CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1832|Reply: 1

[Kedah] SPRM teliti dokumen pemindahan wang RM13 juta milik MBI Kedah

[Copy link]
Post time 23-9-2021 01:42 PM | Show all posts |Read mode
SPRM teliti dokumen pemindahan wang RM13 juta milik MBI Kedah[size=0.8][size=0.9]Noorazura Abdul Rahman
[email protected]


Bangunan SPRM



Alor Setar: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah meneliti beberapa dokumen berkaitan wang RM13 juta milik Menteri Besar Incorporated (MBI) Kedah yang dikatakan dipindahkan ke akaun luar negara.

Pengarah SPRM Kedah Datuk Shaharom Nizam Abd Manap berkata, dokumen itu diperoleh selepas beberapa pegawainya mengadakan pertemuan bersama Menteri Besar Muhammad Sanusi Md Nor di pejabatnya semalam.

"Sebelum ini kita hanya mengetahui mengenai perkara ini melalui media sosial dan sumber luar sebelum SPRM berkunjung ke Pejabat Menteri Besar pagi semalam dan beliau memberi kerjasama yang baik.

"Kita sudah dapatkan beberapa dokumen penting berkaitan untuk penelitian awal namun belum ada siasatan rasmi dibuat. SPRM juga belum terima sebarang laporan rasmi (berhubung pemindahan wang) daripada mana-mana pihak," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Pada sidang media selepas Sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) kelmarin, Muhammad Sanusi mendakwa wang milik MBI berjumlah RM13 juta dipindahkan ke akaun luar negara ketika Datuk Seri Mukhriz Mahathir masih memegang jawatan Menteri Besar Kedah.

Muhammad Sanusi berkata, wang berkenaan dipindahkan ke sebuah akaun bank di Kanada dan terdapat slip pemindahan masih disimpan pihaknya sebagai bukti.

Bagaimanapun, Mukhriz pada sidang medianya semalam, meminta Muhammad Sanusi membuat laporan polis dan kepada pihak SPRM berhubung dakwaan itu.

Mukhriz berkata, beliau memandang serius mengenai dakwaan terbabit kerana ia memberi gambaran buruk terhadapnya dan kerajaan negeri terdahulu ketika beliau menerajui negeri.

Disiarkan pada: September 23, 2021 @ 1:35pm






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-9-2021 02:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Wow! Wow! Wow!!!!!!!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 09:00 AM GMT+8 , Processed in 0.118694 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list