CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1441|Reply: 13

[Sarawak] Rugi RM70,000

[Copy link]
Post time 31-8-2021 03:41 PM | Show all posts |Read mode


PADAWAN: Gara-gara tidak berfikir panjang, seorang lelaki  mengalami kerugian sebanyak RM70,000 apabila ditipu pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) palsu.

Mangsa berusia awal 30-an yang terpedaya dengan pegawai tersebut  telah memberikan butir-butir peribadi dan butir-butir perbankan kepada pemangil.

Malah, mangsa telah menerima beberapa nombor TAC dan mangsa sekali lagi telah menuruti segala arahan pemanggil dan telah memberikan semua nombor TAC tersebut.

Timbalan Ketua Polis Daerah Padawan, DSP Lim Jaw Shyong berkata, mangsa dihubungi suspek sekitar 3.00 petang Ahad lalu memaklumkan syarikat mangsa di Kedah mempunyai tunggakan cukai yang belum dibayar berjumlah lebih RM17,000

Beliau berkata, mangsa dimaklumkan syarikatnya di Kedah terlibat dalam penggubahan wang haram dan diminta memberikan semua data peribadi, nama dan kata laluan banking dalam talian serta nombor akaun bagi tujuan siasatan.

Katanya, mangsa kemudian membuat semakan akaun secara dalam talian dan menyedari wang sebanyak RM50,000 didalam akaun Hong Leong Bank miliknya telah dipindahkan ke akaun Ambank atas nama individu warganegara tempatan.

"Wang sebanyak RM20,000 dari akaun Public Bank mangsa juga telah dipindahkan ke akaun Hong Leong Bank atas nama individu lain juga warganegara tempatan," katanya.

Beliau berkata, mangsa membuat laporan polis menyedari ditipu dan kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan iaitu menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-8-2021 03:41 PM | Show all posts
betul ke ada syarikat kat Kedah...?



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 03:42 PM | Show all posts
Katanya, mangsa kemudian membuat semakan akaun secara dalam talian dan menyedari wang sebanyak RM50,000 didalam akaun Hong Leong Bank miliknya telah dipindahkan ke akaun Ambank atas nama individu warganegara tempatan.

"Wang sebanyak RM20,000 dari akaun Public Bank mangsa juga telah dipindahkan ke akaun Hong Leong Bank atas nama individu lain juga warganegara tempatan," katanya.
Harap tak terlepas la kali ni...
dah ada nama individu yang menerima wang tu ... harap Polis jalan kan kerja ...



Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 04:17 PM | Show all posts
Kadang kala rasa hairan juga dgn mangsa scam ni. Kalau kita tak ada buat kesalahan seperti yg dituduh kenapa perlu takut? Kecualilah kalau kita memang ada atau pernah buat kesalahan tu.

Saya byk kali terima panggilan yg konon kononnya dari mahkamah. Tapi just ignored sebab kita tau kita takde buat benda yg salah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-8-2021 04:24 PM | Show all posts
acikbrown replied at 31-8-2021 04:17 PM
Kadang kala rasa hairan juga dgn mangsa scam ni. Kalau kita tak ada buat kesalahan seperti yg ditudu ...
kan ...
dan heran ... senang nyer nak percaya atau nak bagi nombor TAC ...

kenapa masa terima panggilan tu ...
tak tanya dulu keluarga ...
takde keluarga ... tanya kawan-kawan ...
tak kan takde rasa was was ...




Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 04:26 PM From the mobile phone | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 31-8-2021 04:24 PM
kan ...
dan heran ... senang nyer nak percaya atau nak bagi nombor TAC ...


Betul tu, lagipun dah banyak berita tentang MO scammer ni dlm berita samada di media atau internet. Mungkin terlalu panik sampai tak boleh fikir. Entahlah....
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-8-2021 04:46 PM | Show all posts
acikbrown replied at 31-8-2021 04:26 PM
Betul tu, lagipun dah banyak berita tentang MO scammer ni dlm berita samada di media atau internet ...
Harap kerajaan bertindak lebih tegas la ...
sebab banyak kejadian ... takde apa2 tindakan...
mangsa pun tak boleh nak buat apa ...

sedangkan tak kan tak leh siasat account penerima tu ...


Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Bila baca kes macam ni terfikir theyol tak mikir ke? Atau memang bila dalam keadaan tu kita akan percaya? Minta dijauhkan la
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 31-8-2021 06:37 PM | Show all posts
kalo dapat panggilan mcm tu baik letak terus jangan jawab
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2021 11:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Saya pun pernah dapat panggilan kononnya dr LHDN. Sempat sy sumpah seranah sebelum letak fon.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 01:46 AM | Show all posts
Vellfire replied at 31-8-2021 06:37 PM
kalo dapat panggilan mcm tu baik letak terus jangan jawab
Betul.

Sebab pernah terbaca kes ...
orang tu tak bagi apa2 info pun ... takde buat pemindahan duit ... layan sembang jer ...
tau2 duit dia lesap ...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 01:47 AM | Show all posts
Olumis replied at 31-8-2021 11:08 PM
Saya pun pernah dapat panggilan kononnya dr LHDN. Sempat sy sumpah seranah sebelum letak fon.
Jangan ...

lebih2 lagi pernah guna buat transaksi pengeluaran secara online dari henpon tu ... dah ada yang terkena ... tak tau camne dier rang buat ...



Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2021 02:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Muda lagi mangsa..tak aware ke banyak scamming cases. 70k banyak tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-9-2021 02:27 AM | Show all posts
ease replied at 1-9-2021 02:22 AM
Muda lagi mangsa..tak aware ke banyak scamming cases. 70k banyak tu
kan ...
kalo yang dah 60 gtu2 ... paham lah kita kan ...
ni muda lagi...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-1-2025 11:25 AM GMT+8 , Processed in 0.070235 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list