CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1344|Reply: 1

Tunggakan cukai pendapatan bekas pemain KFA bernilai RM10.4j

[Copy link]
Post time 23-9-2021 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Alor Setar: Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) berdepan tunggakan cukai pendapatan berjumlah RM10.4 juta yang tidak dibayar kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) membabitkan pemain utamanya sejak musim 2015.

Antara tuntutan yang dibuat LHDN adalah membabitkan cukai pendapatan bekas pemain import utama skuad Hijau Kuning iaitu Sandro Da Silva sebanyak RM2.3 juta dan Liridon Krasniqi sebanyak RM1.78 juta.

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor, berkata pengurusan KFA terdahulu didapati memotong gaji pemain serta jurulatih terbabit bagi bayaran cukai pendapatan, namun gagal melunaskan bayaran itu kepada LHDN.

"Selain Sandro dan Liridon, tunggakan cukai tertinggi turut melibatkan Bang Seung Hwan sebanyak RM935,000, Ken Ilso Larson (RM470,000), Chidi Edeh (RM434,000) dan Carlos Kahe (RM346,000).

"Tuntutan tunggakan cukai itu turut membabitkan barisan kejurulatihan import antaranya Ian Gillan dan Stefano Impagliazzo," katanya pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, hari ini.

Mengulas lanjut, Muhammad Sanusi berkata, pihaknya akan cuba berbincang bersama LHDN itu dihapus kira berikutan kegagalan agensi terbabit menuntut kutipan bayaran pada tahun sebelumnya.

"Sepatutnya kalau ada tunggakan pada 2018 atau 2017, tuntutlah pada tahun itu juga tetapi mereka kata pada masa itu pengurusan KFA lama tidak memberi kerjasama.

"Sekarang apabila pengurusan baharu beri kerjasama, mereka datang longgok semua atas 'kepala' kita. Kalau macam itu, teruklah kita kerana KFA bukan buat untung, sebaliknya memajukan sukan melalui tanggungjawab sosial korporat (CSR) dan penaja," katanya.

Jelasnya, pihaknya berharap perkara ini akan mendapat pertimbangan sewajarnya daripada Kementerian Kewangan dan LHDN bagi mengelak persiapan pasukan terjejas pada musim hadapan.

"Tunggakan ini berlaku pada masa lalu, tak bolehlah kutip sekarang. Justeru saya berunding dengan LHDN untuk memohon hapus kira di atas kegagalan mereka membuat kutipan pada masa lalu.

"Kita kena susun dan dapatkan surat pelepasan LHDN, kalau tak dapat pelepasan, kita tak boleh main kerana tak dapat lesen pada musim depan. Dosanya pada masa lalu, dan kerja saya pula menyucikan dosa lama," katanya. - HMetro
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-9-2021 10:02 PM | Show all posts

Presiden KFA, Muhammad Sanusi Md Nor. FOTO File NSTP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-1-2025 10:05 PM GMT+8 , Processed in 0.053065 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list