CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 544|Reply: 0

[Sarawak] Tiga ditangkap terlibat judi dalam talian

[Copy link]
Post time 4-9-2021 02:15 PM | Show all posts |Read mode


Seorang daripada tiga suspek yang ditangkap terlibat kegiatan judi dalam talian.

KUCHING: Dua lelaki dan seorang perempuan ditangkap polis disyaki menjual tambah nilai judi dalam talian di tiga lokasi berasingan semalam.

Ketua Polis Daerah Padawan Supt Aidil Bolhassan berkata suspek perempuan berumur 19 itu ditangkap di sebuah kedai kopi di Jalan Matang-Batu Kawa sekitar jam 5.50 petang.

“Suspek berasal dari Kampung Bobak, Bau ini mengaku terlibat dalam aktiviti perjudian haram dalam talian ketika soal siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Aidil, polis turut merampas satu unit telefon bimbit, wang tunai RM643 dan sekeping kertas bertulis nombor angka-angka disyaki kata laluan dan pengenalan diri (ID).

Manakala dua lagi suspek lelaki masing-masing berumur 51 tahun  ditangkap dalam serbuan di dua kedai kopi berasingan di Emart Matang di sini sekitar jam 6.45 petang semalam.

Kedua-dua suspek yang berasal dari Kampung Buntal ditangkap atas kesalahan yang sama dengan suspek perempuan.

Turut dirampas dari kedua-dua suspek ini wang tunai RM250 dan RM200 serta telefon bimbit milik kedua-dua suspek sebagai bukti.

Ketika disoal siasat, kedua-dua suspek ini mengaku terlibat dalam menjual tambah nilai judi dalam talian.

Aidil turut memaklumkan ketiga-tiga suspek yang tidak mempunyai rekod jenayah lampau sedang disiasat di bawah Seksyen 4(1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.



utusanborneo.com.my/2021/09/04


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:22 AM GMT+8 , Processed in 0.110378 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list