View: 1185|Reply: 3
|
[Sarawak]
Pulang dengan kejayaan : Bonnie Bunyau Gustin dan Jong Yee Khie
[Copy link]
|
|
Tahniah diucapkan.....Mantap |
|
|
|
|
|
|
|
Tahniah. Walaupun tak sempurna fizikal, semangat, tenaga dan kudrat mereka sama seperti orang yang normal. Tahniah sekali lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
DCF beri insentif RM50,000 kepada Bonnie
KUCHING: Yayasan Kebudayaan Dayak (DCF) akan memberi insentif berjumlah RM50,000 kepada jaguh powerlifting negara, Bonnie Bunyau Gustin, yang berjaya meraih pingat emas di Sukan Paralimpik Tokyo.
Dalam kenyataan DCF hari ini, Pengurus Pemegang Amanahnya Tan Sri Datuk Amar Leonard Linggi Jugah berkata pencapaian Bonnie itu telah memberi penghormatan serta amat membanggakan negara, negeri dan komuniti.
“Yayasan Kebudayaan Dayak di bawah kepimpinan Datuk Amar Douglas Uggah Embas mengucapkan taniah kepada Bonnie Bunyau Gustin atas kejayaannya memenangi emas di Sukan Paralimpik Tokyo.
“Yayasan Kebudayaan Dayak berbesar hati memberi insentif RM50,000 kepada beliau,” katanya.
Bonnie, 22 tahun, Bidayuh dari Serian, merangkul emas dengan angkatan terbaik 228 kg sekali gus memecahkan rekod temasya sebelum ini dipegang atlet Iraq, Rasool Mohsin 227kg yang dilakukan ketika di Rio de Janeiro.
Turun selaku pemegang rekod dunia, Bonnie mendahului saingan sejak daripada angkatan pertama dengan dia bermula dengan angkatan 217, 225, 228 sebelum percubaan keempat untuk memecahkan rekod dunia miliknya pada angkatan 231kg gagal.
Terdahulu pada sidang media di Mukah pada Sabtu, Ketua Menteri Datuk Patinggi Johari Tun Openg memaklumkan kerajaan negeri akan menyediakan insentif kepada Bonnie sebagai menghargai pencapaiannya.
“Kita akan memberi insentif kepada Bonnie, tetapi buat masa ini kita masih belum menentukannya,” katanya.
utusanborneo.com.my/2021/08/31 |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|