View: 2327|Reply: 6
|
[Borneo]
Sokongan buat Ziyad Zolkefli
[Copy link]
|
|
Sebagai rakyat Malaysia ... mari lah kita sama-sama berdoa moga keputusan rayuan memihak kepada Ziyad Zolkefli , peserta dari Neraga kita yang telah di batal kan penyertaan nya yang membawa kepada insiden di tarik balik medal kemenangan nya.
Update terkini:
Ini adalah maklumat terkini dari kontinjen Malaysia di Tokyo. Sehingga kini, keputusan pertandingan Lontar Peluru F20 (Shot Put) yang melibatkan Ziyad Zolkefli adalah seperti yang kita sedia maklum.
Dan, dengan keputusan yang dibuat oleh Pengadil Pertandingan di mana mereka telah menerima bantahan yang dibuat oleh Ukraine dan seterusnya membatalkan penyertaan Ziyad dan dua atlet dari Australia dan Equador. Justeru, dengan itu, peserta Ukraine, Maksym Koval telah dianggap sebagai pemenang pingat emas bagi acara tersebut.
Walau bagaimanapun, peraturan pertandingan sememangnya membenarkan rayuan dibuat oleh mana-mana negara yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut. Malaysia dengan sokongan padu dari Australia dan Equador (walaupun kedua-dua atlet mereka tidak berpeluang memenangi pingat) telah mengemukakan rayuan bersama dengan beberapa butiran justifikasi yang sepatutnya untuk membatalkan bantahan awal Ukraine.
Juri rayuan akan mengadakan perbincangan bersama bukti-bukti yang lain seperti rakaman video, masa bantahan dibuat dan sebagainya dan keputusan tersebut akan dipaparkan dalam website Tokyo Paralimpik 2020.
Sekiranya keputusan tersebut tidak memihak kepada Malaysia, Australia dan Equador, kontinjen Malaysia akan memfailkan rayuan dalam mesyuarat CDM yang dijadualkan esok pagi.
Sementara itu, keputusan pertandingan masih kekal seperti asal dan difahamkan bahawa majlis penyampaian hadiah turut ditangguhkan sehingga keputusan muktamad mengenai rayuan tersebut diputuskan.
Sekian untuk makluman semua seluruh rakyat Malaysia. Bersama-sama kita doakan kemenangan kembali pada kita akhirnya!
|
|
|
|
|
|
|
|
Aamiin3.. Harap2 ada good news soon.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau aku, tak kira keputusan apapun termasuk kena emas, aku terima keputusannya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Amin… semoga yg baik2 aje utk ziyad… |
|
|
|
|
|
|
|
Saya Minta Maaf Kepada Seluruh Rakyat Malaysia – Ziyad
KUALA LUMPUR: Jaguh lontar peluru para negara Muhammad Ziyad Zokefli yang kemenangannya dibatalkan berikutan protes dari kem Ukraine, menitipkan permohonan maaf kepada rakyat Malaysia.
“Saya mintak maaf kepada semua rakyat Malaysia.
“Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” itu luahan atlet berusia 31 tahun di laman Facebooknya pada Rabu.
Ziyad sebelum itu meraih pingat emas dalam acara lontar peluru F20 di Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dengan lontaran sejauh 17.94 meter di Stadium Olimpik, Tokyo.
Namun kem Ukraine tampil melakukan protes apabila mendakwa tiga atlet, Ziyad, Todd Hodgetts dari Australia dan Jordi Patricio dari Ecuador lewat memasuki bilik menunggu sebelum pertandingan tersebut.
Berikutan itu kontinjen negara juga mengesahkan telah mengemukakan bukti membantah protes kem Ukraine tersebut.
sabahpost.net/2021/09/01 |
|
|
|
|
|
|
|
Rayuan Malaysia Ditolak, Ziyad Minta Maaf
Atletik Para Dunia dalam kenyataan memaklumkan rayuan dilakukan Australia, Ecuador dan Malaysia ditolak.
KUALA LUMPUR: Rayuan kontinjen kebangsaan untuk mengesahkan pingat emas dimenangi atlet lontar peluru negara Ziyad Zolkefli telah ditolak pihak penganjur dalam mesyuarat antara chef-de-mission (CDM) pagi tadi.
Menurut laporan Astro Arena, keputusan itu membuatkan Ziyad terlepas pingat emas acara lontar peluru F20 Sukan Paralimpik Tokyo 2020 dan rayuan seterusnya hanya boleh dilakukan selepas tamat temasya itu nanti.
Terdahulu, Astro Arena melaporkan pembatalan Ziyad itu susulan protes daripada atlet Ukrain selepas acara itu selesai, bahawa beliau antara tiga individu yang lambat memasuki ‘call room’ sebelum acara bermula.
Atlet Ukraine itu, Maksym Koval kemudian diberikan pingat emas.
Sementara itu, menerusi akaun Instagram, Ziyad memohon maaf berikutan kontroversi penarikan pingat emas itu. Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada seluruh rakyat Malaysia atas sokongan diberikan.
“Saya mintak maaf pada semua rakyat Malaysia. Terima kasih memberi sokongan kepada saya,” katanya.
Semalam, Menteri Belia dan Sukan Ahmad Faizal Azumu berkata pasukan Malaysia masih membincangkan perkara itu dengan delegasi teknikal.
“Masih dalam perbincangan antara Technical Delegate dengan tiga negara yang ‘counter protest’ Ukraine iaitu Malaysia, Australia dan Ecuador,” katanya.
Dalam pada itu, Atletik Para Dunia dalam kenyataan memaklumkan rayuan dilakukan ketiga-tiga atlet dari Australia, Ecuador dan Malaysia yang bertanding dalam acara akhir lontar peluru F20 ditolak oleh Juri Rayuan Atletik Para Dunia.
“Keputusan itu dibuat berdasarkan Perkara 5.5 Peraturan Para Atlet Dunia iaitu ‘kegagalan melapor ke bilik panggilan’ yang menyatakan bahawa sekiranya atlet tidak hadir di bilik panggilan pada waktu yang sesuai seperti yang disiarkan dalam jadual bilik panggilan, mereka akan dinyatakan dalam keputusan sebagai ‘Did Not Start’ (Tidak Bermula),” menurut kenyataan itu.
Pembatalan ini bermakna Ziyad tidak dapat mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Olimpik Rio 2016.
Ziyad sebelum ini telah mencipta rekod dunia dengan lontaran 16.84m di Rio sekaligus merangkul pingat emas, dan kemudian memecahkan rekodnya sendiri setahun kemudian dengan lontaran 17.29m pada Kejohanan Atletik Para Para Dunia 2017 di London.
sabahpost.net/2021/09/01 |
|
|
|
|
|
|
|
Semoga Ziyad redha dengan keputusan para juri. Walau bagaimanapun anda tetap juara bagi rakyat Malaysia. Anda telah melakukan yg terbaik. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|