14. Desa Permata Ikan Bakar SeafoodSumber: Restoran Desa Permata Ikan Bakar Desa Permata Ikan Bakar Seafood adalah sebuah restoran yang menghidangkan makanan selera tempatan dalam harga yang lebih murah daripada kebanyakan kedai seafood lain. Seperti nama kedai, menu utama di sini adalah ikan bakarnya yang disertakan dengan sos istimewa yang akan membuat anda makan sambil menjilat jari. Selain ini, sebenarnya terdapat banyak lagi makanan seafood yang boleh dipilih.
Anda boleh menikmati seafood yang diingini dengan pelbagai jenis masakan ala kampung yang ditawarkan seperti asam pedas, masak lemak, gulai panas dan sebagainya. Alamat Waktu Operasi
Alamat: No 5-6 Gerai Taman Desa Permata, Langkawi, 07000 Kuah, Kedah
13. Pia’s the PadiSumber: pia’s the padiMiliki lidah yang sensitif seperti seorang chef? Anda tak akan kecewa dengan hidangan di Pia’s the Padi, rating untuk rasanya adalah 10/10! Tapi untuk menikmati masakan yang sesempurna ini, kadar caj yang dikenakan juga bersesuaian dengan usaha tukang masak restoran ini untuk menghasilkan rasa yang semewah ini. Menu yang ditawarkan bukan sahaja masakan Melayu, tapi juga barat dan India. Hidangan-hidangan yang boleh anda cuba kalau singgah ke sini adalah pasta bolognese, sayur masak butter masala, ayam masak kurma, rendang daging, steak ikan, ayam berkeju dan banyak lagi. Untuk masakan berdaging, dagingnya cukup empuk, mudah digigit dengan kesegaran yang jelas terasa. Kuah-kuah yang dihidangkan juga secukup rasa, sangat kaw! Anda juga pasti akan berpuas hati dengan saiz hidangannya yang begitu mengenyangkan. Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Ulu Melaka, Kampung Padang Gaong, 07000 Langkawi
12. Artisan PizzaSumber: Artisans PizzaKedudukannya yang terletak berhampiran dengan Pantai Cenang sudah cukup menarik perhatian ramai orang untuk singgah. Tapi ini bukanlah daya tarikan sebenar Artisan Pizza, kerana sebab utama ianya dibanjiri pelanggan adalah kerana kualiti pizzanya yang super-duper sedap! Ini adalah berdasarkan banyak review yang pernah dikongsikang oleh mereka yang pernah datang ke restoran ini. Yang hebatnya, pujian ini diberikan oleh mat saleh sendiri yang menjadikan pizza sebagai makanan ruji mereka, power tak power? Tidak hanya menghidangkan pelbagai variasi pizza, restoran ini turut menawarkan fish & chips, seafood pasta, cheeseburger, sandwich, ais krim dan juga pelbagai jenis masakan India. Harganya? Sangat berpatutan. Wajib singgah tau! Tak larat nak bergerak ke restoran? Artisan Pizza turut menyediakan khidmat delivery terus ke muka pintu secara percuma dari pukul 9 hingga 12 malam. Alamat
Alamat: Bandar Baru Baron Kuah, Perdana Quay, Telaga Harbour Park, Pantai, Kok, Langkawi, Kedah
11. HBL Food CornerSumber: Langkawi Permata KedahIni adalah salah satu restoran masakan tempatan yang paling best di Langkawi. Apa yang anda terbayang nak makan? Pelbagai masakan sayur, kari, ikan bakar, atau bermacam lagi masakan ala kampung lain, boleh didapati di HBL Food Corner. Walau apa pun lauk yang diambil untuk dimakan bersama nasi, gandingan paling penting untuk melengkapkan rasanya adalah kerabu bronok dan air asam, wajib! Sambil menikmati makanan ini, anda boleh menyaksikan pemandangan Gunung Raya yang terbentang di depan mata. Alamat Waktu Operasi
Alamat: HBL Food Corner, Kampung Lubok Dalam, Langkawi, Kedah
10. Warung Jati AisyaSumber: Warung Jati Aisya“Kalau boleh nak makan di sini setiap hari!” Inilah salah satu komen yang diberikan mereka yang pernah datang ke Warung Jati Aisya. Pelbagai pilihan lauk-pauk beraneka rasa ditawarkan dalam harga yang sangat berpatutan. Sekali cuba, anda akan ringan kaki untuk singgah ke kedai ini lagi. Setiap kali datang, anda boleh merasa pelbagai menu yang berbeza memandangkan jenis lauk yang dihidangkan cukup banyak. Anda boleh memilih lauk-pauk yang terdiri daripada pelbagai masakan ikan, ayam, daging, sayur dan kuah. Alamat Waktu Operasi
