KUCHING: Demi menjalani ujian calitan lebih awal, ada yang sanggup menunggu 14 jam di hadapan Pusat Ujian Saringan COVID-19 di Dewan Masyarakat Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS).
Tinjauan Suara Sarawak malam tadi, ada yang sudah menunggu seawal jam 7 malam.
Beberapa kenderaan dilihat sudah berada di laluan masuk ke pusat ujian saringan tersebut.
Walhal pusat berkenaan hanya akan memulakan operasinya bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.
Tinjauan turut mendapati ada ibu bapa yang membawa anak kecil seawal usia satu tahun menunggu sama di dalam kenderaan.
Menurut mereka pusat ujian secara pandu lalu menjadi pilihan kerana ia disifatkan lebih selamat tanpa risau akan faktor penjarakan fizikal berbanding pergi secara ‘walk-in’. Kata mereka, meskipun sedar tempoh menunggu agak lama, namun mereka lebih rela datang lebih awal.
Harapan masyarakat agar kerajaan dapat menubuhkan pusat ujian saringan pandu lalu seperti ini bagi memudahkan dan menjamin keselamatan orang awam.
Untuk rekod, setakat terdapat enam lokasi pusat ujian saringan baharu ditubuhkan di Daerah Kuching yang akan memulakan operasinya hari ini.
sarawakvoice.com/2021/09/02
|