KUCHING: Kerajaan bersetuju untuk terus menyambung pelantikan Presiden PDP Datuk Seri Tiong King Seng sebagai Duta Khas ke China.
Pada April 2020, Kerajaan PN melantik King Sing ke jawatan tersebut.
Beliau berperanan memperkukuh hubungan dua hala antara Malaysia dan Republik Rakyat China, khususnya dalam bidang perdagangan dan pelaburan.
Pada Mac 2020, King Sing menolak jawatan Timbalan Menteri Perpaduan Negara dan tidak hadir ke majlis mengangkat sumpah jawatan di Istana Melawati di Putrajaya.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Bintulu pernah berkhidmat sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Timur pada tahun 2014 hingga 2018.
Selain itu, jawatan Ahli Parlimen Serian Datuk Seri Richard Riot sebagai Duta Khas ke Asia Timur juga disambung.
Kerajaan juga bersetuju untuk memnyambung perkhidmatan presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai Duta Khas ke Asia Tengah.
Pejabat Perdana Menteri dalam kenyataan berkata, mesyuarat Kabinet pertama yang berlangsung semalam (1 September) turut bersetuju untuk terus menyambung pelantikan.
Pada 2 April 2020, Abdul Hadi dilantik oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Duta Khas Perdana Menteri ke Asia Tengah bertaraf menteri.
sarawakvoice.com/2021/09/02
|