Alamat: 5, Jalan Chandekura, Kampung Bukit Lembu, 07000 Langkawi, Kedah
9. EE Burger Trimula Cafe ( Pekan Kuah Langkawi )Sumber: Langkawi Permata KedahJangan tertipu dengan nama kafe ini, EE Burger Trimula Cafe, kerana kafe ini bukan hanya menghidangkan burger, tapi juga banyak lagi makanan lain seperti masakan grill, pasta, steak dan masakan tempatan lain. Berkaitan dengan harganya, jangan terkejut, kerana ada hidangan yang lebih murah daripada gerai-gerai di jalanan. Saiz hidangannya juga cukup mengenyangkan. Alamat Waktu Operasi
Alamat: 1, Persiaran Putera, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
8. Kaki Gunung CaféSumber: Nasi Arab Kaki Gunung CaféSiapa sangka daripada sebuah gerai kecil dengan jualan air kelapa dan rempeyek, kini makin terkenal dalam kalangan pemburu makanan sebagai salah satu kedai makan yang menarik. Kalau anda giankan nasi Arab berlaukkan kambing yang enak dalam harga bajet, anda boleh singgah ke Kaki Gunung Cafe yang terletak hanyalah 10 minit sahaja dari tarikan Lafarge Langkawi Plant. Selain nasi Arab, makanan lain yang boleh anda cuba adalah seperti chicken wrap yang kaya dengan rasa, roti leleh, burger yang padu dengan keju, kebab kambing dan banyak lagi. Bukan sekadar terkenal dengan nasi Arab, kedai makan ini turut menghidangkan masakan barat, Melayu dan Cina. Apa sahaja selera anda, semuanya akan dihidangkan di depan mata dalam saiz hidangan yang sangat mengenyangkan. Sebagai pencuci mulut, anda boleh menikmati coconut shakenya yang cukup enak. Lebih sebab untuk anda mengunjungi kafe ini adalah kerana ia turut lengkap dengan kemudahan seperti tandas dan surau yang selesa untuk para pengunjung. Alamat Waktu Operasi
Alamat: 1448, Jalan Ulu Melaka, 07000 Langkawi
7. Veena Restaurant Thai SeafoodSumber: Veena Thai RestaurantPejamkan mata semasa menghirup kuah tom yam yang dihidangkan di sini, fikiran anda akan mula melayang seolah-olah betul-betul berada di Thailand. Padat dengan rasa, pekat, pedas dan masam, mustahil untuk anda berhenti menghirup. Ingin merasai pengalaman seindah ini? Anda boleh singgah ke Veena Restaurant Thai Seafood. Hidangan di restoran ini bukan sahaja dapat membuatkan anda terasa seperti sedang bercuti di Thailand, tapi harganya juga sangat berpatutan. Dicadangkan untuk datang ke sini sebelum pukul 8 malam untuk mengelakkan masalah meja penuh. Alamat Waktu Operasi
Alamat: 3, Persiaran Mutiara 2, Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
6. Laksa PowerSumber: Des MondSaksikan pemandangan kapal terbang berlepas serta lautan biru yang tenang sambil menikmati laksa yang paling power pernah dirasai. Pengalaman yang tidak boleh ditukar ganti ini boleh anda lalui di kedai Laksa Power yang mana keseimbangan rasa masam, masin dan manis laksanya membuatkan anda nak tambah lagi dan lagi. Setelah puas menghargai rasa laksa, anda boleh menikmati cendol yang turut dijual di sini untuk dijadikan pencuci mulut sambil menanti saat matahari terbenam ketika mana keindahan pemandangannya sukar diungkap dengan kata-kata. Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Kuala Muda, 07100 Langkawi, Kedah
5. Jom Ikan BakarSumber: jom ikan bakar langkawiKempunan hidangan ala kampung yang simple? Jom makan di Jom Ikan Bakar yang berlokasi di Padang Matsirat. Gabungan nasi putih, ikan bakar yang berperencah secukup rasa, dimakan bersama dengan ulam dan sambal belacan, baunya saja sudah menarik selera. Tempat makannya juga agak selesa untuk anda datang menikmati hidangan bersama keluarga. Sebelum pulang, anda boleh singgah ke gerai di sebelah untuk menyegarkan tekak dengan air coconut shake. Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jom Ikan Bakar Masakan Ala-Kampung, Jalan Lapangan Terbang, Langkawi 07000
