KUCHING: Tempoh operasi perniagaan premis makan dan restoran secara ‘take-out’ di Zon Selatan Sarawak dibenarkan dari jam 5 pagi hingga 10 malam, namun makan dalam premis masih dilarang.
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, ia antara beberapa garis panduan (SOP) melibatkan Daerah Kuching, Bau, Lundu, Samarahan, Asajaya, Simunjan, Serian dan Tebedu yang dilanjutkan sehingga 19 September ini.
“Manakala tempoh operasi perniagaan lain dibenarkan beroperasi dari jam 5.00 pagi hingga 8.00 malam sahaja.
“Individu atau kumpulan juga tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 12:00 malam tanpa alasan yang munasabah,” kata JPBN dalam kenyataan semalam.
Sebelum ini, tempoh operasi semua perniagaan di tujuh daerah tersebut dari 5 pagi hingga 8 malam sahaja, manakala individu atau kumpulan tidak boleh keluar selepas 10 malam.
sarawakvoice.com/2021/09/04
|