View: 1098|Reply: 4
|
[Sabah]
Bekas Yang Di-Pertua Sabah, Tun Sakaran Meninggal Dunia
[Copy link]
|
|
KOTA KINABALU: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia pada jam 6 pagi, hari ini.
Pemergian Allahyarham disahkan anak ketiganya, Datuk Seri Nasir Sakaran ketika dihubungi sebentar tadi.
“Ya benar ayah kami sudah meninggal dunia pagi ini.
“Pihak hospital baru sahaja menghubungi pihak keluarga sebentar tadi.
“Jenazah akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan,” katanya.
Pada 18 Ogos lepas, Sakaran dimasukkan ke hospital itu kerana disyaki dijangkiti COVID-19, sebelum dipindahkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada 25 Ogos.
Sakaran, 91, berasal dari Semporna berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah kelapan bermula 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002 dan sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah kelapan pada 1994.
Allahyarham memainkan peranan penting untuk Sabah dan negara khususnya, dalam meningkatkan taraf sosio ekonomi dan pendidikan masyarakat serta menyebarluaskan kesusasteraan Islam.
Kredit: Sabah Post |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 30-8-2021 05:19 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Jenazah Allayarham Tun Sakaran Selamat Dikebumikan Di Makam Pahlawan
KOTA KINABALU: Jenazah bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Sakaran Dandai selamat dikebumikan di Makam Pahlawan, di Masjid Negeri, Kota Kinabalu, pagi tadi.
Jenazah Tun Sakaran disemadikan pada sekitar 11.45 pagi, mengikut prosedur operasi standard (SOP) COVID-19.
Turut hadir dalam upacara pengebumian pagi ini ialah Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin; Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Sabah, Shahelmey Yahya; dan Bekas Ketua Menteri Sabah, Shafie Apdal.
Allahyarham yang juga bekas Ketua Menteri Sabah dilapor meninggal dunia sekitar jam 6 pagi tadi dan perkara itu disahkan oleh anaknya, Datuk Seri Nasir Sakaran.
Terdahulu, Sakaran, 91 tahun, dilaporkan telah dimasukkan ke Hospital Gleneagle Kota Kinabalu sejak 18 Ogos lalu selepas dijangkiti COVID-19.
Bagaimanapun, keadaan beliau dikatakan mula menunjukkan perkembangan positif selepas itu sebelum dilaporkan meninggal dunia pagi ini.
Sakaran, yang berasal dari Semporna, telah berkhidmat sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah ke-8 bermula 1 Januari 1995 hingga 31 Disember 2002.
Beliau sebelum itu pernah menjadi Ketua Menteri Sabah ke-8 pada 1994.
Semalam, rakyat Sabah turut dikejutkan dengan berita pemergian Allahyarham bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Lajim Ukin yang dilaporkan meninggal dunia akibat COVID-19. – AWANI |
|
|
|
|
|
|
|
Tun Sakaran Dandai Meninggal Dunia
KOTA KINABALU: Bekas Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Sakaran Dandai disahkan meninggal dunia pada jam 5.30 pagi tadi.
Perkara itu turut dikongsikan cucunya, Ahmad Marzuki Nasir melalui laman Facebook beliau awal pagi tadi.
Dalam perkongian itu, Ahmad Marzuki yang juga Pengurus pasukan Sabah FC telah memaklumkan mengenai pemergian Tun Sakaran.
“Assalamualaikum WBT . Dengan penuh rasa hiba dan dukacita, Nenda tersayang kami Tun Sakaran Bin Dandai telah pergi meninggalkan kita buat selamanya pada pukul 5.30 pagi di Hospital Gleaneagles Kota Kinabalu.
“Sama-sama kita mendoakan semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh beliau dan menempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh.Al-fatihah,”katanya.
Difahamkan, jenazah Tun Sakaran akan diuruskan di Masjid Negeri dan akan dimakamkan di Makam Pahlawan.
Rabu lalu, Sabah Media melaporkan bekas Ketua Menteri Sabah itu telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Gleanagles disini akibat jangkitan COVID-19.
Dalam tempoh itu, beliau dilaporkan stabil namun memerlukan pemantauan rapi.
Sakaran,91, menjadi Yang di-Pertua Negeri Sabah kelapan dari 1995 hingga 2002 dan Ketua Menteri Sabah pad Mac 1994 hingga Disember 1994.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Parlimen Semporna dari 1986 hingga 1995 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Senallang mewakili USNO dan kemudian UMNO sebelum bersara daripada politik apabila dilantik sebagai Yang di-Pertua Negeri Sabah pada 1995.
credit
|
|
|
|
|
|
|
|
Innalillahwainnailaihirojiun.... Al-Fatihah (dibaca) semoga roh dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama orang yang beriman
|
|
|
|
|
|
|
|
Alfatihah buat Allahyarham Tun Sakaran Dandai. Takziah diucapkn kpd ahli keluarga dan seluruh rakyat Sabah.
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|