4. Restoran Padang PasirSumber: Restoran Padang PasirPerut berbunyi pada pukul 2, 3 pagi? Mai singgah ke tempat makan yang dibuka 24 jam ni iaitu Restoran Padang Pasir. Bermacam masakan mamak boleh anda cuba, antaranya adalah roti paratha, chapati, thosei, dosa, roti canai, ayam tandoori, kari, mee goreng dan macam-macam lagi! Daripada kesemua menu yang ditawarkan, makanan paling penting untuk anda cuba di restoran ni adalah nasi kandar dan juga apom lenggangnya yang sungguh enak lebih-lebih kalau dinikmati semasa masih panas. Kadar harganya juga sangat berpatutan. Alamat Waktu Operasi
Alamat: 121, Jalan Padang Matsirat Kuah, 07000 Langkawi, Kedah
3. Selera Lubuk Buaya Pantai Cenang LangkawiSumber: Selera Lubuk BuayaSelera Lubuk Buaya Pantai Cenang Langkawi adalah sebuah restoran yang sesuai untuk disinggahi bagi anda yang bercuti dalam bajet kerana restoran ini sangat terkenal dengan harganya yang begitu murah. Bukan itu sahaja, kualiti rasa lauk-pauk yang dihidangkan juga sangat mantap! Nak lebih sempurna? Anda boleh menikmati makanan ini bersama dengan aneka jus buah yang ditawarkan. Harga dah murah, apa salahnya tempah jus buahkan? Lokasinya, hanyalah beberapa tapak dari Pantai Cenang. Dah hilang rasa lapar, bolehlah anda terus ke pantai untuk menikmati bayu laut dan pemandangan matahari terbenam. Alamat
Alamat: Kampung Lubok Buaya, 07000 Langkawi
2. Restoran SeashellSumber: Spa JelaiTerletak di tengah-tengah bentangan sawah padi, suasana yang nyaman dapat anda rasai sebaik menjejakkan kaki ke lantai kayu Restoran Seashell. Lokasinya, terletak tidak jauh dari Muzium Laman Padi. Alang-alang melawat muzium, jangan lupa untuk singgah ke restoran bergaya kampung ni ya? Bukan hanya sedap dipandang mata, masakan Melayu yang ditawarkan restoran ini juga sungguh enak. Kesemuanya dihidangkan dalam saiz yang besar dengan kadar harga yang cukup berpatutan. Tiada sebab untuk tak singgah ke sini kan? Alamat Waktu Operasi
Alamat: Seashells Restaurant, Muzium Laman Padi, Kampung Lubok Buaya, Langkawi, Kedah
1. Unkaizan Japanese Restaurant LangkawiSumber: Unkaizan Japanese RestaurantBawa deria rasa anda terbang ke Jepun pula dengan menikmati hidangan di Unkaizan Japanese Restaurant Langkawi. Dimiliki oleh keluarga Jepun, anda boleh menjangkakan makanan dengan rasa Jepun yang betul-betul asli, bukannya dibuat-buat. Betapa sedapnya masakan di kedai ini sehingga salah seorang pengunjungnya yang berasal daripada New York mengatakan bahawa ini adalah restoran Jepun yang paling best pernah dicuba. Ini reviewnya: “Kedai makan Jepun paling best saya pernah cuba (dan di NYC terdapat banyak pilihan restoran Jepun yang menarik). Saiz hidangan yang besar, servis yang berkualiti tinggi, dan ikannya juga sangat segar sehingga membuatkan saya rasa seperti tidak pernah merasai sushi ikan sebenar sebelum ini.” – Dylan Rapoport Macam mana? Tergoda nak cuba? Sebelum itu, ingin Mai Singgah kongsikan antara hidangan yang patut anda cuba di sini seperti yang dicadangkan orang ramai iaitu tiram bakar, sup miso, belut bakar, sushi dan set salmon. Jom serbu! Alamat Waktu Operasi
Alamat: Jalan Pantai Tengah, Pantai Tengah, 07000 Langkawi, Kedah
Kesemua 25 destinasi makan menarik ini hanyalah sebahagian daripada banyak lagi kedai makan yang ada di Pulau Lagenda ini. Walaupun hanya di Langkawi, deria rasa anda dapat ‘melancong’ ke serata dunia, daripada Thailand hinggalah ke Perancis, inilah pengalaman menjamu selera yang dapat anda rasai di Langkawi.
|