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list