CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 585|Reply: 0

[Sarawak] Semak status tanah sebelum beli

[Copy link]
Post time 4-9-2021 02:07 PM | Show all posts |Read mode


Zulkipli semasa bercakap dalam sidang media.

BINTULU: Masyarakat diingatkan supaya tidak terpedaya dengan tanah yang dijual dengan tawaran harga rendah oleh individu tertentu sebaliknya perlu membuat semakan dengan Jabatan Tanah dan Survei (JTS) mengenai statusnya.

Ia susulan 20 laporan polis dibuat oleh 20 mangsa yang tertipu membabitkan kerugian keseluruhan RM673,300 yang masing-masingnya membeli sebidang tanah di Kemena Land District sejak tahun 2014 serta dalam masa berasingan sehinggalah laporan polis dibuat pada tahun lepas (2020).  

Ketua Polis Daerah Bintulu Superitenden Zulkipli Suhaili menasihati masyarakat supaya tidak terpedaya dengan harga tanah murah sepatutnya perlu membuat semakan terlebih dahulu di JTS berkenaan status tanah yang hendak dibeli.

"Dari laporan polis dan semakan pihak kita berkenaan sebidang tanah di Kemena Land District merupakan tanah kerajaan (state land) iaitu hak milik kerajaan," ujarnya semasa bercakap dalam sidang media di Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Bintulu semalam.

Hadir sama Pegawai Penyiasat Jenayah Komersial IPD Bintulu, Inspektor Nur Sadrina Abd Rahman.

Justeru katanya, siasatan masih diteruskan berkenaan 20 laporan polis yang dibuat itu dan dakwaan bersabit dengan suspek sekali gus memastikan mangsa-mangsa lain mengemukakan dokumen kepada pihak polis bagi pertuduhan selanjutnya.

Beliau berkata, ia merupakan kes pertama laporan polis di buat oleh mangsa di sini membabitkan kes penipuan jual beli tanah tersebut.

Katanya, laporan polis awal telah dibuat seorang lelaki pada 7 Oktober 2020 yang mana beliau mendakwa telah membeli satu lot tanah daripada seorang lelaki lain dengan harga RM57,000.

"Apabila ia menjadi satu pertikaian, setelah mangsa merasa tertipu, mangsa telah membuat laporan polis dan pihak polis telah menjalankan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan," jelasnya.

Berikutan itu katanya, polis telah membuat pendakwaan dan pertuduhan terhadap suspek pada pagi kelmarin di mahkamah di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang mana setakat ini suspek telah diberi jaminan mahkamah sebanyak RM3,500 sebelum perbicaraan lanjut diteruskan.

Menjawab soalan berkenaan wang mangsa Zulkipli berkata, ia proses mahkamah untuk mendapatkan kembali semula wang mangsa namun terpulang kepada mangsa untuk mengambil tindakan lanjut.

Ujarnya, kes tersebut berlaku sejak tahun 2014 dengan pembelian tanah itu bukan secara serentak tetapi berlainan masa.

"Pengadu (mangsa) dalam kes ini membuat laporan polis pada 7 Oktober 2020 tetapi sekiranya ada mangsa lain yang turut tertipu, mereka juga boleh membuat laporan polis sama," katanya sambil menambah ada tanah yang dibeli telah dibina struktur rumah oleh mangsa.

Berkenaan kes pembelian tanah di Jepak baru-baru ini, Zulkipli berkata, kes terbabit juga masih dalam siasatan yang mana turut melibatkan suspek yang sama.

Katanya, mangsa percaya terhadap tanah dimiliki suspek yang telah dibuat lot sendiri, surat perjanjian jual beli tanah dan peguam yang dilantik namun mangsa menyedari ia satu penipuan apabila semakan dibuat di JTS didapati ia merupakan tanah milik kerajaan.

Beliau berkata, kes pembelian tanah di Jepak adalah berlainan tempat dan empat laporan polis telah dibuat membabitkan kes ini yang mana pihaknya mengambil serius perkara ini dan akan mengambil tindakan apabila laporan polis dibuat.



utusanborneo.com.my/2021/09/04

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 10:44 AM GMT+8 , Processed in 0.376109 second(s), 16 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list