View: 1185|Reply: 8
|
[Sabah]
Banduan lari di Tawau positif COVID-19
[Copy link]
|
|
hati-hati yang berada di Tawau ...
|
|
|
|
|
|
|
|
Moga sis Chazey selamat di mana sahaja anda berada walaupun Sabah tu besar |
|
|
|
|
|
|
|
Polis Kesan 3 Tahanan Termasuk Dua Banduan Positif Covid Lari Dari PKRC
Peter (tengah) menunjukkan gambar tiga banduan yang melarikan diri. – Foto BESTAWAUFM
TAWAU; 05 SEPTEMBER 2021 (Ahad) : Polis Tawau melancarkan Ops Tutup dan Ops Kesan bagi mengesan tiga tahanan termasuk dua banduan yang telah melarikan diri dari Pusat Kawalan dan Rawatan COVID (PKRC) Dewan Arena Tawau, tengah malam tadi.
Ketua Polis Daerah Tawau, ACP Peter Umbuas berkata, dua banduan dan seorang lagi tahanan masih dalam perbicaraan (reman) itu merupakan warga asing didapati Positif COVID-19 dan menjalani kuarantin bagi pemantauan kesihatan bersama 13 lagi tahanan lain dan disedari telah melarikan diri kira-kira pukul 12.30-tengah malam.
Katanya, kesemua suspek melarikan diri melalui tingkap tandas selepas mengumpil gril tingkap tandas berkenaan. Beliau berkata demikian kepada media tengah hari tadi di salah satu Sekatan Jalan Raya (SJR) yang diaktifkan di Tawau.
Katanya, dua banduan terbabit dikenali sebagai Niko Matheus, 25-tahun, warga Indonesia sedang menjalani hukuman penjara 4-tahun dibawah Seksyen 457-Kanun Keseksaan atas kesalahan pecah rumah dan Seorang lagi dikenali Jimnajir Annor, 23-tahun, warga Filipina menjalani hukuman penjara selama 2-bulan dan sebatan dibawah Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka (ARCT) 1953, Seksyen 6(1) IMG 1959 (PIN 2002).
Manakala seorang lagi tahanan dikenali Hasyim Muhamad, 34-tahun, warga Indonesia masih menjalani perbicaraan dan ditahan reman atas pertuduhan dibawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
ACP Peter berkata, pihaknya melancarakan Ops Tutup dan Ops Kesan di darat dengan melakukan Sekatan Jalanraya (SJR) di beberapa jalan utama di sekitar Tawau dan turut menjalankan pemeriksaan di laut dengan meminta bantuan Pasukan Polis Marin (PPM), Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan elemen ESSCOM.
Beliau meminta orang awam yang memiliki maklumat ketiga-tiga banduan dan tahanan dikehendaki tersebut agar menyalurkan maklumat kepada pihak Polis di mana-mana balai polis berhampiran.
Credit: BESTAWAUfm
|
|
|
|
|
|
|
|
Adoila.. Susahkan orang je la.. Mesti semua da on their toes skarang.. Fc jaga diri bebaik ye |
|
|
|
|
|
|
|
Eh FC sarawakian ke.. Salah baca ingat mclaren doa fc semoga selamat .. Rupanya dia mention chazey.. Maaf again |
|
|
|
|
|
|
|
aishshhh ~ ease ni ...
tak perlu minta maaf ...
terimakasih untuk peringatan dan doa
hargai sesangat tau ...
moga kita semua tak kira d mana saja berada sentiasa dalam keadaan selamat dan di lindungi ...semoga semua urusan kita d permudahkan ...
jager diri bebaik yer ...
|
|
|
|
|
|
|
|
FanTasyCreaTioN replied at 5-9-2021 09:56 PM
aishshhh ~ ease ni ...
tak perlu minta maaf ...
terimakasih untuk peringatan dan doa
Aamiin2 InshaAllah |
|
|
|
|
|
|
|
Betul... menyusahkan orang saja kan ...harap dier rang ni jangan lah membuat huru hara dan menyebarkan Covid ...
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|