CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 955|Reply: 1

[Sabah] Tanah runtuh: Stor simpanan ubat KKM musnah

[Copy link]
Post time 4-9-2021 05:18 PM | Show all posts |Read mode
Tanah runtuh: Stor simpanan ubat KKM musnah
| | 04 September 2021


Sebuah stor simpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit, di sini malam Jumaat. - Foto Jmg Sabah

KOTA KINABALU - Sebuah stor simpanan ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) musnah dalam kejadian tanah runtuh di Kampung Kopungit, di sini malam Jumaat.


Pusat Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah dalam satu kenyataan memaklumkan, tiga kenderaan dan sebuah motosikal kakitangan KKM, serta tiga kenderaan orang awam turut tertimbus dalam kejadian itu.


"Kejadian berlaku malam tadi, bagaimanapun JBPM Sabah hanya menerima laporan kejadian itu pada jam 11.19 pagi tadi...tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan akibat kejadian itu. Tiada operasi yang dilakukan, hanya memantau dan mengambil maklumat di lokasi kejadian.


"Bomba telah menyampaikan maklumat kepada pihak polis agar memaklumkan kepada ketua kampung untuk mengarahkan penduduk mengosongkan rumah di kawasan sekitar sebagai langkah keselamatan," menurut kenyataan itu.


JBPM Sabah telah memasang sawar di kawasan kejadian sebagai langkah keselamatan bagi mengelakkan kejadian yang lebih teruk berlaku selain memastikan orang ramai tidak memasuki kawasan tersebut.


"Pihak bomba juga menyarankan agar polis memaklumkan kepada pihak kejuruteraan Jabatan Kerja Raya (JKR) bagi menganalisis kawasan tanah runtuh untuk mengetahui punca sebenar kejadian. Setelah memastikan tiada lagi bahaya yang wujud operasi ditamatkan pada 12:30 tengah hari," katanya.


Sementara itu, seorang penduduk Sheldon Elve Gungkit, 30, yang tinggal berhampiran lokasi kejadian itu berkata, kejadian itu sebenarnya berlaku sekitar jam 6.30 petang Jumaat.


"Pada mulanya tanah hanya runtuh sikit-sikit..namun kira-kira jam 11 malam saya dengar bunyi hentakan yang kuat, macam durian jatuh.


"Bila saya keluar, saya nampak tanah sudah runtuh dan rumah saya hampir terkena dalam kejadian tanah runtuh berkenaan, nasib baik tiada penduduk yang terlibat dan kami semua selamat," katanya. - Bernama



Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/a ... nan-ubat-KKM-musnah
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-9-2021 05:51 PM From the mobile phone | Show all posts
nasib baik takde yg tertimbus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:26 AM GMT+8 , Processed in 0.687278 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list