CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 856|Reply: 1

[Sarawak] penduduk Penan Long Liaw berjaya lengkapkan dua dos vaksin

[Copy link]
Post time 1-9-2021 12:59 PM | Show all posts |Read mode
31 penduduk Penan Long Liaw berjaya lengkapkan dua dos vaksin



ULU TINJAR: Proses vaksinasi COVID-19 di kawasan pedalaman diteruskan bagi suntikan kedua di Long Liaw, Ulu Tinjar pada Selasa.
Seramai 31 orang penduduk Penan yang berumur 18 tahun dan ke atas melengkapkan dua dos suntikan vaksin COVID-19.

Pejabat Kesihatan Bahagian Miri telah menggunakan pengangkutan helikopter milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk ke Long Liaw, Ulu Tinjar yang jauh di pedalaman Tinjar, Baram.

Ketika ditemui, Ketua Kaum Bitang Sakai mengucapkan terima kasih kepada kerajaan di atas keprihatinan terhadap kesihatan mereka yang tinggal di kawasan pedalaman.

Beliau turut menyeru masyarakat Penan lain yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 segera tampil bagi melindungi diri daripada penularan wabak pandemik COVID-19.

Sementara itu, Pegawai Daerah Beluru Geling Ason yang menyertai rombongan pemberian vaksin COVID-19 telah mengambil kesempatan melakukan bancian terhadap penduduk di Long Liaw, Ulu Tinjar sebagai usaha untuk membantu Jabatan Perangkaan Malaysia Negeri Sarawak bagi kerja-kerja bancian penduduk di penempatan tersebut.



sarawakvoice.com/2021/09/01/31


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-9-2021 09:12 PM | Show all posts
Tahniah!!!~
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.041393 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list