CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2558|Reply: 5

[Pulau Pinang] Kes SUV terjunam di Jambatan Pulau Pinang, bekas pekerja salon diarah bela diri

[Copy link]
Post time 30-9-2021 11:54 AM | Show all posts |Read mode
Kes SUV terjunam di Jambatan Pulau Pinang, bekas pekerja salon diarah bela diri [size=0.8][size=0.9]Nur Izzati Mohamad
[email protected]


K Vaitheswaran, 23, hadir di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam di sini. FOTO Danial Saad



Bukit Mertajam: Mahkamah Majistret di sini, hari ini memerintahkan bekas pekerja salon, K Vaitheswaran, yang dituduh memandu secara merbahaya hingga menyebabkan kematian seorang pelajar kolej di Jambatan Pulau Pinang dua tahun lalu, membela diri atas tuduhan berkenaan.

Hakim yang bertindak sebagai Majistret Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Vaitheswaran.

Terdahulu, Vaithweswaran, 23, berbaju kemeja biru gelap hadir tanpa ditemani ahli keluarganya ke mahkamah, jam 10 pagi tadi.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan Pengarah Pendakwaan negeri Datuk Khairul Anuar Abdul Halim dan Timbalan Pendakwa Raya Mohammad Nazri Abdul Rahim manakala Vaitheswaran diwakili peguam, K Paramanathan.

Mahkamah menetapkan 28 dan 29 November ini untuk prosiding pembelaan berkenaan.

Sementara itu, Paramanathan ketika ditemui selepas prosiding berkata, pihaknya akan memanggil tiga saksi bagi proses bela diri.

"Saksi yang akan dipanggil terdiri daripada tertuduh sendiri (anak guam), saksi awam dan pakar perubatan," katanya.

Sepanjang perbicaraan kes terbabit, 12 saksi dipanggil bagi memberi keterangan.

Pada 2019, Vaitheswaran didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Moey Yun Peng, selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandu Yun Peng di Jambatan Pulau Pinang, terhumban ke laut.

Kejadian berlaku di Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang menghala Perai pada 20 Januari 2019.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda sehingga RM20,000 dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun daripada sabitan.

Vaitheswaran dibenarkan diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin.

Lesen memandu tertuduh turut digantung dan tertuduh perlu melapor diri ke balai polis berdekatan sebulan sekali sehingga kes selesai.

Pada kejadian jam 2.54 pagi itu, Vaitheswaran yang dikatakan memandu Toyota Vios berlanggar dengan SUV yang dipandu Moey di atas jambatan berkenaan menyebabkan SUV itu hilang kawalan dan terjunam ke laut.

Disiarkan pada: September 29, 2021 @ 1:57pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-9-2021 11:55 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 12:42 PM | Show all posts
Oh ni yg Kes langgar blkg sampai SUV melambung n terjunam dlm laut kan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2021 01:04 PM | Show all posts
helicornia replied at 30-9-2021 12:42 PM
Oh ni yg Kes langgar blkg sampai SUV melambung n terjunam dlm laut kan

ya. tengok pada hukuman tak setimpal.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum 10 tahun, denda sehingga RM20,000 dan boleh hilang kelayakan lesen memandu tidak lebih tiga tahun daripada sabitan.


Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
I still remember this case vividly..lg2 ade gmbr mayat dlm kereta tu..serammm
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2021 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Ohh yang nii
Laju gila bawakkkk
Macam pelesit nak berak
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:08 AM GMT+8 , Processed in 0.042200 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list